Ekonomi Sabah terus menunjukkan perkembangan positif (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ekonomi Sabah telah mencatat pertumbuhan yang menggalakkan, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada RM82.1 bilion pada 2022 kepada RM83.2 bilion pada 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"Ini menunjukkan momentum peningkatan berterusan dan perkembangan positif di Sabah," katanya, sambil menambah ini selari dengan KDNK nasional yang dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus melalui Rangka Kerja Ekonomi Madani yang melihat penyusunan semula ekonomi Malaysia di bawah Belanjawan Nasional 2025.
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTNg) di Menara Kinabalu hari ini, Ketua Menteri berkata pencapaian ini adalah hasil kerjasama dari pelbagai pihak di negeri ini.
"Jika kita terus menyumbang tenaga kita secara positif melalui kerjasama yang erat, tidak mustahil untuk melaksanakan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya kita dengan jayanya," katanya.
Beliau menggesa agensi-agensi berkaitan untuk memastikan semua inisiatif dan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dilaksanakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kehidupan rakyat.
Ketua Menteri berkata dibawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Kerajaan Negeri telah merangka Hala Tuju Pembangunan Strategik Negeri sebagai satu langkah proaktif untuk mamacu ekonomi dan pembangunan negeri Sabah bermula dari 2026 hingga 2030.
"Ia juga merupakan kerangka awal yang mengambil kira keperluan Dasar, Blueprint dan Pelan Pembangunan semasa. Pelbagai inisiatif akan diwujudkan merangkumi penerokaan inisiatif Ekonomi Biru selain setiap agenda pembangunan negeri di bawah RMK13," katanya.
Walaupun terdapat pelbagai kejayaan melalui inisiatif Hala Tuju SMJ dan angka positif dari semua data yang dikeluarkan setakat ini, Hajiji berkata Kerajaan Negeri tidak boleh berehat dan menjadi selesa.
"Kita mesti terus bekerja keras dan lebih proaktif. Semua kepimpinan negeri, ketua jabatan dan ketua peringkat daerah mesti lebih kerap turun padang untuk memantau pelaksanaan program atau projek yang sedang berjalan.
"Ini penting untuk memastikan setiap program dilaksanakan dengan baik dan menyeluruh," katanya, sambil menambah bahawa tahun ini 1,265 projek dan program mesti diselesaikan di Sabah.
"Semua agensi pelaksana mesti sentiasa memantau kemajuan projek-projek ini dan memastikan ia diselesaikan mengikut jadual," katanya.
Menurutnya, Sabah adalah antara penerima tertinggi dalam bajet nasional, dengan RM6.7 bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan tahun ini.
"Ini membuktikan bahawa suara rakyat dan pemimpin Sabah didengari di peringkat persekutuan. Ia juga menunjukkan bahawa kami sangat serius dan akan berusaha untuk meningkatkan pembangunan negeri," katanya.
"Kita mesti melakukan perubahan paradigma untuk memastikan kejayaan semua rancangan kita. Kita perlu menanggalkan proses yang usang dan mengubah sikap yang memberi tumpuan kepada negatif tanpa menilai atau mengiktiraf kejayaan atau sumbangan yang dibuat kepada negeri," katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Sabah's economy has registered encouraging growth with its Gross Domestic Product (GDP) increasing from RM82.1 billion in 2022 to RM83.2 billion in 2023, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"This shows a momentum of continuous improvement and positive development in Sabah," he said, adding this was in line with the national GDP, which is expected to increase by 2.5 per cent through the Madani Economy Framework that saw the restructuring of Malaysia's economy under the National 2025 Budget.
Chairing the State Development Action Council (MTNg) meeting at Menara Kinabalu here today, the Chief Minister said the achievement was due to cooperation from various quarters in the state.
"If we continue to contribute our energy positively through close cooperation, it is not impossible to successfully implement our Hala Tuju Sabah Maju Jaya aspirations," he said.
He urged relevant agencies to ensure all initiatives and programmes under the 12th Malaysia Plan (12MP) and Hala Tuju Sabah Maju Jaya development blueprint are implemented to spur economic growth and to uplift the people's livelihood.
Under the 13MP, the Chief Minister said the State Government has formulated a State Strategic Development Hala Tuju as a proactive step to spur Sabah's economy and development from 2026 to 2030.
"It is also an early framework that takes into consideration the policy, blueprint and current development plan. Various initiatives will be initiated encompassing the Blue Economy initiative and each state development agenda under the 13MP," he said.
Despite the various successes through the Hala Tuju SMJ initiatives and positive figures from all the released data to date, Hajiji said the State Government must not rest on its laurel and become complacent.
"We must continue to work hard and be more proactive. All state leadership, heads of department and heads at district-level must go down to the ground more frequently to monitor ongoing programme or project implementation.
"This is important to ensure all programmes are done well and thoroughly ," he said, adding that this year 1,265 projects and programmes must be completed in Sabah.
"All the implementing agencies must constantly monitor these projects' progress and ensure they are completed according to schedule," he said.
According to him, Sabah is among the highest recipients of the national budget, with RM6.7 billion allocated by the Federal Government this year.
"This proves that the voices of the people and leaders of Sabah are heard at the federal level. It also demonstrates that we are very serious and will strive to boost the state's development," he said.
"We must do a paradigm shift to ensure the success of all our plans. We should do away with outdated processes and we must change attitude that focus on the negatives without evaluating or crediting the successes or contributions made to the state," he said.
Ends
