Tun Juhar banyak menyumbang kepada Sabah sepanjang 14 tahun (Dwibahasa) berkhidmat

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada Tun Juhar Mahiruddin  yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1 Januari,  2025. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata selepas 14 tahun, Tun Juhar  adalah Yang di-Pertua Negeri paling lama berkhidmat dan telah memberi sumbangan yang  begitu besar kepada Sabah. 

“Tuan Yang Terutama Tun telah mencurah khidmat yang tiada tolok banding, yang menyaksikan  pelbagai insiden dan perkembangan yang melibatkan kerencaman dan dinamika dunia politik,  ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya.  

“Perkembangan ini berlaku semasa beliau memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri  ke-10 dan telah meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik sebagai seorang pemimpin yang  berpengalaman dan berjiwa besar,” katanya pada majlis santapan negeri bagi menghargai Tuan  Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini  malam ini. 

Beliau berkata antara peristiwa yang tercatat dalam sejarah Sabah termasuklah insiden  pencerobohan oleh warga asing di Tanduo pada 2013 dan merebaknya pandemik COVID-19  yang bermula pada akhir 2019 sehingga ke awal tahun 2022.  

“Kedua-dua insiden itu telah meletakkan rakyat Sabah ke dalam situasi yang mencabar. Banyak  nyawa terkorban. 

“Alhamdulillah, di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun, kita telah berjaya mengatasi  cabaran ini,” katanya. 

“Rakyat Sabah tidak kira bangsa, budaya, agama dan kepercayaan sentiasa menunjukkan kasih  sayang dan keprihatinan mereka kepada Tuan Yang Terutama Tun dan isteri Yang Amat  Berbahagia Toh Puan Norlidah Tan Sri R M Jasni dalam semua program awam yang mereka  jayakan,” katanya.  

Hajiji berkata kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Sabah mengucapkan setinggi-tinggi  terima kasih kepada Tun Juhar atas kepimpinan cemerlang sepanjang 14 tahun memerintah  dan mendoakan beliau serta Toh Puan Norlidah sentiasa baik dalam perjalanan mereka seterusnya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The State Government expressed its profound appreciation to Tun  Juhar Mahiruddin, who will end his service as Sabah Head of State on January 1, 2025. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that after 14 years, Tun  Juhar is the longest-serving Head of State and has contributed much to Sabah during  his tenure.  

"His Excellency Tun has rendered much services to Sabah while witnessing various  incidents and developments ranging from politics, economics, security, health,  education, and religion, among others. 

"These developments happened during his tenure as the 10th Head of State and have  put him in good stead as a highly experienced leader with a big heart," he said at the  state banquet honouring Tun Juhar at the Sabah International Convention Centre  tonight. 

He said that among the significant incidents etched in Sabah's history during Tun Juhar's  tenure were the Tanduo incursion in 2013 and the COVID-19 pandemic that began at  the end of 2019 until early 2022. 

"Both incidents have thrown the people of Sabah into challenging situations. Many lives  have been lost.  

"Alhamdullilah, under the Sabah Head of State as patron, we have succeeded in  overcoming these challenges. 

"The people of Sabah, regardless of race, culture, religion and belief, have always  demonstrated their love and care to His Excellency Tun and his wife Yang Amat  Berbahagia Toh Puan Norlidah Tan Sri R M Jasni in all the public programmes they  graced," he said. 

Hajiji said the State Government leadership, and the people of Sabah thanked Tun Juhar  for his leadership during his 14-year rule and wished him and Toh Puan Norlidah well in  their endeavours. 

Ends