Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah bersetuju meneruskan pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tempoh 1 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025 dengan memperuntukkan sebanyak RM50.9 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Pengecualian itu adalah bagi pengguna domestik dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah (atau bil elektrik bulanan sekitar RM677); dan pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah (Kategori CM1 dan ID1) yang terdiri juga dari golongan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Beliau berkata bagi memberi pengecualian surcaj, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta..
“Kerajaan negeri juga telah memohon bantuan subsidi bahan api sejumlah RM278 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi tujuan ini, memandangkan peningkatan kos penjanaan tenaga akibat kenaikan kos bahan api yang terkesan oleh impak global,” katanya.
Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet yang dipengerusikan Ketua Menteri pada awal bulan ini.
Ketua Menteri berkata bantuan subsidi kepada Sabah Electricity dan pemegang- pemegang Lesen Awam akan memanfaatkan 693,834 pengguna atau 99 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna elektrik di Sabah.
Bagi pengguna kategori lain (Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500kWj dan Pengguna bukan domestik voltan sederhana atau pengguna-pengguna besar serta lampu jalan awam), kadar surcaj yang dikenakan adalah kekal pada 4.06 sen/kWj.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government has agreed to maintain the exemption of the Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) surcharge for the period from January 1, 2025, to June 30, 2025, by allocating a fund of RM50.9 million, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
This exemption applies to domestic consumers with electricity consumption of 1,500 kWh or less (or a monthly electricity bill of approximately RM677) and non-domestic consumers in the low-voltage tariff category (CM1 and ID1), which also includes Micro, Small, and Medium Enterprises.
He said that to give the surcharge exemption, the State Government would allocate an ICPT subsidy of RM50.9 million.
“The State Government has also requested a fuel subsidy totalling RM278 million from the Federal Government for this purpose, which is necessary due to the increase in energy generation costs resulting from the rise in fuel prices influenced by global impacts,” he said.
The State Cabinet meeting chaired by the Chief Minister made the decision earlier this month.
The Chief Minister said the subsidy to Sabah Electricity and public license holders would benefit 693,834 consumers or 99 per cent of the total electricity consumers in Sabah.
For other categories of consumers (domestic users with electricity consumption exceeding 1,500 kWh and non-domestic consumers with medium voltage or large users, as well as public street lighting), the surcharge rate would remain at 4.06 sen/kWh.
Ends
