Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Majlis Tenaga Sabah (MTS) hari ini meluluskan penganugerahan  projek solar berskala besar kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199MW di  bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 yang dikendalikan oleh Energy Commission  of Sabah (ECoS). 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata lapan daripada projek  itu (113MW) adalah di Pantai Barat, manakala tujuh lagi untuk menjana 86MW berada  di Pantai Timur 

“Dengan jumlah ini (15 projek) dan projek LSS sedia ada yang sedang beroperasi atau  sedang dilaksanakan, jumlah LSS di Sabah akan melebihi 350 Megawatt atau 23  peratus daripada campuran kapasiti penjanaan menjelang 2027,” kata Hajiji ketika  mempengerusikan mesyuarat MTS di Menara Kinabalu. 

Beliau berkata projek-projek ini, yang mengutamakan syarikat berkaitan kerajaan dan  tempatan Sabah, dijangka siap pada penghujung 2026 dan akan membantu  mengurangkan kebergantungan kepada subsidi bahan api, terutama di pantai timur.  

Beliau juga menyatakan bahawa harga bidaan yang ditawarkan adalah kompetitif  melalui penyertaan yang menggalakkan dan akan menjadi penanda bagi projek tenaga  di masa hadapan bagi memastikan amalan perolehan terbaik. 

MTS juga memperakukan Pelan Induk Pembangunan Hidro Sabah (SHDM) untuk  pelaksanaan selama 10 tahun (2028 hingga 2037).  

“Kajian SHDM yang dijalankan oleh ECoS mengenal pasti potensi 1,500MW kuasa  hidro. Dengan kapasiti ini, sebagai tambahan kepada 500MW yang telah beroperasi  atau diluluskan, jumlah penjanaan kuasa hidroelektrik, berjumlah kira-kira 2,000MW,  akan menjadi salah satu sumber tenaga utama, mencapai lebih 38 peratus campuran  kapasiti penjanaan Grid Sabah. 

“Ini adalah salah satu penyelesaian jangka panjang yang mampan untuk memenuhi  keperluan penjanaan tenaga kita,” kata Ketua Menteri. 

Hajiji berkata mesyuarat itu juga memberi tumpuan kepada menangani cabaran tenaga  semasa di Sabah, termasuk kekurangan kapasiti dan kestabilan grid serta perancangan  untuk memenuhi permintaan elektrik jangka sederhana dan panjang. 

“Kami telah meluluskan semakan semula Pelan Pembangunan Penjanaan (PDP) bagi  memastikan penjanaan yang mencukupi bersesuaian dengan perubahan-perubahan  semasa,” katanya. 

Mengenai pembekalan elektrik luar bandar, Hajiji mengulangi komitmen Kerajaan  Negeri untuk mencapai liputan 100 peratus di kawasan luar bandar menjelang tahun  2030. 

“Kami sedang meneroka pendekatan inovatif untuk memperluaskan akses elektrik  kepada masyarakat luar bandar. Setiap rakyat Sabah berhak mendapat bekalan elektrik  yang stabil, dan kami akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan  kerajaan (NGO) dan sektor swasta untuk merealisasikan usaha ini. 

“Inisiatif komprehensif ini menunjukkan dedikasi kerajaan negeri untuk membina  infrastruktur tenaga yang kukuh dan mampan untuk Sabah. Kami bukan sahaja  menangani keperluan semasa tetapi merancang secara strategik untuk generasi masa  depan kita,” katanya. 

Yang turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri,  Datuk Phoong Jin Zhe; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar  Untong dan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid.  

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Sabah Energy Council (MTS) today approved theawardof large-scale solar projects to 15 bidders with a total capacity of 199MWunder theLSSSabah 2024 bidding process conducted by the Energy Commission of Sabah(ECoS). 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said eight of theprojects(113MW) are on the West Coast, while the remaining seven to produce 86MWwouldbe on the East Coast. 

"With these and existing LSS projects currently operating or being implemented, thetotal LSS in Sabah will exceed 350 Megawatts or 23 per cent of generationcapacitymix by 2027," said the Chief Minister when chairing the MTS meeting at MenaraKinabalu. 

He said these projects, prioritising government-linked and local Sabahan companies, are expected to be completed by the end of 2026 and will help reduce dependenceonfuel subsidies, especially on the East Coast. 

He also noted that the bid prices offered were competitive through encouragingparticipation and will become a reference for future energy projects to ensurebest procurement practices. 

The MTS also endorsed the Sabah Hydro Development Master Plan (SHDM) forimplementation over 10 years (2028 to 2037). 

"The SHDM study conducted by ECoS identified a potential of 1,500MWof hydropower. With this capacity, in addition to the 500MWalready operatingorapproved, the total hydroelectric power generation, totalling about 2,000MW, will become one of the primary energy sources, reaching more than 38 per cent of theSabah Grid generation capacity mix. 

"This is one of the sustainable long-term solutions to meet our generation needs," saidthe Chief Minister. 

Hajiji said the meeting also focused on addressing current energy challenges inSabah, including grid capacity shortage and stability while planning to meet theneedsof medium- and long-term electricity demand. 

"We have approved a review of the Power Development Plan (PDP) toensuresufficient generation to meet current changes," he said. 

Regarding rural electricity supply, Hajiji reiterated the State Government's commitment to achieving 100 per cent coverage in rural areas by 2030. 

"We are exploring innovative approaches to expand electricity access torural communities. Every Sabah citizen has the right to a stable electricity supply, andwewill collaborate with various parties, including NGOs and the private sector, torealisethis effort. 

"These comprehensive initiatives demonstrate the state government's dedicationtobuilding strong and sustainable energy infrastructure for Sabah. We arenot onlyaddressing current needs but strategically planning for our future generations," hesaid. 

Present at the meeting were Industrial Development and EntrepreneurshipMinisterDatuk Phoong Jin Zhe, State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar UntongandECoS chief executive officer Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid. 

Ends