Belanjawan 2025: Sabah mengalu-alukan keutamaan berterusan kepada negeri ini (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu alukan Belanjawan Madani 2025 yang mencerminkan langkah progresif Kerajaan  Perpaduan untuk menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat tanpa  menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara. 

Ketua Menteri berkata peruntukan RM6.7 bilion untuk Sabah tahun depan adalah  peningkatan sebanyak 0.45 peratus berbanding RM6.67 bilion pada tahun ini. 

"Ini sudah memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhir  Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun depan," katanya selepas mendengar siaran  langsung Belanjawan Negara dari Dewan Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri  yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Kinabalu hari ini . 

Turut hadir Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan  Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga menghargai Perdana Menteri yang meletakkan  kepentingan hak Sabah yang tidak boleh dipertikaikan seperti yang termaktub dalam  Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Kerajaan Negeri juga menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan  bayaran khas interim Sabah daripada RM300 juta kepada RM600 juta tahun depan,  yang turut dimasukkan dalam Belanjawan. 

“Sabah mengalu-alukan tumpuan berterusan Kerajaan Persekutuan untuk merapatkan  jurang pembangunan wilayah melalui penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya,  air dan bekalan elektrik," katanya. 

Hajiji turut mengalu-alukan pengumuman bahawa surat setuju terima (SST) bagi 17  pakej di bawah Fasa 1B Pan Borneo Sabah, termasuk jajaran Kota Belud - Kudat;  Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau bernilai RM9.7 bilion telah pun  dikeluarkan. 

Hajiji turut mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan telah  memuktamadkan pakej kerja Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4  bilion, dengan dua pakej telah dianugerahkan dan bakinya sebelum akhir tahun ini.

“Kami juga mengalu-alukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan  projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau,” katanya sambil menambah semua itu tidak  termasuk peruntukan untuk membaiki sekolah daif di negeri ini. 

Ketua Menteri berkata Belanjawan 2025 jelas menunjukkan ekonomi Malaysia berada  dalam aliran semakin meningkat dan kukuh. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed  the Madani 2025 Budget that reflected the Unity Government's progressive measures to  provide a prosperous livelihood for the people without compromising the nation's  economic wellbeing. 

The Chief Minister said the proposed allocation of RM6.7 billion for Sabah next year was  an increase of 0.45 per cent compared to this year's RM6.67 billion. 

"This is sufficient to continue with the development projects during the final year of the  12th Malaysia Plan next year," he said after watching the live telecast of the National  Budget tabled by Prime Minister/Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim at Menara  Kinabalu today. 

Also present were State Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun and State  Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Hajiji said the State Government also appreciated that the Prime Minister put on record  Sabah's undisputed right for development as stipulated in the 1963 Malaysia Agreement  (MA63). 

He noted that the Federal Government's decision to increase the interim special  payment for Sabah from RM300 million to RM600 million next year, was also included  in the Budget. 

"Sabah hailed the Federal Government's continuous focus to narrow the regional  development gap through the provision of basic amenities like roads, water, and  electricity supply," he said. 

Hajiji welcomed the announcement that the acceptance letter (SST) for the 17 packages  under the Pan Borneo Sabah 1B Phase, which included the Kota Belud - Kudat road  alignment, Tawau to Kampung Lot M and Telupid to Ranau worth RM9.7 billion had  already been issued. 

The announcement that the Federal Government had finalised the Sabah Sarawak Link Road Phase worth RM7.4 billion, with two packages already awarded and the rest before  the end of this year, was good news indeed.

This included the upgrading of the Tawau Airport and the allocations to repair  dilapidated schools in the state. 

The Chief Minister said the National 2025 Budget clearly showed that Malaysia's  economy is on the uptrend and getting stronger. 

Ends