Belanjawan negara akan terus fokus kepada pembangunan luar bandar Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah dijangka terus menerima peruntukan untuk pembangunan luar bandar dalam Belanjawan 2025.
“Saya difahamkan bahawa di bawah Belanjawan 2025, peruntukan akan terus diberikan untuk pembangunan luar bandar di Sabah bagi merapatkan jurang antara l luar bandar dan bandar serta menambah baik kemudahan asas, khususnya dalam menangani isu berkaitan sekolah dan klinik daif.
“Bagi tujuan ini, tumpuan akan diberikan untuk memastikan akses penuh kepada kemudahan asas, khususnya jalan raya, bekalan air bersih terawat dan bekalan elektrik,” katanya pada mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu hari ini.
Pada masa yang sama, kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, merangkumi penyediaan perlindungan sosial untuk semua lapisan masyarakat, pekerjaan dengan gaji yang lebih baik serta langkah dan dasar yang akan menyaksikan pengagihan kekayaan negara secara adil,” katanya.
Hajiji berkata, kerajaan optimis Belanjawan Negara 2025 akan membawa Malaysia lebih dekat untuk merealisasikan Ekonomi MADANI dengan kerjasama semua rakyat Malaysia.
Ketua Menteri berkata, Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini (18 Oktober) di Parlimen adalah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang bertujuan meningkatkan siling potensi ekonomi negara dan tahap kualiti kehidupan rakyat selaras dengan temanya "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.”
Hajiji turut menyeru semua agensi dan jabatan menilai prestasi masing-masing sepanjang tempoh suku ketiga tahun ini.
“Agensi dan jabatan di Sabah perlu berupaya meneroka peluang untuk meningkatkan prestasi projek pembangunan negeri,” katanya.
Beliau turut mengulangi bahawa projek pembangunan Persekutuan seperti sekolah dan klinik boleh dilaksanakan tanpa menunggu hak milik tanah dikeluarkan selagi tanah itu telah diwartakan untuk tujuan berkenaan.
“Sekiranya tanah diperlukan untuk membina sekolah dan klinik, kerajaan negeri akan memudahkan bagi mengelak sebarang kelewatan dalam pelaksanaan projek,” katanya sambil menambah penglibatan dan kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi Persekutuan di Sabah perlu diperkukuh untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah is expected to continue receiving allocation earmarked for rural development in the National 2025 Budget.
"I have been made to understand that under the 2025 Budget, rural development will continue to receive allocation to narrow the gap between rural and urban areas as well as to improve basic amenities, particularly for dilapidated schools and clinics Sabah.
"For this purpose, the focus would be on ensuring full access to basic utilities, particularly roads, clean treated water, and electricity supply," he said at the State Development Action Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu today.
The Government will also continue to enhance the people's well-being, ranging from social security provision for people across the board, employment with better salaries and measures as well policies that will see a fair distribution of the nation's wealth, he said.
Hajiji said the Government was optimistic that the National 2025 Budget would bring Malaysia closer to realising the MADANI Economy with cooperation from all Malaysians.
The Chief Minister said the National 2025 Budget that would be tabled this Friday (Oct 18) in Parliament is a long-term framework for Malaysia's economy aimed at increasing the country's economic ceiling potential and the people's livelihood quality in line with the theme "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera."
Hajiji also called upon all the agencies and departments to evaluate their respective performance for the past three quarters of this year.
"Agencies and departments in Sabah must be able to explore opportunities to improve the performance of the state development projects," he said.
He reiterated that federal development projects such as schools and clinics can be implemented without waiting for the land title to be issued as long as the land has been gazetted for the purpose.
"If lands are needed to build schools and clinics, the State Government will facilitate to avoid any delay in the implementation of the projects," he said, adding the participation and cooperation between the State Government and Federal agencies in Sabah needs to be strengthened to ensure smooth implementation of projects.
Ends
