Kerajaan bertekad jadi pelopor, peneraju pengurusan GIA di Malaysia.

KOTA KINABALU: Aspirasi Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) yang telah perkenalkan  tahun lalu merupakan komitmen, iltizam dan tekad Kerajaan Negeri untuk menjadi pelopor,  peneraju dan penanda aras dalam pengurusan GIA di Malaysia.  

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri melalui  Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) di Pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri telah mengemudi usaha-usaha strategik bagi mencapai hala tuju yang telah ditetapkan  dalam merealisasikam GIA.  

Katanya, antara usaha strategik itu ialah memastikan semua 132 agensi Kerajaan Negeri Sabah  merangkumi kementerian, jabatan, pejabat daerah, daerah kecil, Badan Berkanun Negeri dan  Pihak Berkuasa Tempatan siap membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)  sepenuhnya.  

Pemantauan dan pelaporan status pelaksanaan inisiatif-inisiatif OACP diselia secara maya  melalui Sistem i-Dashboard atau Sistem i-DO; siap menyediakan Arahan Ketua Menteri No. 1  Tahun 2023 mengenai Penubuhan Unit Integriti dan Governans di Syarikat Berkepentingan  Kerajaan;  

Siap menyediakan dua Pekeliling Integriti Perkhidmatan Negeri Sabah (PIPANS) mengenai  Penubuhan Unit Integriti di Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan; Menaik  taraf sistem aduan daripada Sistem i-Adu 1.0 kepada Sistem i-Adu 2.0 yang lebih mesra  pengguna dan komprehensif dalam menyelesaikan aduan kompleks;  

Seramai 44 pegawai Kerajaan Negeri Sabah termasuk pegawai dari Syarikat Berkepentingan  Kerajaan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) oleh Lembaga  Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) yang akan menjadi penggerak utama usaha usaha GIA di negeri Sabah;  

Melaksanakan Program Pengukuhan CeIO Kerajaan Negeri Sabah sebagai usaha  mengukuhkan kompetensi CeIO dalam menjalankan tanggungjawab;  

Katanya, Sabah juga menjadi Kerajaan Negeri pertama yang mewajibkan Lagu Integriti  Perkhidmatan Awam Negeri dimainkan dalam semua majlis rasmi Kerajaan, dalam  mengukuhkan penghayatan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam;  

Strategik lain ialah berjaya melaksanakan 10 Minggu Integriti Kementerian dan Jabatan Ketua  Menteri Tahun 2024 melibatkan 10 kementerian dan Jabatan Ketua Menteri, menyasarkan  semua penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat  Berkepentingan Kerajaan. Inisiatif seumpama ini merupakan satusatunya dilaksanakan di  Malaysia;  

Mewajibkan setiap agensi Kerajaan Negeri mewujudkan sudut digital GIA di semua laman web  rasmi agensi Kerajaan Negeri; Melaksanakan pemeriksaan dan perundingan ke atas 50 agensi  Kerajaan Negeri setakat bulan September 2024 sebagai langkah memantapkan tadbir urus di  agensi yang diperiksa; dan telah melaksanakan Program Kesedaran Tatatertib di 18 agensi  Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Sabah sejak tahun 2023.  

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah  (KITA) Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Isnin.  

Katanya, usaha pemantapan pengurusan GIA bukan sahaja dilaksanakan oleh BIGoNS, malah  disokong oleh inisiatif-inisiatif yang dijayakan oleh agensi-agensi yang lain.  

Antaranya ialah Bahagian Audit Dalam, Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah dinaik taraf  kepada Jabatan Audit Dalam, Jabatan Ketua Menteri mulai Januari tahun ini bagi memperkasa  sistem semak dan imbang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,  

Kementerian Kewangan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan  (JPP-KKNS) yang bertanggungjawab memantau prestasi Syarikat Berkepentingan Kerajaan  berprestasi rendah serta mencadangkan langkah penyelesaian bagi memastikan pengurusan  yang cekap;  

Kementerian Kewangan Negeri turut menambah baik Sistem State Company Information  System 5.0 (SCIS 5.0) untuk memantau prestasi dan laporan kewangan Syarikat  

Berkepentingan Kerajaan secara real-time bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan;  

Institut Latihan Teknik dan perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia  melakar sejarah sebagai institusi pertama di Malaysia berasaskan TVET yang telah  melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Modul Integriti dan Antirasuah sebagai subjek  wajib kepada semua pelajar ILTP.  

Katanya, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah melaksanakan program di bawah Kluster  Tatakelola dan Antirasuah bertemakan “Pencegahan Rasuah Tanggungjawab Bersama”. Siri  pertama telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah  (LHDN).  

Hajiji menegaskan, komitmen pengurusan tertinggi merupakan kunci utama kepada kejayaan  pengurusan GIA di Sabah.  

Tamat