Lantikan UMS oleh MUIS bantu tingkatkan potensi wakaf di Sabah

KOTA KINABALU: Pelantikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan membantu MUISuntukterusmemperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap dengan lantikan itu UMS akan dapat melaksanakan pembangunan yang mapan di dalam memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini. 

“Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada MUIS untuk terus memperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri ini. 

“Ini termasuklah dengan memberikan penekanan terhadap kerjasama dan keterlibatan bersama pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan negeri atau Persekutuan, swasta atau korporat yang ingin sama-sama menyumbang kepada usaha kearah menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang tahun 2030. 

“Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMS kerana telah menjadi institusi yang pertama mendapat lantikan sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai MUIS,” katanya sempena Majlis Bukan Wakaf Peringkat Negeri dan Seminar Wakaf Pendidikan “Wakaf Membina Generasi Berilmu di sini pada Khamis. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Hj Mohd Arifin bin Mohd Arif. 

Beliau berkata usaha yang diambil oleh UMS ini sesungguhnya amat baik terutama dalam membantu pembangunan pendidikan di negeri ini. 

“Justeru, mana-mana pihak yang ingin berwakaf dalam aspek pendidikan, kini ia boleh disalurkan kepada UMS, selain MUIS sendiri. Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi institusi pendidikan di negeri ini akan mengikut inisiatif yang diambil oleh UMS. 

“Sudah pasti ini akan memberi manfaat kepada golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain. Tahniah kepada semua yang terlibat dalamusahamengembangkan syiar wakaf di negeri Sabah khususnya di dalam membangun sektor pendidikan,” katanya 

Dalam pada itu, beliau berharap MUIS akan dapat mendekatkan diri bersama masyarakat dalam usaha untuk menyebarkan kefahaman berkaitan ibadah wakaf di negeri ini. 

“Justeru, besar harapan saya agar industri wakaf ini dapat terus memperkukuhkan mengikut acuan masa kini serta berlandaskan hukum syarak agar kesannya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 

“Pada akhirnya nanti, ini akan dapat menjadikan wakaf sebagai wadah pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi ummah,” katanya. 

Tamat