Majlis Tenaga Sabah lulus projek penjanaan kapasiti 700 megawatt (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Majlis Tenaga Sabah (MTS) dalam mesyuarat keduanya telah  meluluskan beberapa projek kritikal untuk pembangunan penjanaan berjumlah kapasiti  700 Megawatt ke arah memulihkan Sistem Grid negeri ini. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, antara projek utama  itu ialah Projek Hidro Elektrik dan Loji Janakuasa Gas Asli bagi memastikan  keterjaminan bekalan elektrik yang mencukupi di negeri ini pada masa sekarang dan  akan datang. 

Katanya, mesyuarat MTS juga mendengar maklumbalas daripada Energy Commission  of Sabah (ECoS) berkenaaan perkembangan projek-projek penjanaan penting lain yang  telah diambil tindakan susulan keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat MTS  pertama bulan Jun lalu.  

“Ini termasuklah keputusan keatas perlaksanaan projek-projek sumber tenaga masa  hadapan iaitu potensi dan kaedah pembangunan hidro elektrik secara meluas di Sabah  menerusi kajian Sabah Hydro Development Masterplan yang sedang dilaksanakan oleh  ECoS, serta kaedah pembangunan loji Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC)  melalui konsep Projek Perintis Permulaan”, katanya selepas mempengerusikan  Mesyuarat Kedua MTS di Menara Kinabalu pada Khamis. 

Hajiji berharap segala usaha yang dilaksanakan itu akan mendatangkan manfaat terbaik  dalam merealisasikan pencapaian tenaga yang berdayaharap, mampu milik dan  mampan untuk masa kini dan akan datang. 

Katanya, ini adalah selari dengan Pelan Induk Tenaga - Sabah Energy Roadmap and  Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) untuk kemajuan Sabah dan memberi manafaat  kepada rakyat negeri ini. 

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan  Persekutuan kepada Sabah dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan  Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Majlis Tenaga Sabah (MTS) in its second meeting approved several  critical projects for the development of a total generation capacity of 700 Megawatts  aimed at restoring the state's Grid System. 

Sabah Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, stated that among the  main projects is the Hydroelectric Project and the Natural Gas Power Plant to ensure a  reliable supply of electricity in the state for current and future use. 

He said that the MTS meeting also heard feedback from the Energy Commission of  Sabah (ECoS) regarding the progress of other important generation projects since the  first MTS meeting last June. 

"This includes decisions on the implementation of future energy source projects, namely  the potential and methods of widespread hydroelectric development in Sabah through  the Sabah Hydro Development Masterplan study currently being carried out by ECoS,  as well as the development of the Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) plant  through the concept of the Pioneer Project," he said after chairing the second SEC  Meeting at Menara Kinabalu on Thursday. 

Hajiji hopes that all efforts undertaken will bring the best benefits in realising the  achievement of energy in Sabah that is reliable, affordable, and sustainable. 

He said these efforts are in line with the Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040  (SE-RAMP 2040) for the advancement of Sabah and to benefit the people of the state. 

MTS was established following the transfer of energy regulatory powers from the Federal  Government to Sabah and to replace the Sabah Electricity Supply and Tariff Planning  and Implementation Committee (JPPPET). 

Ends