Inisiatif tingkat jidar simpanan penjanaan dan menangani kekurangan kuasa elektrik diluluskan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Majlis Tenaga Sabah (MTS) telah meluluskan pelbagai inisiatif  termasuk meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui baharu yang akan membantu  mencapai dan mengekalkan jidar simpanan penjanaan sebanyak 30 peratus serta  mengatasi masalah kekurangan kuasa elektrik di negeri ini.  

Dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, MTS dalam  mesyuarat pertamanya hari ini bersetuju menjalankan kajian kebolehlaksanaan sumber  tenaga boleh baharu untuk Sabah seperti angin, geoterma dan projek janakuasa low  head hydro summersible untuk meningkatkan campuran tenaga boleh baharu.  

Cadangan-cadangan lain daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) termasuk  pelanjutan operasi loji janakuasa sedia ada yang berdaya harap, pembelian tenaga  daripada loji janakuasa biomass, memastikan penyiapan projek Solar Berskala Besar  (LSS), memperolehi kapasiti dari Sarawak, melaksanakan Sistem Penyimpanan  Tenaga Bateri (BESS), tambahan loji janakuasa gas asli sebagai bahan api peralihan  dan pengaktifan semula loji janakuasa Geoterma.  

Penyiapan Pelan Pembangunan Hidroelektrik Sabah yang menjelang akhir tahun ini  dijangka akan dapat menyokong inisiatif-inisiatif penjanaan kuasa di negeri ini. 

Untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri akan menerokai teknologi baharu seperti  Reaktor Modular Kecil (SMRs) dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan Penukaran  Tenaga Haba Lautan (OTEC) berikutan kelulusan Enakmen OTEC 2024 oleh Dewan  Undangan Negeri Sabah. 

Ketua Menteri dalam ucapan alu-aluannya menekankan Kerajaan Negeri komited untuk  masa depan tenaga yang mampan di Sabah melalui Pelan Induk dan Halatuju Tenaga  Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan pada 19 Sept tahun lalu. 

"SE-RAMP 2040 menggariskan pelbagai strategi dan inisiatif untuk mengimbangi  keperluan tenaga dan memastikan keselamatan tenaga, mampu milik, dan kelestarian  alam sekitar," katanya sambil menambah mesyuarat MTS tertumpu kepada menangani  cabaran tenaga semasa di Sabah, termasuk kekurangan kapasiti dan kestabilan grid  serta perancangan untuk memenuhi keperluan permintaan elektrik jangka masa  sederhana dan panjang. 

Beliau turut menyeru tindakan kolektif daripada semua pihak berkepentingan dalam  memastikan kesemua pelan dan inisiatif berjaya dilaksanakan.  

Terdahulu, Hajiji berkata peranan MTS yang diluluskan Jemaah Menteri pada 6 Mac  tahun ini adalah untuk memastikan keberkesanan strategi dan inisiatif SE-RAMP 2040. 

Dipengerusikan oleh Ketua Menteri, MTS mempunyai 11 ahli tetap iaitu Menteri  Kerjaraya, Menteri Pembangunan Industri dan Usahawan, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kewangan, SUT Kementerian Kerjaraya, SUT  Kementerian Pembangunan Industri dan Usahawan, Pengarah Unit Perancang  Ekonomi Negeri, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, Pengerusi  ECoS dan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, SMJ Energy Sdn Bhd  dan Sabah Electricity Sdn Bhd masing-masing adalah ahli jemputan. 

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan  Persekutuan kepada Sabah dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan  Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Sabah Energy Council (MTS) has approved various initiatives  including exploring new renewable energy sources that will help to achieve and sustain  a 30 per cent generation reserve margin and address power shortage in the state. 

Chaired by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, the Council in its  inaugural meeting today agreed for feasibility studies to be conducted on new energy  sources such as wind, geothermal and low-head submersible Hydropower projects to  increase the state's renewable energy mix.  

Other proposals by the Energy Commission of Sabah (ECoS) included an interim  extension of viable existing power plants, purchasing power from biomass plants,  ensuring completion of ongoing Large Scale Solar (LSS) projects and additional new  LSS, procuring capacity from Sarawak, implementing Battery Energy Storage Systems  (BESS), additional natural gas-fired power plants as transitional fuel and revival of  Geothermal plant.  

The completion of the Sabah Hydropower Development Master Plan by the end of this  year is also expected to support the state's power generation initiatives.  

As for the long-term plan, the State Government is exploring new technologies like Small  Modular Reactors (SMRs) in collaboration with the Federal Government and Ocean  Thermal Energy Conversion (OTEC) under the Sabah Blue Economy Plan following the  recent approval of the OTEC Enactment 2024 in the State Legislative Assembly. 

The Chief Minister in his opening remarks stressed that the State Government is  committed to a sustainable energy future for Sabah through the implementation of the  Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) that was launched on  Sept 19 last year. 

"SE-RAMP 2040 outlines various strategies and initiatives to balance energy needs and  ensure energy security, affordability, and environmental sustainability," he said, adding  that the MTS meeting focused on addressing Sabah's current energy challenges,  including capacity shortage and grid stability as well as planning to meet the electricity  demand needs over the medium and long term.  

He also called for collective action from all stakeholders, which is vital to ensure the  successful implementation of these plans and initiatives. 

Earlier Hajiji said the role of the MTS, approved by the State Cabinet on March 6 this  year, was to ensure the efficacy of the SE-RAMP 2040 strategies and initiatives. 

The MTS chaired by the Chief Minister and comprised of 11 permanent members  namely the Works Minister, Industrial Development and Entrepreneurship Minister,  State Secretary, Finance Ministry Permanent Secretary, Works Ministry Permanent  Secretary, Industrial Development and Entrepreneurship Ministry Permanent Secretary,  State Economic Planning Unit Director, Sabah Maju Jaya Secretariat Chief Coordinating  Officer, ECoS Chairman and ECoS Chief Executive Officer. 

The respective CEOs of the Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, SMJ Energy Sdn Bhd  and Sabah Electricity Sdn Bhd are invited members.  

MTS was set up following the handing over of power regulatory authority from the  Federal Government to Sabah and to replace the Sabah Tariff and Electricity Supply  Implementation and Planning Committee (JPPPET). 

Ends