Pendirian Rasmi Kerajaan Negeri Sabah Berhubung Hak Perlembagaan untuk Menuntut 40 Peratus Hasil Bersih daripada Kerajaan Persekutuan - Tiada Kompromi ke atas 40 Peratus (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
Kerajaan Negeri Sabah dengan tegas mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan melepaskan hak-hak perlembagaan asas Negeri Sabah berkaitan dengan pemberian khas 40 peratus Hasil Bersih di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Hal ini diperkukuhkan dalam ucapan Belanjawan 2023 di mana YAB Perdana Menteri telah mengakui dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk meningkatkan kadar Pemberian Khas berbanding dengan apa yang telah dipersetujui sebelum ini dan akan mempercepatkan rundingan untuk mencari jalan penyelesaian. Isu kritikal ini masih dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri Sabah akan terus mempertahankan hak-hak perlembagaan Negeri Sabah berkaitan dengan formula perkongsian hasil yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini harus dihormati oleh Kerajaan Persekutuan. Ini juga termasuk tuntutan Negeri Sabah untuk “lost years” di mana tiada kajian semula dibuat dari tahun 1974 hingga kini.
Setakat ini, terdapat penyelesaian interim (tanpa prejudis) di mana Negeri Sabah menerima amaun Pemberian Khas yang lebih banyak daripada sebelum ini sementara menunggu rundingan lanjut antara kedua-dua pihak. Sementara menunggu rundingan yang sedang dijalankan, jumlah penyelesaian interim untuk Pemberian Khas telah meningkat daripada RM125.6 juta pada tahun 2022 dan daripada RM260 juta yang diumumkan pada Januari 2023 kepada RM300 juta pada Julai 2023. Walaupun penyelesaian interim terhadap Pemberian Khas ini adalah kurang daripada apa yang dijangkakan – Kerajaan Negeri Sabah akan terus komited dan konsisten dalam menuntut untuk mendapatkan nilai Pemberian Khas yang lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding sebelum ini.
Dalam masa yang sama, saya ingin menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah menghormati hak Sabah Law Society untuk memulakan prosiding mahkamah mengenai perkara ini. Kerajaan Negeri Sabah mengakui peranan penting litigasi kepentingan awam dalam memartabatkan kedaulatan undang-undang ke arah pentadbiran yang adil dan saksama. Kerajaan Negeri melihat inisiatif oleh SLS daripada sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada 1963. Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tetapi saya berkongsi sentimen rakyat Sabah dan berharap sebarang keputusan akan memihak kepada Negeri Sabah.
Saya telah mengarahkan Peguam Besar Negeri Sabah untuk meneliti dan menyemak prosiding undang-undang yang sedang berjalan dan jika perlu, untuk membetulkan sebarang kenyataan yang salah dan berbeza daripada kedudukan jelas dan rasmi Kerajaan Negeri Sabah.
Walaupun prosiding sedang berlangsung di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri Sabah tetap dengan pendirian untuk mengekalkan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan secara perundangan dan berperlembagaan untuk melaksanakan hak-hak Negeri Sabah dengan membayar Pemberian Khas seperti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sama ada dari segi sejarah mahupun pada masa yang akan datang. Hak Negeri Sabah ini telah dirundingkan sebelum pembentukan Malaysia dan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Pendirian ini adalah hak kewangan Negeri Sabah dan bukan sekadar aspirasi.
Sekiranya tiada persetujuan atau penyelesaian antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan mengenai nilai Pemberian Khas, Kerajaan Negeri Sabah akan melantik penaksir bebas bagi menentukan isu ini dan memutuskan apa yang Kerajaan Persekutuan wajib bayar kepada Sabah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan berhenti dalam usaha untuk mendapatkan semua hak Negeri Sabah yang termaktub di bawah MA63 dan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kedudukan tegas dan tanpa kompromi Kerajaan Negeri Sabah.
Tamat
English Version
The State Government of Sabah categorically confirms that it will never give up the fundamental constitutional rights of the State of Sabah in relation to the 40 percent Net Revenue special grant under Article 112C and 112D of the Federal Constitution.
This fact is reinforced by the Prime Minister of Malaysia in his 2023 budget speech when he recognised and confirmed that the Federal Government is committed to improve the rate of the special grant compared to what was previously agreed and will expedite the negotiations to find a solution. This critical issue is now under the purview of the MA63 Technical Committee chaired by the Deputy Prime Minister.
We will continue to defend the State of Sabah’s constitutional rights in relation to the existing revenue sharing formula and this must be respected by the Federal Government. This includes the State's claim for the "lost years" where there has been no review conducted from 1974 until recently.
For now, there is an interim arrangement - on a without prejudice basis - where the State receives much more than before pending further negotiations between the State and Federal Government to claim what is rightfully due to the State of Sabah. In fact, pending the ongoing negotiations, the interim amounts have been increasing from RM125.6 million in 2022 and from the RM260 million announced in January 2023 to RM300 million in July 2023. Whilst this falls short of what is expected, we have been committed and consistent in seeking more from the Federal Government than ever before.
In the meantime, let me be crystal clear, we respect the right of the Sabah Law Society to commence legal proceedings on this matter. We recognise the important role that public interest litigation has in promoting the rule of law towards the fair and equitable administration of justice. The State Government sees the initiative by the SLS in a positive light that is not partisan and not political in the common furtherance of the constitutional arrangements when Sabah formed Malaysia in 1963. I do not want to pre
judge the outcome of the Court of Appeal but I share the same sentiment as the rakyat of Sabah and hope that any decision will be favourable to the State.
I have already instructed the State Attorney General to scrutinise and review the ongoing legal proceedings and if necessary, to correct any misguided statement that differs from the State's clear and formal position.
Notwithstanding the ongoing proceedings in the Court of Appeal - we maintain the official demand of the State Government of Sabah that the Federal Government is legally and constitutionally obligated to compensate the State of Sabah for what is lawfully due as a special grant, both historically and for the future. This State right was negotiated prior to the formation of Malaysia and is enshrined in the Federal Constitution. It is the financial entitlement of the State. This stand is very much more than an aspiration.
If there is no agreement or solution between the State and the Federal Governments on the special grant, we will move to activate the constitutional provision to appoint an independent assessor to determine this issue and decide what the Federal Government is obligated to pay to Sabah.
I assure the rakyat of Sabah that we will not stop in our relentless pursuit of all the State rights due under MA63 and the Federal Constitution. This is our uncompromising and absolute position.
End
