Sabah bersiap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga Haba Lautan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
Kota Kinabalu: Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan (Ocean Thermal Energy Conversion atau OTEC) 2024 yang baru dan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan No. 2) 2024 hari khamis.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata ini akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baru dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
“Enakmen ini akan membolehkan Sabah melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (Energy Commission of Sabah - ECoS) mengawal aktiviti penerokaan, pembinaan, dan operasi fasiliti OTEC.
“Teknologi OTEC menggunakan perbezaan suhu antara air permukaan yang panas dan air laut dalam yang sejuk untuk menghasilkan tenaga elektrik secara mesra alam,” tambahnya.
Ketua Menteri berkata Sabah mempunyai sumber laut yang luas dan ciri-ciri yang sesuai, menjadikannya wilayah utama untuk meneroka OTEC.
“Kajian menunjukkan bahawa kawasan tertentu di negeri Sabah berpotensi menghasilkan sehingga 20,000MW kuasa elektrik, yang boleh digunakan untuk menghasilkan hidrogen hijau, iaitu suatu sumber tenaga yang mendapat permintaan tinggi untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar.
“Industri ini akan mencipta pekerjaan dan menarik pelaburan asing ke Sabah,” katanya.
Selain itu, Ketua Menteri berkata produk sekunder seperti produk marikultur dan air minuman akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar tempatan.
“Sebagai perintis untuk pembangunan OTEC di rantau ASEAN, kita juga dapat menarik golongan profesional terlatih dan menggalakkan inovasi untuk memacu pembangunan di negeri Sabah,” tambahnya.
Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif ECoS berkata bahawa pembangunan teknologi baru ini selaras dengan pelan induk tenaga iaitu Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) yang dilancarkan pada bulan September 2023 lalu untuk meningkatkan campuran tenaga boleh baharu dan mengenalpasti sumber tenaga dan teknologi baru bagi keperluan jangkamasa panjang.
“ECoS, sebagai badan kawal selia bagi sektor tenaga mengalu-alukan cadangan bagi menjalankan penerokaan dan kajian kebolehlaksanaan demi memperolehi pembangunan yang terbaik bagi negeri Sabah,” tambahnya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The Sabah State Legislative Assembly has approved the new Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) Enactment 2024 and Energy Commission of Sabah Enactment (Amendment No. 2) 2024 today.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said this will pave the way for the development of OTEC as a new source of renewable energy and as one of the main initiatives under the Blue Economy.
“The Enactment will enable the state through the Energy Commission of Sabah (ECoS) to regulate the activities of exploration, construction, and operation of OTEC facilities.
“The OTEC technology aims to harness the temperature difference between warm surface waters and cold ocean depths to generate electricity in an environmentally friendly manner,” he added.
The Chief Minister said Sabah boasts vast ocean resources with the right characteristics, making it a prime territory for exploring OTEC.
“Research findings have indicated that certain areas in the state have the potential to generate up to 20,000MW of electric power which could be used to produce green hydrogen, a highly sought-after energy source to achieve net zero carbon emissions goals.
“This industry will create jobs and attract foreign direct investments to Sabah,” he said.
In addition, the Chief Minister said secondary products such as mariculture products and drinking water will further generate economic development in the local surrounding areas.
“By positioning ourselves as the first in the ASEAN region for OTEC development, the State can also attract skilled professionals and foster innovation for the development of Sabah,” he added
Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid, Chief Executive Officer of ECoS stressed that the development of this new technology aligns with the Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040) launched last September to increase renewable energy mix and identify new energy sources and technologies for the long term.
“ECoS, as the regulatory body, welcomes proposals in this regard to conduct exploration and feasibility studies to obtain the best development for Sabah.” he added.
Ends
