Agensi negeri dan persekutuan perlu laksana projek pembangunan RM6.6 bilion tahun ini (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu semua agensi negeri dan Persekutuan bekerjasama padu untuk memastikan kesemua projek pembangunan bernilai RM6.6 billion yang diluluskan dibawah Roling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12)dilaksanakan pada tahun ini. 

"Bagi tahun 2024, Sabah akan menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM6.6 bilion untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembangunan premis (Tamu Desa), pembaikan, pembersihan dan perawatan Sungai Tuaran, projek tebatan banjir, pembinaan sekolah baharu, menaik taraf dan selenggara sekolah daif serta pembinaan klinik kesihatan baharu. 

“Adalah penting wujud sinergi antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan segera semua projek ini demi kepentingan rakyat,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu, pada Selasa. 

Beliau berkata semua mesti mempunyai keperluan atau iltizam yang tinggi dan bekerja pantas untuk menyelesaikan masalah dengan semangat inklusif Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunan Sabah. 

Beliau berkata kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak lagi terpakai untuk pelaksanaan berkesan setiap dasar kerajaan. 

“Sebaliknya, kita perlu menambah baik sistem penyampaian bagi mempercepatkan proses kelulusan di setiap jabatan. Selain itu, agensi kerajaan mesti memanfaatkan sepenuhnya kepesatan teknologi termasuk pendigitalan dalam melonjakkan penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya. 

Hajiji berkata ini juga penting bagi memastikan kerajaan menjadi pemudahcara kepada semua  pihak, terutama sektor swasta yang menjadi pemacu ekonomi negara. 

Ketua Menteri turut mengulangi gesaan agar semua wakil rakyat dan ketua jabatan turun padang supaya masalah-masalah yang menjejaskan rakyat dapat diselesaikan dengan segera. 

Beliau berkata sehingga Januari 2024, negeri Sabah telah membelanjakan sebanyak RM4.9 bilion atau 97.01 peratus daripada peruntukan di bawah RP3 RMKe-12. 

Hajiji menggesa agar semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana mengambil tindakan proaktif dalam memastikan prestasi RP4 RMKe-12 seiring dengan prestasi nasional.

Penganalisis ekonomi menggelar 2023 sebagai tahun peralihan ekonomi negara dan 2024 adalah tahun pelaksanaan bagi semua dasar yang sudah dirancang, katanya sambil menambah ekonomi dijangka stabil walaupun berdepan pasaran global yang tidak menentu. 

“Kerajaan terus komited dalam usaha pembaharuan ekonominya untuk menarik pelaburan bernilai tinggi melalui inisiatif pemangkin di bawah kerangka ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP). 

“Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada strategi ini ialah sektor pembinaan kerana kerajaan memperuntukkan RM72.3 bilion bagi pengangkutan, air dan tenaga,” katanya. 

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Timbalan Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor wants all  state and federal agencies to make a concerted effort to ensure all the RM6.6 billion  development projects approved under the Fourth Rolling Plan (RP4) of the 12th  Malaysia Plan (12MP) are implemented this year. 

“For the year 2024, Sabah will receive a RM6.6 billion development fund for various  programmes including premises development (Tamu Desa), repairing, cleaning and  treating Tuaran river, flood mitigation project, new school construction, upgrading and  maintenance of dilapidated schools as well as the construction of new clinics. 

“it is important that there is synergy between state and federal agencies to ensure prompt implementation of all these projects for the people’s benefit,” he said when chairing the  State Development Action Council (MTPNg) meeting at Menara Kinabalu on Tuesday. 

He said all must have a sense of urgency and work fast to resolve problems in the  inclusive spirit of Malaysia Madani and Sabah Maju Jaya to give the best service to the  people and Sabah’s development. 

He said the old method of delivering services is no longer applicable for effective  implementation of each government policy. 

“Instead, we must improve the delivery system to expedite the approval process in every  department. In addition, government agencies must take full advantage of technology  including digitalisation to boost the government's delivery services," he said. 

Hajiji said this is important too that the government becomes the facilitator for all,  especially the private sector that is driving the nation's economy. 

The Chief Minister also reiterated his call for all elected representatives and department  heads to go down to the ground and effectively resolve problems that affect the people. 

He said up till January 2024 Sabah had spent RM4.9 billion or 97.01 per cent of the  allocation under RP3 of the 12MP.

Hajiji urged the implementing ministries, departments and agencies to take proactive  measures in ensuring Sabah's RP4 of the 12MP performance be at par with the national  percentage. 

Economic analysts had dubbed 2023 as the year of transition for the national economy  and 2024 as the year of implementation for all the policies that had been planned, he  said, adding that the economy is expected to stabilise despite facing an uncertain global  market. 

"The government remains committed to its economic efforts to attract high-impact  investments through initiatives under the Madani economy framework, National Energy  Transition Roadmap (NETR) and New Industrial Master Plan 2030 (NIMP). 

"Among the sectors that will benefit from these strategies are the construction sector, as  the government has allocated RM72.3 billion for transportation, water and energy," he  said. 

Also present were Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan Mohd Ali,  Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, State Secretary  Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong and Federal State Secretary Datuk Makhzan  Mahyuddin. 

Ends