KM: Jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  Kerajaan Negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan ke atas Sabah yang  sama dengan mempersoalkan kedaulatan negeri dalam Persekutuan Malaysia. 

Pendirian kukuh Kerajaan Persekutuan untuk tidak melayan dakwaan terbaharu  kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai United Tausug Citizens (UTC), Hajiji  berkata Sabah juga mendapat sokongan masyarakat global mengenai perkara ini. 

Beliau turut menegaskan sekali lagi bahawa rakyat Sabah telah memilih untuk bersama sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh  itu, sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf oleh Kerajaan  Negeri mahupun rakyat. 

Malah, tuntutan pewaris Kesultanan Sulu yang tidak berfungsi serta tidak berasas itu  berakhir dengan pemenjaraan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa, katanya. 

Ketua Menteri menegaskan dakwaan oleh UTC atau mana-mana kumpulan ke atas  Sabah tidak lain adalah hanya satu percubaan remeh semata-mata untuk mengganggu gugat keamanan negeri dan ia sama dengan mengancam kedaulatan negara. 

Tamat

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government strongly reject any claim on Sabah that is akin to questioning the state's  sovereignty in the Federation of Malaysia. 

Echoing the Federal Government's strong stand not to entertain the latest claim by a  group calling themselves the United Tausug Citizens (UTC), Hajiji said Sabah also has  the backing of the global community on this matter. 

He stressed again that Sabahans have chosen to jointly form the Malaysia Federation through the Malaysian Agreement 1963 (MA63) therefore, any external claims against the state of Sabah will not be recognised by the State Government or the people. 

Even the claim by the heir of the defunct Sulu Sultanate ended with the imprisonment of  the arbitarator Dr Gonzalo Stampa, he said. 

The Chief Minister said the claim by UTC or any group on Sabah is nothing but a frivilous  attempt to disrupt the state's peace and it is tantamount to threatening the sovereignty  of the nation. 

Ends