Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah ditubuhkan tahun ini

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan  negeri komited dalam menjayakan cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman  Mahkamah Anak Negeri Sabah, pada tahun ini. 

"Cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah ini juga  adalah satu transformasi yang memartabatkan undang-undang adat Anak Negeri sekali  gus memberikan imej yang berprestij dan berkaliber kepada Ketua-ketua adat di  mahkamah," katanya. 

Hajiji berkata kerajaan negeri amat menitikberatkan kepentingan pemerkasaan  Mahkamah Anak Negeri. 

"Sebuah jawatankuasa khas melalui Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS)  juga telah ditubuhkan bagi penggubalan, pindaan dan penyemakkan enakmen dan  ordinan yang berkaitan. 

"Hal ini adalah bagi menaiktaraf sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri yang setaraf  dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah," katanya di majlis perasmian  penangguhan kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang di Dewan  Kebudayaan Pusat Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik di sini hari ini. 

Seramai 258 Ketua-ketua Adat daripada tiga Ketua Daerah, 20 Ketua Anak Negeri, 40  Wakil Ketua Anak Negeri, 194 Ketua Kampung dan seorang Ketua Masyarakat Cina  mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Dalit, Sulaman,  Tamparuli dan Kiulu menghadiri kursus ini. 

"Ketua Adat boleh memainkan peranan strategik dalam membimbing, menyokong, dan  mendorong bagi pemerkasaan masyarakat tempatan. Ini membolehkan masyarakat  secara keseluruhannya menyumbang kepada agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya,"  katanya. 

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah  (JHEANS) khususnya Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Sabah (ILMAN) kerana  berjaya menganjurkan kursus ini dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Anak Negeri  Sabah dan Pejabat Daerah Tuaran, yang merupakan satu langkah penting ke arah  memastikan ketua-ketua adat dilengkapi dengan pengetahuan dan kefahaman untuk  menghadapi cabaran baharu.

"Ini turut membantu memastikan Undang-undang Adat Anak Negeri sentiasa dipatuhi  dan dihormati. 

"Saya berharap semua ketua-ketua adat yang menghadiri kursus ini supaya  mempraktikkan segala dapatan ilmu pengetahuan sebagai landasan memantapkan  adat di tempat masing-masing. 

"Peranan ketua-ketua adat dan ketua kampung kini semakin mencabar sekali gus  memerlukan kebijaksanaan memimpin bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni,  aman dan bersatu padu. 

"Saya berharap hasil daripada kursus ini, Mahkamah Anak Negeri Tuaran, Kiulu dan  Tamparuli akan dijadikan sebagai penanda aras (benchmark) kepada Mahkamah Mahkamah Anak Negeri yang lain di Sabah dalam melaksanakan amalan-amalan yang  terbaik," katanya. 

Tamat

 

English Version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government is committed to ensuring the proposed Sabah Native Court Judicial  Department will be set up by this year. 

"The proposal for the setting up of the Sabah Native Court Judicial Department is a  transformation to dignify the Native laws and giving a prestige image to the Ketua Adat  (customary chiefs) in the court," he said. 

Hajiji said the State Government prioritised the empowerment of the Native Court. 

"A special committee had been set up through the Sabah Native Affairs Council  (MHEANS) to formulate, amend and revise related enactments and ordinances.  

"The move will make the Native Courts be at par with the Civil Courts and Syariah  Courts," he said at the closing of the Leadership Transformation course for Ketua-Ketua  Adat at the Bajau Samah Cultural Centre, Kampung Lok Batik here today. 

A total of 258 Ketua Adat comprising three District Chiefs, 20 Native Chiefs, 40 Native  Chief Representatives, 194 village heads and a Kapitan from Pantai Dalit, Sulaman,  Tamparuli and Kiulu took part in the course. 

Hajiji said the Ketua Adat has a significant responsibility in the effort to enhance social  prosperity and native customs, which has a positive impact on the local community. 

"The Ketua Adat can play a strategic role in guiding, supporting and encouraging the  empowerment of the local community allowing them to contribute to the Hala Tuju Sabah  Maju Jaya agenda," he said.  

He commended the Sabah Native Affairs Department, especially the Sabah Native Court  Training Institute (ILMAN) for organising the course in collaboration with the MHEANS  and District Office, which is an important step towards ensuring the Ketua Adats are  equipped with knowledge and understanding to face new challenges.  

"This will also go a long way in ensuring the State Native Customary Laws continue to  be adhered to and respected," he said. 

"I hope the participants will put into practice all the knowledge acquired during the course  to their respective areas. Your role as the Ketua Adat and village head is becoming more challenging, hence requiring sound leadership and wisdom to create a harmonious,  peaceful and united community," he said. 

"I wish to see, as an outcome of the course, that the Tuaran, Kiulu and Tamparuli Native  Courts will become a benchmark in practice for other native courts in the state," he said.  

Ends