Sabah akan menggunakan sepenuhnya teknologi hijau (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  Sabah kini dalam transformasi untuk menerima pakai sepenuhnya revolusi teknologi  hijau dengan projek keluli hijau bernilai RM20 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan  Gas Sipitang (SOGIP). 

Menyaksikan majlis penyerahan Perjanjian Induk atau Heads of Agreement daripada  Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) kepada Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd  (Esteel Sabah) bagi pembekalan 150 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli  di Menara Kinabalu hari ini, beliau berkata: 

"Kerajaan negeri mengalu-alukan pelaburan dalam produk yang memanfaatkan tenaga  boleh baharu, penambahbaikkan pengurusan sisa dan menggalakkan penyelesaian  yang mampan. Melabur dalam produk berasaskan teknologi hijau bukan sahaja sejajar  dengan matlamat kemampanan global tetapi juga memanfaatkan pasaran yang  berkembang pesat untuk penyelesaian mesra alam," katanya. 

Hajiji mengulangi perkara yang dibangkitkannya pada Sidang Kemuncak Global  Ekonomi dan Teknologi China (GCET) di Shenzen, China, pada November lalu bahawa  Sabah telah mengenal pasti beberapa industri utama yang bukan sahaja menjanjikan  pulangan yang besar ke atas pelaburan tetapi juga menyumbang kepada masa hadapan  yang lebih mampan dan makmur. 

"Ini menandakan keyakinan Sabah terhadap projek keluli hijau, yang juga adalah antara  pelaburan yang mewakili asas pertumbuhan ekonomi dan strategi pembangunan  negeri." 

Menerusi perjanjian itu, SEC akan membekalkan 100 juta kaki padu standard sehari  (mmscfd) gas asli kepada kilang pembuatan keluli Esteel Sabah dan tambahan 50  mmscfd untuk penjanaan kuasa loji itu dalam tempoh 20 tahun akan datang. 

Sumbangan penting SEC kepada projek ini menyerlahkan peranan pentingnya dalam  mempromosikan inisiatif mampan dan memupuk pembangunan wilayah, tambahnya. 

Projek Keluli Hijau adalah projek membabitkan tiga fasa yang memilih gas asli sebagai  agen pengurangan berbanding kok dan arang batu, mengurangkan pelepasan karbon  sebanyak 70 peratus dan menjadikannya rendah karbon , cekap dan mesra alam.

Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd, anak syarikat Green Esteel Pte Ltd Singapura, telah  menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan Sabah Oil and Gas Development  Corporation Sdn Bhd (SOGDC) untuk menubuhkan kilang pembuatan di SOGIP di  Sipitang pada November 2022. 

Fasa 1 projek ini, dengan anggaran kos sebanyak USD1.93 bilion, dijangka bermula  tahun ini dan siap menjelang 2026. 

Projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 2,795 peluang pekerjaan semasa fasa  operasinya. 

Mewakili SEC pada majlis penyerahan Perjanjian Induk ialah Ketua Pegawai  Eksekutifnya, Datuk Adzmir Abd Rahman, manakala ESTEEL Sabah diwakili Pengarah  Urusan Xu Yihang. 

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri, Datuk  Phoong Jin Zhe; Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub; Setiausaha Kerajaan Negeri  Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, dan Ketua Pegawai Executive, SOGDC Sdn Bhd,  Datuk Harun Ismail. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah  is well on its way to fully adopt the green technology revolution with the RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP). 

Witnessing the Heads of Agreement handing over ceremony from Sabah Energy  Corporation Sdn Bhd (SEC) to Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (Esteel Sabah) for the  supply of 150 million standard cubic feet per day (mmscfd) of natural gas at Menara  Kinabalu today, he said:  

"The state welcome investments in products that harness renewable energy, improve  waste management, and promote sustainable solutions. Investing in green technology based products not only aligns with global sustainability goals but also taps into a rapidly  growing market for eco-friendly solutions," he said. 

Hajiji reiterated the point he raised at the Global Chinese Economic and Technology  Summit (GCET) in Shenzen, China, last November that Sabah has identified a few key  industry areas that not only promise substantial returns on investment but also contribute  to a more sustainable and prosperous future.  

"This marked Sabah's confidence in the green steel project, which is among investments  that represented the foundation of the state's economic growth and development  strategy.“ 

Under the agreement, SEC will supply 100 million standard cubic feet per day (mmscfd)  of natural gas to Esteel Sabah's steel manufacturing plant and an additional 50 mmscfd  for the plant's power generation over the next 20 years.  

SEC's significant contribution to this project highlights its crucial role in promoting  sustainable initiatives and fostering regional development, he added. 

The Green Steel Project is a three-phase project which opted for natural gas as a  reducing agent instead of coke and coal, reducing carbon emissions by 70 per cent and  making it low carbon, efficient, and environmentally friendly. 

Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd, a subsidiary of Singapore's Green Esteel Pte Ltd,  had signed the land-lease agreement with the Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) to set up the manufacturing plant at SOGIP in Sipitang  in November 2022. 

Phase One of the project, with an estimated cost of USD1.93 billion, is expected to  commence this year and completed by 2026.  

This project is anticipated to create approximately 2,795 job opportunities during its  operational phase. 

Representing SEC at the Heads of Agreement handover ceremony was its Chief  Executive Officer, Datuk Adzmir Abd Rahman, while Esteel Sabah was represented by  Managing Director Xu Yihang. 

Also present were Minister of Industrial Development and Entrepreneurship Datuk  Phoong Jin Zhe, SEC Chairman Datuk Annuar Ayub, State Secretary Datuk Seri  Panglima Sr Safar Untong, and Chief Executive Officer, SOGDC Sdn Bhd, Datuk Harun  Ismail. 

Ends