Ketua Menteri beri jaminan masyarakat Cina akan bersama kerajaan bangunkan Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beri jaminan akan pastikan masyarakat Cina akan bersama-sama dengan kerajaan untuk membangunkan negeri Sabah.
"Itulah apabila saya menjadi Ketua Menteri, saya lihat dimana keperluan seluruh masyarakat termasuklah masyarakat Tionghua dan bukan Islam. Kita beri peruntukan tahunan yang besar," katanya sempena majlis perasmian Pesta Tanglung 2023 di Dewan Seri Sulaman di sini malam ini.
Hajiji berkata Kerajaan negeri mengalu-alukan aktiviti seperti Pesta Tanglung yang boleh menguatkan lagi semangat kekitaan dan bertolak ansur dalam masyarakat.
Katanya, Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan kepada semua kaum meraikan perayaan masing-masing, di negeri ini.
“Ia bagi memastikan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang kita dapat diwarisi anak- anak muda dan dalam masa sama tidak akan pupus ditelan zaman,” katanya
Hajiji berharap acara ini akan dilihat sebagai satu lagi jambatan ke arah memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini, sesuai dengan semangat Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
“Sabah sememangnya unik kerana dalam sebuah keluarga besar pasti mempunyai pelbagai agama dan kaum namun tetap utuh sebagai sebuah keluarga.
“Justeru, saya meminta rakyat Sabah supaya terus mengekalkan semangat harmoni tanpa mengira kaum dan agama serta raikanlah setiap perayaan bersama-sama,” katanya.
Ketua Menteri turut berasa gembira kerana Pesta Tanglung ini bukan sahaja disambut oleh mereka yang berketurunan Cina malah turut dimeriahkan oleh pelbagai suku kaum lain di negeri ini.
“Keadaan ini menunjukkan kaum-kaum lain juga berminat untuk sama-sama memeriahkan pesta ini. Selain perayaan Tahun Baharu Cina, Pesta Tanglung juga merupakan acara yang sangat penting bagi masyarakat Cina di negara ini. Kita sangat bersyukur kerana, Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi, khususnya di Sabah, negeri kita yang tercinta,” katanya.
“Saya berharap masyarakat Tionghua dan rakyat secara keseluruhannya akan sentiasa bersama sama kerajaan untuk membangunkan negeri ini,” katanya.
Sebanyak 17 kontinjen daripada sekolah-sekolah dan pelbagai persatuan menyertai pertandingan Pesta Tanglung.
Tamat
English Version
TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has given assurance that the government will develop Sabah together with the Chinese community.
"That is why when I became Chief Minister, I looked at the needs of all the communities including the Chinese and non-Muslim, and we have given huge allocation," he said at the Pesta Tanglung 2023 celebration at Dewan Seri Sulaman here tonight.*
He said the State Government welcomed activities such as the Pesta Tanglung to further strengthen the spirit of togetherness and tolerance among the community.
The Government has always supported all races in celebrating their respective festivals in the state, he added.
"It is to ensure that the culture inherited from our ancestors can be passed on to the younger generation and not be lost," he said.
Hajiji hoped this event would serve as a bridge towards strengthening unity and harmony among the multi-racial people in this state, in accordance with the spirit of Malaysia Madani concept advocated by the Prime Minister of Malaysia.
"Sabah is indeed unique because often, in a large family, there are members of different religion and race, but the family institution remained intact," he said.
"Therefore, I ask the people of Sabah to continue to maintain the spirit of harmony regardless of race and religion and celebrate every festival together," he said.
The Chief Minister was happy to note that the Chinese community and other ethnic groups in the state celebrated the Pesta Tanglung together.
"This shows that other races are interested in making this festival merrier. Besides the Chinese New Year, the Pesta Tanglung is another important event for the Chinese community in this country. We are thankful because Malaysia is rich in culture and traditions, especially in Sabah, our beloved state," he said.
Hajiji hoped the Chinese community and the people, in general, would always be with the Government in developing this state.
A total of 17 contingents representing schools and associations participated in the Pesta Tanglung contest.
Ends
