KM: Sabah peruntuk RM2.3 juta perkukuh usaha pencegahan dadah (Dwibahasa)
BEAUFORT: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.3 juta tahun ini bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah menerusi peluasan Program TEKAD Sektor Awam dan pemerkasaan SKUAD Antidadah, sebagai komitmen berterusan membendung ancaman penyalahgunaan dadah di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata peruntukan berjumlah RM2.3 juta itu diluluskan menerusi Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) bagi 2026, selain pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah.
Beliau berkata, pembangunan Sabah bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan ekonomi dan kemajuan infrastruktur, tetapi turut bergantung kepada kesejahteraan keluarga, keselamatan komuniti dan masa depan generasi muda.
"Ancaman dadah tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kehidupan individu, malah turut menggugat keharmonian keluarga, keselamatan masyarakat serta produktiviti negeri.
"Di sebalik setiap angka yang direkodkan, terdapat individu dan keluarga yang memerlukan perhatian, bimbingan dan sokongan untuk membina kehidupan lebih baik," katanya ketika merasmikan Program MADANI Kita 2026 dan Penutupan Festival Bagandang Beaufort di Dataran Bagandang, di sini, hari ini.
Hajiji berkata, berdasarkan statistik AADK sehingga Jun 2026, seramai 130,307 individu direkodkan sebagai penagih dan penyalah guna dadah di seluruh negara, menurun 3.4 peratus berbanding 134,916 individu bagi tempoh sama tahun lalu.
Di Sabah, katanya seramai 5,269 individu direkodkan dengan penurunan sebanyak 0.02 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Walaupun terdapat penurunan, kita tidak boleh berasa selesa kerana ancaman dadah terus berkembang, khususnya membabitkan dadah sintetik seperti Amphetamine-Type Stimulants (ATS), bahan psikoaktif baharu (NPS) dan opioid sintetik seperti fentanyl," katanya.
Beliau berkata, golongan belia berusia 19 hingga 39 tahun perlu diberikan perhatian serius kerana mereka antara penggerak utama pembangunan negeri. Sekiranya golongan itu terjerumus dalam penyalahgunaan dadah, kesannya bukan sahaja menjejaskan masa depan mereka, malah turut merugikan keluarga, ekonomi dan masyarakat.
Sehubungan itu, beliau berkata, tiga strategi utama perlu diberikan penekanan bagi memastikan ancaman dadah dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Strategi pertama ialah memperkukuh keluarga dan komuniti sebagai benteng utama pencegahan dadah, termasuk peranan ibu bapa memantau pergaulan, memahami perubahan tingkah laku anak-anak serta membina komunikasi terbuka dalam keluarga. Pada masa sama, pemimpin masyarakat, persatuan belia dan sukarelawan perlu memperluas aktiviti positif bagi membina jati diri serta melindungi golongan muda daripada pengaruh dadah.
Hajiji berkata, usaha itu juga perlu menjangkau kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau pulau supaya faktor geografi tidak menjadi penghalang kepada akses pendidikan antidadah, intervensi awal dan perkhidmatan kerajaan.
Strategi kedua ialah mempertingkat penguatkuasaan serta kerjasama bersepadu antara agensi, termasuk AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi berkaitan menerusi perkongsian maklumat, risikan serta operasi bersepadu bagi membanteras pengedaran dadah dan memutuskan rangkaian sindiket.
Katanya, tindakan tegas terhadap pengedar dan sindiket perlu dilaksanakan seiring usaha pencegahan dan intervensi awal bagi membendung bekalan dadah, mengurangkan permintaan serta mencegah kes baharu.
Strategi ketiga pula ialah memperluas akses kepada rawatan, pemulihan dan peluang pekerjaan supaya individu yang berhadapan masalah penagihan dapat kembali berdikari serta menjalani kehidupan produktif.
"Kita perlu tegas terhadap kegiatan pengedaran dadah, namun pada masa sama memberikan ruang kepada individu yang berusaha untuk pulih. Mereka tidak seharusnya terus dibebani stigma sehingga sukar kembali kepada keluarga dan masyarakat. Sebaliknya, mereka perlu dibimbing, diberikan peluang kedua dan dibantu untuk kembali menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.
Menurutnya, antara inisiatif AADK Sabah yang dilaksanakan termasuk Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah (KABD), Program Komuniti MADANI FELDA Sejahtera, Jerayawara SKUAD Antidadah Dua Roda, Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD), Moto Day 9.0 dan Ops Cegah Khas, selain tindakan berfokus di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT).
Hajiji berharap kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah, AADK, agensi penguatkuasaan dan masyarakat dapat diterjemahkan kepada tindakan terselaras serta berkesan hingga ke peringkat akar umbi.
Beliau berkata, penganjuran semula festival itu dapat menghidupkan kembali suasana serta tradisi kesenian Bagandang yang sinonim dengan masyarakat Beaufort, selain memperkenalkannya kepada masyarakat seluruh Sabah, ia juga menjadi landasan mempersiapkan daerah Beaufort menyambut Tahun Melawat Sabah 2027, selain memberi impak ekonomi dan sosial kepada masyarakat menerusi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai jualan dan pasar tamu.
Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan 247 geran tanah berkeluasan keseluruhan 889.21 ekar kepada penduduk kampung. Daripada jumlah itu, sebanyak 24 geran adalah geran PANTAS melibatkan keluasan 77.51 ekar, manakala baki 223 geran lagi adalah geran Tanah Anak Negeri (NT) biasa dengan keluasan 811.7 ekar.
Tamat
BEAUFORT: The State Government has allocated RM2.3 million this year to strengthen drug prevention efforts through the expansion of the Public Sector TEKAD Programme and the empowerment of the Anti-Drug Squad (SKUAD Antidadah), reflecting its continued commitment to combating drug abuse in Sabah.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor said the allocation of RM2.3 million was approved through the 2026 Meeting on Action to Combat Drugs (MTMD), alongside various initiatives implemented by the Sabah National Anti-Drugs Agency (AADK).
He said Sabah's development was measured not only by economic growth and infrastructure progress but also by the well-being of families, community safety and the future of the younger generation.
“The drug menace must not be taken lightly because its impact goes beyond affecting an individual's health and life. It also threatens family harmony, community safety and the state's productivity.
“Behind every recorded statistic are individuals and families who need attention, guidance and support to build better lives,” he said when officiating the MADANI Kita 2026 Programme and the closing of the Beaufort Bagandang Festival at Dataran Bagandang here today.
Hajiji said AADK statistics showed that 130,307 individuals nationwide were recorded as drug addicts and abusers in the first half of 2026, a 3.4 per cent decrease from 134,916 in the corresponding period last year.
In Sabah, he said 5,269 individuals were recorded, representing a 0.02 per cent decrease compared with the same period last year. Despite the decline, we cannot afford to be complacent because the drug menace continues to evolve, particularly involving synthetic drugs such as Amphetamine-Type Stimulants (ATS), New Psychoactive Substances (NPS) and synthetic opioids such as fentanyl,” he said.
He said serious attention must be given to young people aged between 19 and 39, as they were among the main drivers of the state's development. If they became involved in drug abuse, the consequences would not only jeopardise their future but also adversely affect their families, the economy and society.
In this regard, he said emphasis must be placed on three main strategies to ensure the drug menace could be addressed more effectively.
The first strategy is to strengthen families and communities as the primary line of defence against drug abuse, including the role of parents in monitoring their children's social interactions, recognising behavioural changes and fostering open communication within families.
At the same time, community leaders, youth associations and volunteers must expand positive activities to build strong character and protect young people from the influence of drugs.
Hajiji said these efforts must also reach rural, interior and island communities to ensure that geographical factors would not hinder access to anti-drug education, early intervention and government services.
The second strategy is to enhance enforcement and integrated cooperation among agencies, including AADK, the Royal Malaysia Police (PDRM), the Royal Malaysian Customs Department and other relevant agencies, through information sharing, intelligence gathering and joint operations to combat drug trafficking and dismantle syndicate networks.
He said firm action against drug traffickers and syndicates must be carried out alongside prevention and early intervention efforts to curb drug supply, reduce demand and prevent new cases.
The third strategy is to expand access to treatment, rehabilitation and employment opportunities to enable individuals struggling with drug addiction to regain their independence and lead productive lives.
“We must be firm against drug trafficking activities, but at the same time, provide opportunities for individuals who are striving to recover. They should not continue to be burdened by stigma that makes it difficult for them to reintegrate into their families and society. Instead, they must be guided, given a second chance and assisted in returning to contribute to national development,” he said.
Hajiji said initiatives implemented by AADK Sabah included the Drug-Free Aspiration Village Programme (KABD), FELDA Sejahtera MADANI Community Programme, Two-Wheeled Anti Drug Squad Roadshow, Drug-Free Aspiration Tour (JABD), Moto Day 9.0 and Ops Cegah Khas, as well as targeted actions in High-Risk Areas (KBT).
He hoped that close cooperation between the Federal Government, Sabah State Government, AADK, enforcement agencies and the community would translate into coordinated and effective action down to the grassroots level.
Hajiji also congratulated the organising committee for successfully reviving the Beaufort Bagandang Arts Festival, which was last held in 2016.
He said the revival of the festival would bring back the atmosphere and traditional Bagandang arts synonymous with the Beaufort community, while introducing the cultural heritage to people throughout Sabah. The festival also served as a platform to prepare Beaufort for Visit Sabah Year 2027, while generating economic and social benefits for the community by providing business opportunities for local entrepreneurs through sales stalls and traditional tamu markets.
At the event, the Chief Minister also presented 247 land titles covering a total of 889.21 acres to villagers. Of the total, 24 were PANTAS land titles covering 77.51 acres, while the remaining 223 were ordinary Native Title (NT) land titles covering 811.7 acres.
Ends