Pemaju digesa fokus tiga keutamaan dalam perancangan pembangunan masa depan (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa pemaju perumahan dan hartanah di Sabah supaya memberi tumpuan kepada tiga keutamaan dalam perancangan pembangunan masa depan mereka.
Beliau berkata, tiga keutamaan itu ialah pembangunan mampan, perancangan bandar yang lebih teratur serta kemampuan rakyat untuk memiliki rumah.
“Pemaju perlu mengguna pakai reka bentuk dan kaedah pembinaan yang menggunakan sumber secara cekap, mengurangkan kos operasi jangka panjang serta mengambil kira keperluan alam sekitar Sabah.
“Pemaju juga perlu memastikan penggunaan tanah yang cekap serta kemudahan pengangkutan, utiliti dan kemudahan awam yang mencukupi bagi menyokong pembangunan baharu.
“Selain itu, pemaju perlu bekerjasama dengan Kerajaan untuk mencari pendekatan praktikal bagi memenuhi keperluan pembeli rumah pertama, keluarga muda dan isi rumah berpendapatan sederhana, di samping memastikan projek yang dilaksanakan kekal berdaya maju,” katanya pada Majlis Malam Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) di Magellan Sutera Resort di sini malam ini.
Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Hajiji berkata, Kerajaan mahupun pihak industri tidak mampu mencapai keutamaan tersebut secara bersendirian.
“Ia memerlukan dialog yang terbuka dan jujur, perancangan yang teliti serta kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Apabila kita bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran pembangunan yang lebih jelas dan terjamin, kita dapat meningkatkan keyakinan pelabur, menyokong perniagaan tempatan serta membolehkan lebih ramai rakyat Sabah menikmati manfaat kemajuan negeri,” katanya.
Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri menyedari keperluan untuk mengambil pendekatan yang praktikal dan terselaras bagi menangani cabaran dalam sektor pembangunan hartanah.
“Kita akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan industri untuk meningkatkan kecekapan serta kejelasan proses kelulusan, memperkukuh infrastruktur asas dan mengenal pasti halangan yang boleh diselesaikan tanpa menjejaskan keselamatan, piawaian alam sekitar atau kepentingan awam.
“Pengalaman SHAREDA di lapangan akan terus menjadi input penting dalam usaha ini,” katanya.
Hajiji berkata, pembangunan hartanah bukan sekadar menyediakan rumah dan premis perniagaan, sebaliknya turut menyokong peluang pekerjaan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan profesional, pembekal tempatan, pengangkutan dan pembiayaan.
“Pembangunan perumahan, pusat komersial dan kemudahan perindustrian yang dirancang dengan baik juga membantu menarik pelaburan serta membolehkan perniagaan berkembang. Dengan cara ini, sektor hartanah yang sihat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.
“Ketika kita meneruskan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), industri ini akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong keutamaan negeri dalam sektor pertanian, pembangunan perindustrian, pelancongan dan infrastruktur.
“Sektor-sektor ini memerlukan tanah yang sesuai, kemudahan yang boleh diharap, perumahan berkualiti serta komuniti yang mempunyai jaringan perhubungan yang baik untuk terus berkembang,” katanya.
Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri turut menyedari pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pemaju dan sektor hartanah secara keseluruhannya.
“Kenaikan kos pembinaan dan pembiayaan boleh menyukarkan pelaksanaan projek serta menyebabkan harga rumah menjadi semakin tidak mampu milik. Gangguan rantaian bekalan dan kos pengangkutan bahan binaan ke Sabah turut menambah tekanan.
“Pemaju juga berdepan ketidaktentuan apabila proses kelulusan mengambil masa yang panjang atau syarat yang ditetapkan kurang jelas. Pada masa yang sama, kekangan bekalan elektrik, air, jalan raya dan infrastruktur lain boleh melambatkan pelaksanaan projek atau mengehadkan kawasan yang sesuai untuk pembangunan baharu.
“Tekanan ini bukan hanya melibatkan projek tertentu. Apabila aktiviti pembangunan menjadi perlahan, kontraktor dan pembekal menerima lebih sedikit kerja, peluang pekerjaan berkurangan dan pelaburan mungkin ditangguhkan.
“Apabila peningkatan kos dipindahkan kepada pembeli, semakin ramai keluarga menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah. Justeru, menangani cabaran ini bukan sahaja penting kepada industri, tetapi juga kepada ekonomi Sabah secara keseluruhan dan kualiti hidup rakyat,” katanya.
Hajiji turut mengiktiraf SHAREDA sebagai rakan strategik penting kepada Kerajaan Negeri.
“Menerusi penglibatannya dengan pembuat dasar dan pihak berkepentingan industri, SHAREDA telah membantu mengetengahkan pandangan serta cadangan praktikal dalam perbincangan berkaitan pembangunan, perancangan bandar dan perumahan.
“Saya menggesa SHAREDA dan semua ahlinya supaya terus menetapkan standard integriti, inovasi dan kualiti yang tinggi. Marilah kita membangunkan bukan sekadar lebih banyak hartanah, tetapi juga komuniti yang lebih kukuh serta ekonomi yang lebih berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor urged Sabah's housing and real estate developers to focus on three priorities in their future development plans.
He said the priorities are sustainable development, better-planned towns and cities and affordability.
“Developers must adopt designs and construction methods that use resources efficiently, reduce long-term operating costs and respond to Sabah’s environmental needs.
“Developers must also make efficient use of land and ensure that transport, utilities and public amenities support new developments.
“Developers also need to work with the Government to find practical ways to meet the needs of first-time home buyers, young families and middle-income households while keeping projects viable,” he said at the Sabah Housing and Real Estate Developers Association (SHAREDA) Nite at Magellan Sutera Resort here tonight.
Deputy Chief Minister/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun delivered the Chief Minister’s speech.
Hajiji said neither government nor industry alone can achieve these priorities.
“They require honest dialogue, sound planning and a willingness to adapt. When we work together to create a more predictable development environment, we give investors greater confidence, support local businesses and help more Sabahans share in our state’s progress,” he said.
The Chief Minister said the State Government recognised the need for a practical, coordinated response.
“We will continue to work with relevant agencies and industry stakeholders to improve the efficiency and clarity of approval processes, strengthen essential infrastructure, and identify obstacles that can be resolved without compromising safety, environmental standards or the public interest.
“Shareda’s experience on the ground will remain valuable to that work,” he said.
Hajiji said property development does more than provide homes and business premises, as it supports construction jobs, professional services, local suppliers, transport and financing.
“Well-planned housing, commercial centres and industrial facilities also help attract investment and enable businesses to expand. In this way, a healthy property sector contributes to growth across the wider economy.
“As we advance the Sabah Maju Jaya development agenda, the industry will remain essential to our priorities in agriculture, industrial development, tourism and infrastructure.
“These sectors need suitable land, reliable facilities, quality housing and well-connected communities in which to grow,” he said.
The Chief Minister said the State Government also recognises the challenges facing developers and the property sector as a whole.
“Higher construction and financing costs can make projects harder to deliver and homes less affordable. Supply-chain disruptions and the cost of transporting materials to Sabah can add further pressure.
“Developers also face uncertainty when approval processes are lengthy, or requirements are unclear. At the same time, constraints in power, water, roads and other infrastructure can delay projects or limit where new developments are viable.
“These pressures extend beyond individual projects. When development slows, contractors and suppliers receive less work, employment opportunities narrow, and investment may be deferred.
“When costs are passed on to buyers, more families find it difficult to own a home. Addressing these challenges is therefore important not only for the industry, but for Sabah’s broader economy and quality of life,” he said.
Hajiji also acknowledged Shareda as an important partner to the State Government.
“Through its engagement with policymakers and industry stakeholders, it has helped bring practical perspectives to discussions on development, urban planning and housing.
“I urge Shareda and its members to continue setting high standards of integrity, innovation and quality. Let us build not only more properties, but stronger communities and a more resilient economy for future generations,” he said.
Ends