Kerjasama semua pihak diperlukan tangani cabaran PKS (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Agensi kerajaan perlu bekerjasama dengan institusi kewangan,  persatuan industri dan sektor swasta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana  (PKS) menangani cabaran perniagaan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, PKS memainkan  peranan penting dalam ekonomi Sabah kerana sektor itu mewujudkan peluang  pekerjaan dan menjadi sumber pendapatan masyarakat di bandar, daerah serta  kawasan luar bandar. 

“Namun, banyak PKS masih berdepan kesukaran mendapatkan akses kepada  pembiayaan, teknologi dan pasaran yang lebih luas, manakala peningkatan kos terus  memberi tekanan kepada operasi perniagaan mereka,” katanya, sambil menambah  penggunaan teknologi digital mampu membantu perniagaan mengatasi kekangan jarak  dan lokasi. 

“Menerusi e-dagang, media sosial dan pembayaran digital, usahawan di kawasan luar  bandar Sabah juga mampu menjangkau pelanggan di luar komuniti mereka. 

“Kita juga perlu memastikan golongan wanita, belia dan perusahaan berasaskan  komuniti mendapat sokongan serta peluang yang diperlukan untuk terus berkembang, ” katanya pada majlis perasmian BIGSABAH Sale di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Sabah (SICC) di sini hari ini. 

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri,  Datuk Ceasar Mandela Malakun. 

Hajiji berkata, penganjuran acara seperti BIGSABAH Sale 2026 yang menghimpunkan  pempamer dari 12 negara dan sembilan negeri di Malaysia sudah pasti dapat membantu  PKS mengembangkan perniagaan mereka. 

Beliau berkata, kedudukan strategik Sabah dalam kawasan BIMP-EAGA menawarkan  peluang perdagangan dengan Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina, khususnya  dalam sektor pelancongan, pertanian, pengeluaran makanan, logistik dan  perkhidmatan.

“Bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang ini, perniagaan tempatan perlu terus  meningkatkan kualiti produk, penjenamaan dan pembungkusan. Produk makanan  tempatan, kraftangan, hasil pertanian dan perkhidmatan kita mempunyai potensi  pasaran yang jauh lebih luas, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di luar negeri ini,” katanya. 

Ketua Menteri turut berharap penyertaan pempamer dari luar negara dan Semenanjung  Malaysia dapat membantu mewujudkan hubungan perdagangan yang berkekalan,  peluang pengedaran produk serta pelaburan. 

“Kita mahu melihat penglibatan perniagaan dengan perniagaan (B2B) yang lebih  kukuh dapat membantu usahawan kita melangkaui sekadar mempamerkan produk  kepada menjalin kerjasama strategik yang menyokong pertumbuhan jangka panjang,” katanya. 

Ketua Menteri berkata, ketika Kerajaan Negeri berusaha mencapai sasaran empat juta  ketibaan pelawat pada 2026 dan membuat persiapan menjelang Tahun Melawat Sabah  2027, keutamaan perlu diberikan bagi memastikan pertumbuhan sektor pelancongan  turut memberi manfaat kepada rakyat tempatan. 

“Pertambahan jumlah pelawat seharusnya membawa lebih banyak peluang kepada  peruncit, pengeluar makanan, penyedia perkhidmatan dan perniagaan berasaskan  komuniti di Sabah. 

“Di sinilah BIGSABAH Sale dapat menyumbang kepada usaha tersebut. Kehadiran  pempamer, pembeli dan pengunjung akan meningkatkan permintaan terhadap  penginapan, pengangkutan, makanan serta pelbagai perkhidmatan tempatan. 

“Manfaatnya juga boleh berterusan selepas acara ini berakhir apabila sesuatu  pertemuan membawa kepada tempahan pembelian, perjanjian pengedaran atau  pelaburan baharu,” katanya. 

Hajiji turut menggalakkan semua pempamer supaya memanfaatkan peluang itu untuk  bertemu pembeli, bertukar-tukar idea dan menjalin kerjasama perniagaan. 

“Semoga tema ‘Across Markets, Beyond Borders’ menjadi inspirasi kepada  usahawan Sabah untuk melangkah lebih jauh dengan penuh keyakinan. Tahniah  kepada Jawatankuasa Penganjur dan semua rakan kerjasama atas penganjuran  BIGSABAH Sale 2026. Saya berharap acara ini memberikan hasil yang produktif dan  kejayaan kepada semua pihak,” katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Government agencies must cooperate with financial institutions,  industry groups, and the private sector to help small and medium enterprises (SMEs)  address business challenges. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said SMEs are vital to Sabah  because they create jobs and support livelihoods in towns, districts and rural  communities. 

“Yet many face difficulties accessing finance, technology and wider markets, while  rising costs put further pressure on their operations,” he said, adding that digital tools  can help businesses overcome distance. 

“Through e-commerce, social media and digital payments, even entrepreneurs in rural  Sabah can reach customers beyond their communities. 

“We must also ensure that women, young people and community-based enterprises  have the support and opportunities to grow,” he said at the opening ceremony of the  BIGSABAH Sale at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun delivered his  speech. 

Hajiji said events like the BIGSABAH Sale 2026, which brings together exhibitors from  12 countries and nine states in Malaysia, would definitely assist SMEs in growing their  businesses. 

He said Sabah’s position within the BIMP-EAGA region offers opportunities for trade  with Brunei Darussalam, Indonesia and the Philippines, particularly in tourism,  agriculture, food production, logistics and services. 

“To make the most of these opportunities, our businesses must continue improving  product quality, branding and packaging. Our local foods, handicrafts, agricultural  products and services have potential well beyond Sabah,” he said.

The Chief Minister also hoped that exhibitors from abroad and Peninsular Malaysia  would help build lasting trade relationships, distribution opportunities, and investment. 

“We want to see that stronger business-to-business engagement can help our  entrepreneurs move beyond showcasing products to securing partnerships that support  long-term growth,” he said. 

The Chief Minister said that as the State Government works toward four million arrivals  in 2026 and prepares for Visit Sabah 2027, the priority must be to ensure that growth  benefits local people. 

“More visitors should mean more opportunities for Sabah’s retailers, food producers,  service providers and community-based businesses. 

“This is where BIGSABAH Sale can contribute to the effort. Exhibitors, buyers and  visitors generate demand for accommodation, transport, food and other local services. 

“The benefits can last beyond the event itself when a meeting leads to a purchase  order, a distribution agreement or a new investment,” he said. 

Hajiji encouraged exhibitors to use this opportunity to meet buyers, exchange ideas and  build partnerships. 

“May “Across Markets, Beyond Borders” inspire Sabah’s entrepreneurs to reach  further with confidence. Congratulations to the Organising Committee and all partners  on BIGSABAH Sale 2026. I wish everyone a productive and successful event,” he said. 

Ends