KM: Belia pemandu ekonomi, agen perubahan Sabah (Dwibahasa)

TUARAN: Golongan belia bukan sekadar pemimpin masa depan, tetapi pemandu ekonomi dan  agen perubahan utama yang diperlukan hari ini bagi menjayakan aspirasi pelan pembangunan  Sabah Maju Jaya (SMJ). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata komitmen kerajaan negeri  memperkasa belia akan diteruskan menerusi pelbagai bantuan, dana dan latihan kemahiran  supaya anak muda bukan sahaja mencari pekerjaan, malah mampu mencipta peluang  pekerjaan untuk orang lain. 

Katanya, tumpuan strategik turut diberikan bagi memastikan golongan muda dilengkapi  kemahiran tinggi, termasuk menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)  yang memenuhi kehendak industri masa hadapan. 

“Kerajaan negeri meletakkan agenda pembangunan belia sebagai salah satu keutamaan kerana  golongan ini bukan sekadar pemimpin masa hadapan, tetapi merupakan pemandu ekonomi dan  agen perubahan utama yang kita perlukan hari ini untuk menjayakan aspirasi pelan pembangunan SMJ,” katanya ketika merasmikan Karnival Tamu Belia Tuaran 2026 di Padang  Istiadat Pekan Tuaran, hari ini. 

Hajiji berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM98.06 juta kepada Kementerian  Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK) bagi 2026, merangkumi  dana pembangunan modal insan, geran persatuan belia, sektor sukan serta usahawan belia  menerusi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS). 

"Selain itu, inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) turut diperuntukkan kepada golongan  belia yang baharu mendirikan rumah tangga, manakala Pemikir Muda Ketua Menteri  menyediakan platform bagi membolehkan belia Sabah terlibat secara langsung dalam proses  penggubalan dasar serta polisi pembangunan negeri. 

"Dewan Belia Sabah pula menjadi platform penyatuan dan perwakilan belia untuk  membincangkan isu serta hala tuju anak muda menerusi format pelaksanaan baharu di bawah  seliaan kementerian berkaitan", katanya. 

Hajiji berkata, belia adalah aset penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan negeri,  dengan Sabah mempunyai anak muda yang berbakat, kreatif, berkemahiran dan mempunyai  semangat tinggi. 

Katanya, dasar dan inisiatif kerajaan negeri perlu diterjemahkan melalui program yang benar benar menyentuh keperluan golongan belia.

Menyentuh penganjuran Karnival Tamu Belia Tuaran, beliau berkata, program itu membuktikan  golongan belia bukan sekadar kumpulan yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan  masyarakat dan negeri, malah rakan strategik kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi,  sosial dan komuniti pada hari ini. 

Beliau berkata, karnival itu menyediakan ruang kepada anak muda untuk berhimpun, berkongsi  idea, mengetengahkan bakat, mengembangkan perniagaan serta membina jaringan kerjasama. 

Katanya, tamu bukan sekadar tempat jual beli, sebaliknya sebahagian daripada khazanah  kehidupan masyarakat Sabah yang menghubungkan peniaga, pengusaha kecil, petani,  penggiat seni dan komuniti setempat. 

“Apabila konsep tamu digabungkan dengan semangat dan kreativiti belia, kita dapat  mewujudkan ruang yang lebih dinamik untuk aktiviti keusahawanan, kebudayaan, kesukanan,  hiburan yang sihat serta perkongsian ilmu,” katanya. 

Hajiji berharap karnival itu terus membuka peluang kepada belia memperkenalkan produk  tempatan, mengetengahkan bakat seni dan budaya, menyertai pertandingan yang membina  keyakinan diri serta menjalin hubungan antara komuniti. 

Beliau berkata, aktiviti seumpama itu perlu menjadi sebahagian daripada usaha berterusan  untuk melahirkan belia yang berdikari, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang  kukuh, selain menghasilkan usahawan baharu, kerjasama perniagaan, peluang pekerjaan,  jaringan komuniti serta idea yang boleh dikembangkan pada masa depan. 

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus komited memperkukuh pembangunan negeri mengikut  keutamaan, kemampuan sumber yang ada dan acuan tersendiri, sambil berharap anak muda  Tuaran menjadi contoh kepada belia di daerah lain dari segi kreativiti, semangat kesukarelawanan, keusahawanan dan perpaduan masyarakat. 

Katanya, kejayaan pembangunan belia turut bergantung kepada kesungguhan golongan itu  sendiri, sokongan keluarga, komitmen komuniti dan kerjasama semua pihak. 

Beliau berharap Karnival Tamu Belia Tuaran 2026 mencapai objektifnya, memberi manfaat  kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan belia  di daerah Tuaran serta seluruh Sabah. 

Tamat

 

TUARAN: Young people are not merely future leaders but also economic drivers and  key agents of change needed today to realise the aspirations of the Sabah Maju Jaya  (SMJ) development plan. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State Government  would continue its commitment to empowering youth through various forms of  assistance, funding and skills training to enable them not only to seek employment but  also to create job opportunities for others. 

He said strategic emphasis would also be placed on ensuring that young people are  equipped with high-level skills, including through Technical and Vocational Education  and Training (TVET), to meet the demands of future industries. 

“The State Government has made youth development one of its priorities because young  people are not merely future leaders but also economic drivers and key agents of change  we need today to realise the aspirations of the SMJ development plan,” he said when officiating at the Tuaran Youth Tamu Carnival 2026 at the Padang Istiadat here today. 

Hajiji said the State Government had allocated RM98.06 million to the Ministry of Youth  Development, Sports Advancement and Creative Economy (KBSK) for 2026, covering  human capital development funds, grants for youth associations, the sports sector and  youth entrepreneurs through the Sabah Youth Entrepreneur Success Scheme  (SYABAS). 

“In addition, the Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) initiative also provides housing  assistance to young newlyweds, while the Chief Minister’s Young Thinkers initiative  offers a platform for Sabah youth to participate directly in the formulation of state  development policies. 

“The Sabah Youth Assembly also serves as a platform for youth unity and representation  to discuss issues and the direction of youth development through a new implementation  format under the supervision of the relevant ministry,” he said. 

Hajiji said young people were important assets in determining the direction and future of  the state, adding that Sabah was blessed with talented, creative, skilled and highly  motivated youth. 

He said the State Government's policies and initiatives must be translated into  programmes that genuinely address the needs of young people.

On the organisation of the Tuaran Youth Tamu Carnival, he said the programme  demonstrated that young people were not merely the generation that would eventually  inherit the leadership of society and the state, but also strategic partners of the  government in driving economic, social and community development today. 

He said the carnival provided a platform for young people to gather, exchange ideas,  showcase their talents, expand their businesses and build collaborative networks. 

He said the traditional tamu was more than just a marketplace, as it formed part of  Sabah's rich community heritage, connecting traders, small entrepreneurs, farmers,  artists and local communities. 

“When we combine the tamu concept with the enthusiasm and creativity of young  people, we can create a more dynamic space for entrepreneurship, cultural activities,  sports, wholesome entertainment and knowledge sharing,” he said. 

Hajiji hoped the carnival would continue to provide opportunities for young people to  promote local products, showcase artistic and cultural talents, participate in competitions  that build self-confidence and strengthen ties among communities. 

He said such activities should form part of continuous efforts to nurture independent,  disciplined and competitive youth with strong character and identity, while also producing  new entrepreneurs, business collaborations, employment opportunities, community  networks and ideas that could be further developed in the future. 

Hajiji said the State Government would remain committed to strengthening Sabah's  development according to its priorities, available resources and its own development  approach. 

He also expressed hope that young people in Tuaran would serve as an example to  youth in other districts in terms of creativity, volunteerism, entrepreneurship and  community unity. 

He said the success of youth development also depended on the determination of young  people themselves, family support, community commitment and cooperation from all  parties. 

He hoped the Tuaran Youth Tamu Carnival 2026 would achieve its objectives, benefit  the community and serve as a catalyst for more youth development initiatives in Tuaran  and throughout Sabah. 

Ends