Pelan capai sasaran KDNK RM100 bilion menjelang 2030 sedang berjalan (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pelbagai perancangan sedang digerakkan bagi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM100 bilion menjelang 2030 di bawah agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Kita telah mengenal pasti industri yang mahu dibangunkan, pelaburan yang ingin ditarik serta infrastruktur yang diperlukan untuk menyokongnya. Kini, keutamaan adalah untuk memastikan semua perancangan ini dilaksanakan,” katanya.
Hajiji berkata, antara keperluan terpenting bagi pembangunan industri di Sabah ialah bekalan tenaga yang stabil, boleh dipercayai dan mampu milik.
“Apabila pelabur mempertimbangkan untuk membina kilang atau menjalankan operasi berskala besar di Sabah, mereka perlu mengetahui sama ada kita mampu menyediakan bekalan elektrik dan gas yang mencukupi, berapa kosnya serta bila bekalan itu dapat disediakan.
“Ini merupakan persoalan praktikal yang memerlukan jawapan jelas. Pelabur tidak boleh mengoperasikan kilang mereka hanya berdasarkan janji bekalan tenaga pada masa hadapan. Mereka perlu mengetahui apa yang benar-benar mampu kita sediakan,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Perancangan Tahunan Sabah Energy Corporation (SEC) atau PACE bersama EDGE Summit di Magellan Sutera Resort di sini pada Khamis.
Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Ketua Menteri berkata, gas asli akan terus memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan tenaga Sabah, meskipun negeri ini sedang membangunkan lebih banyak sumber tenaga boleh baharu.
“Kita perlu mengimbangi keperluan tenaga Sabah yang semakin meningkat dengan kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar.
“Terdapat keputusan sukar yang perlu dibuat, namun keputusan ini mesti diambil dengan teliti sekiranya kita mahu Sabah terus kekal berdaya saing,” katanya.
Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah mencatatkan kemajuan yang menggalakkan dalam memperkukuh penyertaan Sabah dalam sektor tenaga.
“Menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai dengan PETRONAS pada Disember 2021, Kerajaan Negeri berjaya memperoleh peranan lebih besar dalam pembangunan industri minyak dan gasnya.
“Baru-baru ini, Pelan Pembekalan dan Penghantaran Gas Jangka Panjang yang dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada September lalu mengunjurkan bekalan gas Sabah berpotensi meningkat daripada kira-kira 700 juta kaki padu standard sehari kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari menjelang 2030.
“Cadangan pembangunan sumber gas di Pantai Timur Sabah juga membuka peluang baharu bagi penjanaan elektrik dan pertumbuhan industri di wilayah berkenaan.
“Perkembangan ini amat menggalakkan. Apa yang penting sekarang ialah memastikan projek-projek berkenaan dilaksanakan seperti dirancang dan manfaat yang dijangkakan dapat direalisasikan,” katanya.
Ketua Menteri turut memuji prestasi kewangan SEC serta usaha syarikat itu mengembangkan operasinya ke bidang baharu menerusi Agenda Transformasi Tenaga Progresif (PETA 2030).
Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 1981, SEC telah berkembang menjadi antara syarikat tenaga terpenting di Sabah dengan peranan yang semakin besar dalam pembekalan, pengangkutan dan pengagihan gas.
Hajiji menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi Kerajaan Negeri yang lain supaya mencontohi usaha SEC dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.
“Setiap agensi Kerajaan Negeri dan GLC mempunyai peranan penting masing-masing. Namun, walaupun setiap organisasi menunjukkan prestasi yang baik secara individu, ia tidak semestinya bermakna kita mencapai hasil yang baik secara keseluruhan.
“Penyelarasan yang baik antara agensi dan GLC amat diperlukan, khususnya apabila tanggungjawab mereka saling berkait dalam menyokong sesuatu pelaburan besar,” katanya.
Beliau berkata, Sabah tidak boleh membiarkan agensi-agensinya terus bekerja secara berasingan sehingga menyebabkan pelabur terpaksa menunggu dan peluang pelaburan beralih ke tempat lain.
“Kita tidak mampu membiarkan perkara ini berlaku, terutama ketika Sabah bersaing dengan destinasi pelaburan lain.Oleh itu, saya berharap agensi Kerajaan Negeri dan GLC akan terus memperkukuh kerjasama, berkongsi maklumat serta menyelesaikan masalah secara bersama, dan bukannya membiarkan sempadan organisasi melambatkan pelaksanaan sesuatu perkara.
Mengenai persidangan itu, Hajiji berharap idea dan pandangan yang dikongsi dapat diterjemahkan kepada penambahbaikan praktikal, kerjasama strategik baharu serta kaedah kerja yang lebih berkesan.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said plans are in motion to achieve the RM100 billion Gross Domestic Product (GDP) target by 2030 under the Sabah Maju Jaya (SMJ) development agenda.
“We have identified the industries we want to develop, the investments we want to attract and the infrastructure needed to support them. The priority now is to make sure these plans are carried through,” he said.
Hajiji said one of the most important requirements for Sabah’s industrial development is reliable, affordable energy.
“When investors consider setting up factories or other major operations in Sabah, they need to know whether we can provide sufficient electricity and gas, how much it will cost, and when the supply will be available.
“These are practical questions, and they expect clear answers. After all, investors cannot operate their factories based on promises of future energy supply. They need to know what we can actually deliver,” he said at the opening of the Sabah Energy Corporation (SEC) Planning Annual Conference (PACE) with EDGE Summit at the Magellan Sutera Resort here on Thursday.
Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun delivered the Chief Minister’s speech.
The Chief Minister said natural gas will continue to play an important role in meeting Sabah’s energy requirements, even as the State develops more renewable energy sources.
“We have to balance Sabah’s growing energy needs with affordability and environmental sustainability. There are difficult decisions involved, but these are decisions we must make carefully if Sabah is to remain competitive,” he said.
Hajiji said the State Government has made encouraging progress in strengthening Sabah’s participation in the energy sector.
“Through the Commercial Collaboration Agreement signed with PETRONAS in December 2021, the State has secured a greater role in the development of its oil and gas industry.
“More recently, the Long-Term Gas Supply and Delivery Plan presented to the State Government in September projected that Sabah’s gas supply could increase from approximately 700 million standard cubic feet per day to 1,350 million by 2030.
“The planned development of gas resources on the East Coast also offers new opportunities for electricity generation and industrial growth in that region.
“These developments are encouraging. What matters now is ensuring that the projects proceed as planned and that the expected benefits are realised,” he said.
The Chief Minister commended the SEC on its financial performance and its efforts to expand into new areas under its Progressive Energy Transformation Agenda, PETA 2030.
Since its inception in 1981, SEC has grown into one of Sabah’s most important energy companies, with a much greater role today in gas supply, transportation and distribution, he said.
Hajiji called on other State Government-linked companies (GLCs) and agencies to emulate SEC’s efforts to contribute to the State’s economic growth.
“Each State agency and GLCs has its own important role to play, but even if every organisation performs well individually, that does not necessarily mean we are delivering well collectively.
“There must be good coordination between them, particularly when their responsibilities come together in supporting a major investment,” he said.
He said Sabah cannot afford to have its agencies working in silos, which would only leave investors waiting and opportunities going elsewhere.
“We cannot afford that, especially when Sabah is competing with other investment destinations. I therefore hope to see our State agencies and GLCs continue strengthening their cooperation, sharing information and resolving problems together, rather than allowing organisational boundaries to slow things down.
On the Summit, Hajiji hoped the ideas exchanged here would lead to practical improvements, new partnerships, and better ways of working together.
Ends