KM: Sabah perkasa bahasa kebangsaan hadapi cabaran AI (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian serius terhadap usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dalam mendepani cabaran era digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), termasuk memperluas penggunaannya di tempat awam serta memperkukuh pematuhan dalam urusan rasmi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata usaha itu turut merangkumi pemerkasaan pantun dan tulisan Jawi, penyelidikan pelbagai bahasa serta sastera etnik dan pengembangan industri buku yang menampilkan penulis dari Sabah.
"Saya juga mahu melihat anak-anak muda Sabah, para pempengaruh digital dan penggiat industri kreatif tempatan memanfaatkan teknologi bagi menyuburkan penggunaan bahasa kebangsaan", katanya ketika berucap merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2026 Peringkat Negeri Sabah di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, di sini, hari ini.
Hajiji berkata, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan sahaja memfokuskan pertumbuhan ekonomi, infrastruktur dan sektor strategik, malah turut menitikberatkan pembangunan modal insan serta kesejahteraan rakyat yang berjiwa merdeka, beridentiti dan mempunyai jati diri kukuh.
Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan DBP dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memartabatkan bahasa serta sastera kebangsaan menerusi pelbagai kegiatan, penyelidikan dan penerbitan.
Beliau turut menghargai usaha DBP memperluas penerbitan buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk karya yang menampilkan wajah tempatan, selain mengembangkan bakat penulis muda serta penyelidikan dan mendokumentasikan bahasa serta etnik tempatan untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Hajiji berkata, kerajaan negeri berharap kerjasama dengan DBP, agensi berkaitan dan persatuan penulis dapat diperkukuh bagi menjadikan Sabah negeri suri teladan dalam pemupukan budaya ilmu dan pengembangan kesusasteraan dan penggunaan bahasa kebangsaan yang cemerlang.
Katanya, usaha mengangkat Kota Kinabalu sebagai Kota Sastera perlu digiatkan dengan menyemarakkan pelbagai kegiatan bahasa dan sastera.
Beliau turut menyambut baik penganjuran Karnival Bahasa Kita, Tanggungjawab Kita yang merangkumi wacana pemerkasaan bahasa dalam media, bicara tulisan Jawi dan pemantapan seni berpantun.
Hajiji berkata, generasi muda perlu menguasai pelbagai bahasa bagi meningkatkan daya saing tanpa mengetepikan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, khususnya ketika berkomunikasi di platform media sosial
“Kepada generasi muda, dalam rancaknya penggunaan dan komunikasi dalam pentas dan platform pelbagai media sosial, jiwa dan semangat mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dan santun haruslah menebal.Dalam ruang kebebasan bersuara dalam pelbagai medium, batasnya ialah kesantunan berbahasa dan bahasa yang baik,” katanya.
Mengulas tema BBK 2026, Bahasa Kita, Wajah Kita, Hajiji berkata, tema itu selaras dengan semangat Bahasa Jiwa Bangsa yang mengingatkan masyarakat bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi harian, sebaliknya cerminan identiti, jati diri, pemikiran dan keperibadian bangsa.
Katanya, penggunaan bahasa kebangsaan yang indah, terampil, beradab dan bersopan turut mencerminkan kematangan serta maruah bangsa bertamadun, sejajar dengan hasrat Malaysia MADANI yang berteraskan nilai kemasyarakatan, kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat-menghormati dan keyakinan.
Beliau berkata, perpaduan kaum dapat diperkukuh melalui penggunaan bahasa kebangsaan secara berhemah dengan menghormati kepelbagaian kaum dan etnik, manakala penulisan, sastera serta media kreatif dapat menjadi wadah memupuk daya cipta dan melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.
Dalam konteks Sabah, Hajiji berkata, kepelbagaian etnik, budaya dan dialek yang unik disatukan secara harmoni melalui bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu bertindak sebagai ejen penyatuan yang membolehkan rakyat Sabah yang berbilang kaum bertutur, memahami dan bekerjasama dalam suasana yang penuh muhibah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa usaha memartabatkan bahasa kebangsaan tidak bermaksud menutup ruang atau meminggirkan kepelbagaian bahasa ibunda serta etnik yang kaya di Sabah.
Hajiji mengajak seluruh rakyat memperteguh tekad menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Tamat
KOTA KINABALU: The Sabah Government will continue to give serious attention to strengthening the national language amid challenges posed by digitalisation and artificial intelligence (AI), including expanding its use in public places and ensuring greater compliance in official matters.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said these efforts would also include promoting the art of pantun (traditional Malay poetry) and Jawi script, researching various languages and ethnic literature, as well as developing the book industry featuring Sabah writers.
“I also want to see Sabah’s young people, digital influencers and local creative industry players harness technology to promote greater use of the national language,” he said when officiating at the Sabah-level National Language Month (BBK) 2026 celebration at Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah Branch, here today.
Hajiji said the Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan focused not only on economic growth, infrastructure, and strategic sectors, but also on human capital development and the well-being of a society with an independent spirit and a strong sense of identity and character.
He said the State Government would continue to strengthen cooperation with DBP and the Ministry of Education Malaysia to elevate the status of the national language and literature through various activities, research, and publications.
He also appreciated DBP’s efforts to expand book publications across various fields of knowledge, including works featuring local perspectives, while nurturing young writing talents and conducting research to document local languages and ethnic heritage for future generations.
Hajiji said the State Government hoped to strengthen cooperation with DBP, relevant agencies and writers’ associations to make Sabah a model state in cultivating a culture of knowledge, advancing literature and promoting excellence in the use of the national language.
He said efforts to position Kota Kinabalu as a City of Literature should be intensified through more language and literary activities.
He also welcomed the Bahasa Kita, Tanggungjawab Kita (Our Language, Our Responsibility) Carnival, which featured discussions on strengthening language use in the media, Jawi script and the art of pantun recitation.
Hajiji said the younger generation needed to master multiple languages to enhance their competitiveness without neglecting efforts to uphold the national language, particularly when communicating on social media platforms.
“To the younger generation, amid the widespread use of various social media platforms, the spirit of prioritising the correct and courteous use of the national language must remain strong.
“While freedom of expression is exercised across various platforms, it must be guided by courtesy and proper language,” he said.
Commenting on the BBK 2026 theme, “Our Language, Our Identity,” Hajiji said it was in line with the spirit of Bahasa Jiwa Bangsa, reminding society that language was not merely a tool for daily communication but also a reflection of a nation’s identity, character, thinking and values.
He said the proper, eloquent, courteous and respectful use of the national language also reflected the maturity and dignity of a civilised nation, in line with the Malaysia MADANI aspiration, which was founded on the values of compassion, sustainability, well-being, innovation, respect and trust.
He said racial unity could be strengthened through the thoughtful use of the national language while respecting ethnic and cultural diversity, and that writing, literature, and creative media could serve as platforms to nurture creativity and develop a first-class society.
In Sabah’s context, Hajiji said the national language harmoniously united the state’s unique diversity of ethnic groups, cultures and dialects.
He said Bahasa Melayu served as a unifying force, enabling Sabahans of different ethnic backgrounds to communicate, understand one another and work together in a spirit of goodwill.
However, he stressed that efforts to elevate the national language did not mean restricting or marginalising Sabah’s rich diversity of mother tongues and ethnic languages.
Hajiji called on all Malaysians to strengthen their resolve to make the national language a language of unity, knowledge and pride for the entire nation.
Ends