Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim di Kudat diperkukuh (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mahu kawalan keselamatan sempadan maritim negeri, khususnya di Kudat yang merangkumi perairan Pulau Banggi dan Pulau Balambangan, terus diperkukuh berikutan perkembangan aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perkembangan itu menuntut semua pihak sentiasa peka terhadap perubahan persekitaran strategik bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik penekanan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengukuhan kawalan sempadan, termasuk perancangan perolehan radar berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan kamera jarak jauh di Kudat pada 2028.
“Saya sendiri telah membincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri tentang keperluan penambahan anggota keselamatan di kawasan perairan Kudat dan beliau memberi respon yang baik.
“Keselamatan merupakan asas penting yang menjamin kestabilan negara, kelangsungan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
“Sehubungan dengan keutamaan keselamatan dan pertahanan yang digariskan di bawah Belanjawan 2027, Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik pembentangan oleh Perdana Menteri yang menekankan pengukuhan kawalan sempadan,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Menara Kinabalu hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Menteri turut meminta agensi berkaitan meningkatkan pemantauan terhadap fenomena jerebu rentas sempadan yang kini melanda beberapa kawasan di Sabah, khususnya berhampiran sempadan Indonesia.
Katanya, keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan awam, aktiviti ekonomi serta kelancaran operasi keselamatan sekiranya tidak dipantau dan ditangani secara berkesan.
“Situasi kini memerlukan pemantauan berterusan, khususnya di kawasan yang terletak berhampiran kawasan sempadan Indonesia.
“Sehubungan itu, saya meminta agensi-agensi berkaitan untuk sentiasa menyelaraskan perkongsian maklumat berhubung kualiti udara dan amaran cuaca, di samping memantau perkembangan situasi jerebu serta menilai kesannya terhadap kehidupan harian dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agensi keselamatan supaya sentiasa berwaspada terhadap perkembangan sosiopolitik global dan serantau yang semakin dinamik serta kemungkinan kesannya terhadap ketenteraman awam di Sabah.
Beliau merujuk kepada situasi ketidakpuasan awam dan ketegangan politik di Perancis serta protes di Indonesia berhubung pengurusan isu jerebu yang menimbulkan sentimen tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
Katanya, perkembangan itu wajar dijadikan peringatan bahawa isu kesejahteraan rakyat dan kepimpinan kerajaan boleh mempengaruhi sentimen masyarakat serta kestabilan sosial.
Beliau meminta agensi berkaitan terus memantau perkembangan semasa, termasuk penularan maklumat dan sentimen di media sosial, bagi mengenal pasti sebarang perkara yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat di Sabah.
Tamat
KOTA KINABALU: The Sabah Government wants the state's maritime border security, particularly in Kudat, covering the waters around Banggi and Balambangan islands, to be further strengthened following developments in military activities in nearby areas.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said these developments required all parties to remain vigilant over changes in the strategic environment to ensure that national security and sovereignty continued to be safeguarded.
He said the State Government welcomed Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's emphasis on strengthening border security, including plans to procure artificial intelligence (AI)-based radar systems and long-range cameras for Kudat in 2028.
“I have also personally discussed this matter with the Prime Minister on the need to increase the security personnel in the Kudat waters and he responded well.
“Security is a fundamental pillar that ensures national stability, sustained economic development and the well-being of the people.
“In line with the security and defence priorities outlined under Budget 2027, the Sabah State Government welcomes the Prime Minister's presentation emphasising the strengthening of border security,” he said when chairing the State Security Committee meeting at Menara Kinabalu here today.
Meanwhile, the Chief Minister also called on relevant agencies to step up monitoring of the transboundary haze currently affecting several areas in Sabah, particularly those near the Indonesian border.
He said the situation could adversely affect public health, economic activities and the smooth conduct of security operations if it was not effectively monitored and addressed.
“The current situation requires continuous monitoring, particularly in areas located near the Indonesian border.
“Therefore, I urge the relevant agencies to continuously coordinate the sharing of information on air quality and weather warnings, while monitoring developments in the
haze situation and assessing its impact on the daily lives and well-being of the people,” he said.
Hajiji also reminded security agencies to remain vigilant over increasingly dynamic global and regional sociopolitical developments and their potential implications for public order in Sabah.
He cited public dissatisfaction and political tensions in France, as well as protests in Indonesia over the handling of haze-related issues, which had fuelled discontent among the people.
He said these developments should serve as a reminder that issues concerning public welfare and government leadership could influence public sentiment and social stability.
He called on the relevant agencies to continue monitoring current developments, including the spread of information and sentiments on social media, to identify any issues that could potentially undermine public order and social harmony in Sabah.
Ends