KM: Aktiviti hiliran perlu diperkasakan (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Penerokaan dan pemerkasaan aktiviti hiliran perlu dijadikan suatu  budaya dan hala tuju dalam usaha menghasilkan produk hiliran yang mempunyai nilai  tambah yang tinggi. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata pendekatan ini adalah  strategi penting bagi memaksimumkan nilai rantaian sektor agromakanan,  meningkatkan pendapatan usahawan tani, dan memperkukuh keterjaminan makanan. 

“Kita perlu berubah daripada sebuah negeri yang bergantung kepada eksport komoditi  pertanian mentah semata-mata kepada pengeluar dan pengeksport produk siap guna  bernilai tinggi yang diproses berasaskan komoditi pertanian tempatan.  

“Kita perlu beralih kepada penghasilan produk hiliran yang mempunyai nilai tambah  yang tinggi. Ini secara langsung akan meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup  komuniti petani, peladang, pekebun kecil dan nelayan kita melalui peningkatan nilai  ekonomi hasil-hasil pertanian mereka.  

“Pelancaran bantal lateks Lumi Borneo pada hari ini merupakan bukti nyata keupayaan  agensi tempatan seperti Lembaga Industri Getah Sabah atau LIGS dalam  mengoptimumkan sumber asli negeri,” katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran  Bantal Lateks Lumi Borneo, di sini pada Sabtu. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri  Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar. 

Beliau berkata, pemerkasaan aktiviti-aktiviti hiliran ini juga akan menyumbang kepada  pengwujudan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat, terutamanya para belia  tempatan.  

“Sudah tentu, aktiviti hiliran atau pemprosesan ini akan memerlukan tenaga kerja dalam  bidang pengeluaran, pembungkusan, logistik, pemasaran, kawalan kualiti dan aktiviti aktiviti lain yang berkaitan. Ini juga akan membuka ruang dan peluang kepada  usahawan-usahawan tempatan untuk turut terlibat,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong semua sektor termasuk sektor  industri getah di Sabah agar dapat ditingkatkan sekali gus memberi pulangan kepada  para pekebun kecil getah. 

“Saya percaya, dengan teraju kepimpinan dan kekuatan pengurusan, LIGS mempunyai  peluang yang luas untuk menerokai produk hiliran lain seperti tilam lateks dan kasut  getah. Jangan berhenti setakat bantal. Tingkatkan lagi usaha untuk mempelbagaikan  pengeluaran produk-produk berkualiti tinggi yang berasaskan getah,” katanya. 

Sementara itu, usaha menghasilkan bantal yang menggunakan lateks tempatan ini  adalah yang pertama di Sabah sekali gus menjadi satu sejarah penting kepada  perkembangan sektor industri getah di Sabah.  

“Sudah tentu komuniti pekebun kecil getah berasa bangga apabila melihat hasil lateks  atau susu getah yang mereka keluarkan sendiri diproses sehingga menjadi produk akhir  Bantal Lumi. 

“Lebih membanggakan lagi, produk ini tidak dikeluarkan oleh mana-mana syarikat  swasta yang lain, tetapi bersandarkan kepakaran dan kekuatan pasukan LIGS,”  katahya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: The exploration and strengthening of downstream activities must  become part of the culture and direction in efforts to produce high value-added  downstream products. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said this approach is an  important strategy to maximise the value of the agro-food sector chain, increase the  income of agro-entrepreneurs and strengthen food security. 

“We need to transform from a state that depends solely on the export of raw agricultural  commodities into a producer and exporter of high-value finished products processed  from locally produced agricultural commodities. 

“We need to shift towards producing downstream products with high added value. This  will directly improve the well-being and standard of living of our farmers, growers,  smallholders and fishermen by increasing the economic value of their agricultural  produce. 

“The launch of the Lumi Borneo latex pillow today is clear proof of the capability of local  agencies such as the Sabah Rubber Industry Board (LIGS) in optimising the State’s  natural resources,” he said after officiating at the launch of the Lumi Borneo Latex Pillow  here on Saturday. 

His speech was delivered by Sabah Agriculture, Fisheries and Food Industry Minister  Datuk Jamawi Jaafar. 

He said strengthening downstream activities would also contribute to the creation of  employment opportunities for the community, particularly local youths. 

“Certainly, these downstream or processing activities will require manpower in  production, packaging, logistics, marketing, quality control and other related activities.  This will also create opportunities for local entrepreneurs to participate,” he said. 

He said the State Government would continue to support all sectors, including Sabah’s  rubber industry, to enable them to grow while at the same time providing better returns  to rubber smallholders.

“I believe that with strong leadership and management, LIGS has vast opportunities to  explore other downstream products such as latex mattresses and rubber footwear. Do  not stop at pillows. Step up efforts to diversify the production of high-quality rubber based products,” he said. 

Meanwhile, the production of pillows using locally sourced latex is the first of its kind in  Sabah, marking an important milestone in the development of the State’s rubber  industry. 

“Surely, the rubber smallholder community can take pride in seeing the latex or rubber  milk they produce being processed into the final Lumi Pillow product. 

“What is even more encouraging is that this product is not produced by any private  company, but is developed based on the expertise and strength of the LIGS team,” he  said. 

Ends