KM: Sabah mahu lahir generasi pencipta teknologi (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Sabah mahu melahirkan generasi yang bukan sekadar menjadi  pengguna teknologi, sebaliknya mampu memahami teknologi, menghasilkan  penyelesaian, mencipta nilai dan membangunkan inovasi sesuai dengan keunikan serta  keperluan negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata penguasaan bidang  Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kini bukan lagi satu pilihan, sebaliknya keperluan  penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

"Dalam keadaan ini, kita tidak boleh hanya sekadar melihat atau menjadi pengguna  teknologi semata-mata. Kita perlu membangunkan generasi yang mampu memahami  teknologi, menghasilkan penyelesaian, mencipta nilai dan membina inovasi yang sesuai  dengan keunikan serta keperluan negeri kita sendiri. 

"Sebab itu, kita mahu menukar senario daripada sekadar 'pengguna teknologi' kepada  'pencipta teknologi'," katanya ketika merasmikan penutupan Program Pembudayaan  STI Bersepadu di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah  (UMS), di sini pada Selasa. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan  Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Rina Jainal. 

Hajiji berkata, perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), automasi, teknologi digital,  bioteknologi, teknologi angkasa dan tenaga boleh baharu sedang membentuk semula  cara manusia belajar, bekerja serta menjalankan perniagaan. 

Katanya, penguasaan STI amat penting bagi membantu menjayakan agenda Hala Tuju  Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, termasuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang AI,  teknologi digital dan sektor strategik berimpak tinggi. 

"Kita tidak mahu rakyat Sabah ketinggalan dalam arus transformasi digital, yang sedang  mengubah landskap pekerjaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi pada masa kini  dan masa hadapan," katanya. 

Beliau berkata Sabah mempunyai kekuatan tersendiri menerusi kekayaan biodiversiti,  sumber semula jadi, kepelbagaian budaya dan potensi ekonomi yang luas, yang boleh  diperkasakan melalui penyelidikan serta inovasi.

Antaranya, katanya, ialah dalam bidang pertanian pintar, keselamatan makanan,  biodiversiti, tenaga hijau, pengurusan sumber air, kesihatan, teknologi marin,  pelancongan berasaskan sains dan ekonomi digital. 

Sehubungan itu, Hajiji berkata pembangunan bakat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan  Matematik (STEM) merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting bagi  menghadapi cabaran masa depan, termasuk perkembangan teknologi AI. 

Menurutnya, kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan, khususnya melalui  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan, Sains,  Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) serta UMS, perlu diperkukuh bagi memastikan  agenda pembudayaan STI dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh. 

Katanya, lebih banyak program perlu dibawa ke sekolah dan komuniti, termasuk  kawasan luar bandar dan pedalaman, supaya peluang mendapat pendedahan kepada  sains dan teknologi tidak hanya tertumpu di bandar. 

Beliau berharap karnival itu menjadi pencetus kepada lebih banyak jaringan kerjasama  antara sekolah, universiti, agensi kerajaan, penyelidik, industri dan komuniti menerusi  projek, latihan, pertandingan, bimbingan, penyelidikan bersama dan pemindahan ilmu. 

Hajiji turut mahu hasil inovasi dikomersialkan dan dimanfaatkan dalam pelbagai sektor,  termasuk membantu meningkatkan hasil pertanian serta mempermudah urusan  perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. 

"Setiap usaha yang kita lakukan hari ini untuk mendekatkan generasi muda kepada STI  merupakan satu pelaburan untuk masa depan Sabah," katanya sambil menyeru ibu  bapa dan pendidik terus menyokong minat anak-anak dalam bidang STI. 

Tamat

 

 

KOTA KINABALU: Sabah wants to produce a generation that is not merely users of  technology, but is capable of understanding technology, developing solutions, creating  value and producing innovations suited to the State’s unique characteristics and needs. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said mastery of Science,  Technology and Innovation (STI) is no longer an option, but an important necessity in  driving economic growth and improving the people’s well-being. 

“In this situation, we cannot merely observe or remain as users of technology. We need  to develop a generation capable of understanding technology, producing solutions,  creating value and developing innovations that suit the unique characteristics and needs  of our State. 

“That is why we want to shift the scenario from merely being ‘technology users’ to  becoming ‘technology creators’,” he said when officiating at the closing of the Integrated  STI Cultivation Programme at the Second Central Lecture Hall Complex, Universiti  Malaysia Sabah (UMS) here on Tuesday. 

His speech was delivered by State Assistant Minister of Women, Health and People’s  Well-being Datuk Rina Jainal. 

Hajiji said the rapid development of artificial intelligence (AI), automation, digital  technology, biotechnology, space technology and renewable energy is reshaping the  way people learn, work and conduct business. 

He said mastery of STI is crucial in supporting the implementation of the Sabah Maju  Jaya (SMJ) 2.0 Development Plan, including producing a skilled workforce in AI, digital  technology and high-impact strategic sectors. 

“We do not want the people of Sabah to be left behind in the wave of digital  transformation, which is changing the landscape of employment, education and  economic development, both now and in the future,” he said. 

He said Sabah has its own strengths through its rich biodiversity, natural resources,  cultural diversity and vast economic potential, which can be further enhanced through  research and innovation.

These include smart agriculture, food security, biodiversity, green energy, water  resource management, healthcare, marine technology, science-based tourism and the  digital economy. 

In this regard, Hajiji said the development of Science, Technology, Engineering and  Mathematics (STEM) talent is a crucial long-term investment in preparing for future  challenges, including developments in AI technology. 

He said cooperation between the State and Federal governments, particularly through  the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), the Sabah Ministry of  Education, Science, Technology and Innovation (KPSTI) and UMS, must be  strengthened to ensure that the STI cultivation agenda is implemented continuously and  comprehensively. 

He said more programmes should be brought to schools and communities, including in  rural and interior areas, so that opportunities for exposure to science and technology are  not concentrated only in urban areas. 

He expressed hope that the carnival would serve as a catalyst for greater collaboration  among schools, universities, government agencies, researchers, industries and  communities through projects, training, competitions, mentoring, joint research and  knowledge transfer. 

Hajiji also wants innovations to be commercialised and utilised across various sectors,  including to help increase agricultural yields and facilitate business operations for small  and medium enterprises (SMEs) in Sabah. 

“Every effort we make today to bring the younger generation closer to STI is an  investment in Sabah’s future,” he said, while calling on parents and educators to  continue supporting children’s interest in STI. 

Ends