Sabah - jambatan penting perkukuh kerjasama Malaysia-China (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah berada pada kedudukan yang strategik untuk menjadi jambatan penting dalam memperkukuh lagi kerjasama Malaysia–China.
Beliau berkata hubungan Sabah dengan China merupakan bahagian penting dalam kerjasama Malaysia–China yang lebih luas dan walaupun hubungan diplomatik rasmi secara relatifnya masih baharu, hubungan antara Sabah dan China sebenarnya telah terjalin sejak jauh lebih lama dalam sejarah.
“Sejak berabad-abad lalu, laluan perdagangan maritim telah menghubungkan komuniti pesisir Borneo dengan selatan China serta kawasan lain di Asia Tenggara.
“Hubungan ini membolehkan pertukaran barangan, idea, budaya dan masyarakat, sekali gus mewujudkan ikatan yang kekal bermakna sehingga hari ini,” katanya pada Majlis Resepsi Sempena Ulang Tahun Ke-77 Penubuhan Republik Rakyat China di Magellan Sutera Resort di sini malam ini.
Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Beliau berkata Sabah menawarkan platform kukuh bagi penglibatan antara perusahaan, institusi dan masyarakat China berikutan kedudukan geografinya yang strategik, potensi ekonomi, kekayaan sumber semula jadi serta hubungan rakyat dengan rakyat yang telah lama terjalin.
“Perdagangan dan pelaburan kekal menjadi tonggak utama hubungan Sabah–China. China merupakan antara rakan dagang terpenting Sabah dengan kerjasama merangkumi komoditi, pertanian, perikanan, produk pembuatan, pelancongan dan perkhidmatan.
“Syarikat-syarikat China yang beroperasi di Sabah telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur serta hubungan perniagaan yang lebih kukuh,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata Sabah menawarkan peluang pelaburan yang besar kepada pelabur China dalam sektor pelancongan, tenaga boleh baharu, pertanian, perikanan, logistik, perkhidmatan digital dan ekonomi biru.
Beliau berkata, antara lain terdapat juga peluang luas untuk Sabah dan China berkongsi kepakaran dalam bidang pertanian, pemuliharaan marin, tenaga bersih, pertanian pintar, dan akuakultur.
“Dengan menyelaraskan kekuatan ekonomi Sabah dengan kepakaran, keupayaan pelaburan dan kemampuan teknologi China, kita boleh mewujudkan hasil yang bermakna serta memberi manfaat bersama,” katanya.
Satu lagi bidang kerjasama penting ialah pelancongan yang diyakini Sabah boleh terus dipertingkatkan melalui kesalinghubungan udara yang lebih kukuh, perluasan pemasaran digital serta pembangunan produk ekopelancongan, pelancongan budaya dan pelancongan pengembaraan, katanya.
Ketua Menteri berkata selain kerjasama ekonomi, pendidikan, budaya dan pertukaran rakyat dengan rakyat, terdapat potensi besar untuk memperluas kerjasama melalui perkongsian antara universiti, pertukaran pelajar, program bahasa, kerjasama penyelidikan, biasiswa, persembahan kebudayaan, aktiviti belia serta kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.
“Pertukaran ini amat penting kerana ia memperdalam persefahaman bersama dan memupuk persahabatan dalam kalangan generasi akan datang.
“Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar hubungan dua hala bukan sahaja terletak pada perdagangan dan pelaburan, tetapi juga pada hubungan antara rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Melangkah ke hadapan, Hajiji berkata Sabah kekal komited untuk menyokong hubungan kukuh dan konstruktif antara Malaysia dengan China, sambil meneruskan keutamaan negeri di bawah agenda pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.
“Sabah bersedia dan berhasrat untuk menjadi platform penting bagi kerjasama Malaysia–China,” katanya.
Tamat
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah is well positioned to serve as an important bridge for deeper Malaysia–China cooperation.
He said Sabah’s relationship with China is an important part of a broader Malaysia – China partnership and while formal diplomatic relations are relatively recent, the ties between Sabah and China extend much further into history.
“For centuries, maritime trade routes connected the coastal communities of Borneo with southern China and other parts of Southeast Asia.
“These connections enabled the exchange of goods, ideas, cultures, and people, creating bonds that remain meaningful to this day,” he said at the 77th Anniversary of the Founding of the People’s Republic of China reception at the Magellan Sutera Resort here tonight.
Deputy Chief Minister I, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam delivered the Chief Minister's speech.
He said Sabah offers a strong platform for engagement between Chinese enterprises, institutions and communities with its strategic geographical location, economic potential, rich natural resources and long-standing people-to-people links.
“Trade and investment remain central pillars of Sabah–China relations. China is one of Sabah’s most important trading partners, with cooperation encompassing commodities, agriculture, fisheries, manufactured products, tourism and services.
“Chinese companies operating in Sabah have contributed to economic development, employment creation, infrastructure development and stronger business linkages,” he said.
At the same time, he said Sabah offers significant opportunities for Chinese investment in tourism, renewable energy, agriculture, fisheries, logistics, digital services and the blue economy.
He also said there is ample opportunity for Sabah and China to share expertise in agriculture, marine conservation, clean energy, smart farming and aquaculture, among others.
“By aligning Sabah’s economic strengths with China’s expertise, investment capacity, and technological capabilities, we can create meaningful and mutually beneficial outcomes,” he said.
Another important area of cooperation is tourism, which Sabah is confident could be further boosted through stronger air connectivity, expanded digital marketing, and the development of eco-tourism, cultural tourism as well as adventure tourism products, he said.
The Chief Minister said that beyond economic cooperation, education, culture and people-to-people exchanges, there is considerable potential to expand cooperation through university partnerships, student exchanges, language programmes, research cooperation, scholarships, cultural performances, youth activities, and cooperation in science and technology.
“These exchanges are particularly important because they deepen mutual understanding and foster friendships among future generations.
“They remind us that the true strength of bilateral relations lies not only in trade and investment, but also in the connections between our peoples,” he said.
Looking forward, Hajiji said Sabah remained committed to supporting Malaysia’s strong and constructive relationship with China, while advancing the state’s own priorities under the Sabah Maju Jaya 2.0 development agenda.
“Sabah is ready and keen to serve as an important platform for Malaysia–China cooperation,” he said.
Ends