Sabah catat pengurangan jumlah penagih dikesan tahun lalu (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Sabah menunjukkan pengurangan sebanyak 5.9 peratus jumlah penagih yang dikesan pada tahun 2025 iaitu seramai 8,665 orang berbanding 9,607 orang pada tahun 2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Pada tahun lalu juga negeri Sabah mencatatkan kadar terbaik seluruh negara dengan merekodkan kadar penagih dan penyalah guna dadah serta bahan seramai 230 orang, katanya.
“Ini menunjukkan keberkesanan tindakan bersepadu semua pihak dalam membendung penawaran dan permintaan terhadap dadah dan bahan di negeri Sabah,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Sabah di Menara Kinabalu dekat sini pada Isnin.
Ketua Menteri turut mengucapkan tahniah kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas usaha dalam memperkasa komuniti dipelbagai peringkat melalui pendekatan pencegahan dadah sehingga ke peringkat akar umbi.
“Saya amat berterima kasih dengan kesungguhan pihak AADK menyantuni komuniti Pulau Banggi di Kudat baru-baru ini sempena Program Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah bersama Skuad Antidadah 2 Roda,” katanya.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah atas kejayaan rampasan dadah secara besar-besaran melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah baru-baru ini.
“Ini menunjukkan kesungguhan tindakan membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini sentiasa menjadi keutamaan PDRM selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah.
“Semua pencapaian ini adalah usaha gigih yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memerangi ancaman dadah yang masih merupakan musuh nombor satu negara,” katanya.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri sentiasa berdiri teguh di belakang usaha membanteras ancaman dadah secara menyeluruh, sekaligus memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat di bumi Sabah terus terpelihara.
“Demi merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), Kerajaan Negeri Sabah sentiasa menyokong segala usaha dalam merealisasikan agenda aspirasi bebas dadah bagi mencapai Dadah Terkawal 2030,” katanya.
Pada mesyuarat MTMD Sabah kali ini, antara isu yang dibincangkan adalah peluasan program tempat kerja bebas dadah sektor awam dan pemerkasaan Skuad Antidadah Negeri Sabah.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Sabah recorded a 5.9 per cent reduction in the number of drug addicts detected in 2025, with 8,665 cases compared to 9,607 in 2024, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
He said Sabah also recorded the best rate in the country last year, with 230 drug addicts and substance abusers detected.
“This demonstrates the effectiveness of the concerted efforts undertaken by all parties in curbing both the supply and demand of drugs and substances in Sabah,” he said after chairing the State Drug Eradication Action Council (MTMD) meeting at Menara Kinabalu on Monday.
The Chief Minister also congratulated the National Anti-Drugs Agency (AADK) for its efforts in empowering communities at various levels through grassroots drug prevention programmes.
“I am grateful for AADK's commitment in reaching out to the community on Banggi Island in Kudat recently through the Drug-Free Aspirations Roadshow in collaboration with the Two-Wheel Anti-Drug Squad programme,” he said.
He also commended the Royal Malaysia Police (PDRM) Sabah contingent for its recent major drug seizures through the Sabah Narcotics Criminal Investigation Department.
“This reflects the seriousness with which efforts to combat drug smuggling and distribution in the State continue to be treated as a priority by the police, in line with the aspirations of the Sabah Government.
“All these achievements are the result of relentless efforts in combating the drug threat, which remains the nation's number one enemy,” he said.
Hajiji said the State Government remains steadfast in supporting comprehensive efforts to eradicate the drug menace and ensure the continued safety, harmony and well-being of the people of Sabah.
“In realising the aspirations of the Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan, the State Government will continue to support all efforts towards achieving a drug-free society and the Drug-Free 2030 agenda,” he said.
Among the matters discussed at the MTMD Sabah meeting were the expansion of drug free workplace programmes in the state public sector and the empowerment of the Sabah State Anti-Drug Squad.
Ends