Sabah mahu kurangkan kebergantungan sumber tenaga konvensional (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan  Negeri berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada sumber konvensional dan  beralih kepada sistem tenaga yang lebih pelbagai, lestari, serta mesra alam. 

Menurutnya, langkah ini selari dengan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040  (SE-RAMP 2040), yang menjadi kompas strategik dalam merancang masa depan  tenaga Sabah secara holistik. 

“Melalui usaha perluasan penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar dan hidro, kita  bukan sahaja mengimbangi campuran tenaga negeri, malah membina daya tahan yang  kental dalam menghadapi cabaran global dan krisis iklim.  

“Usaha ini adalah pelaburan kita untuk memastikan Sabah kekal hijau dan makmur  untuk dekad-dekad akan datang,” katanya di majlis pelancaran projek solar skala besar  15MW Tuaran dan Iftar Ramadan SEC di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah di  Kampung Lok Batik di sini hari ini. 

Ketua Menteri berkata pelancaran projek Solar Skala Besar 15Megawatt (MW) di sini  adalah bukti jelas sinergi antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), terutamanya Sabah  Energy Corporation (SEC) dengan visi dasar negeri.  

Beliau memuji SEC atas projek solar keduanya, menyusuli projek 5MW di Labuan yang  membuktikan kredibiiti dan kemampuan teknikal dan komersial SEC dalam menerajui  sektor tenaga boleh baharu. 

“Projek solar ini bukan sekadar menambah kapasiti 15 megawatt (MW) kepada sistem  tenaga negeri, malah ia membawa signifikan yang lebih besar dalam transformasi  struktur tenaga Sabah.  

Hajiji berkata sepanjang fasa pembinaan, seramai 150 tenaga kerja akan terlibat secara  langsung, termasuk tenaga kerja tempatan.  

“Ini merupakan platform terbaik bagi anak watan kita menimba pengalaman industri  serta menguasai pemindahan kemahiran dalam teknologi tenaga boleh baharu. 

“Lebih bermakna lagi, apabila projek ini beroperasi sepenuhnya, ia dijangka  mewujudkan 50 peluang pekerjaan baharu merangkumi bidang operasi,  penyelenggaraan, teknikal, dan sokongan pentadbiran. 

“Inisiatif ini bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan isi rumah, malah  memperkukuh ekosistem tenaga hijau di Sabah. Inilah intipati pembangunan di bawah  Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 iaitu pembangunan yang bukan sekadar angka,  tetapi pertumbuhan yang menjana peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran rakyat,  dan memberi limpahan ekonomi terus kepada komuniti setempat,” katanya. 

Ketua Menteri berkata projek ini memberi isyarat jelas bahawa Sabah komited  memperkukuh keselamatan tenaga negeri.  

Menurutnya, Sabah tidak boleh ketinggalan dalam arus perubahan ini dan ia harus  memastikan pembangunan ekonomi berjalan seiring dengan pemeliharaan alam sekitar  demi kesejahteraan generasi akan datang. 

“Kerajaan Negeri kekal komited dalam memperkasakan agenda pembangunan negeri  kini di bawah kerangka Hala Tuju SMJ 2.0 dan dalam usaha menjayakan agenda besar  ini, sektor tenaga berdiri sebagai nadi yang paling kritikal,” katanya.  

Tamat

English Version 

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the State  Government aspires to reduce reliance on conventional sources and move towards a  more diverse, sustainable and environmentally friendly energy system. 

He said this is in line with the Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE RAMP 2040), which serves as the strategic compass in planning Sabah’s energy future  in a holistic manner. 

“Through efforts to expand the use of renewable energy such as solar and hydro, we  are not only balancing the state’s energy mix but also building strong resilience in facing  global challenges and the climate crisis. 

“These efforts are our investment to ensure Sabah remains green and prosperous for  decades to come,” he said at the launch ceremony of the Tuaran 15MW large-scale  solar project and SEC’s Ramadan iftar event at the Rumpun Bajau Samah Cultural  Centre in Kampung Lok Batik here today. 

The Chief Minister said the launching of the 15MW Large-Scale Solar project here is  clear proof of the synergy between government-linked company (GLC), particularly  Sabah Energy Corporation (SEC) and the state’s policy vision.  

He commended the SEC for its second solar project, following the 5MW project in  Labuan, which demonstrated the company’s credibility and technical and commercial  capabilities in steering the renewable energy sector. 

“This solar project not only adds 15 megawatts (MW) to the state’s energy system, but  it also carries greater significance in the transformation of Sabah’s energy structure,” he  said. 

Hajiji said that during the construction phase, about 150 workers will be directly involved,  including local workers. 

“This is the best platform for our local talents to gain industry experience and master the  transfer of skills in renewable energy technology. 

“More importantly, when the project is fully operational, it is expected to create 50 new  job opportunities covering operations, maintenance, technical and administrative  support.

“This initiative will not only increase household income but also strengthen the green  energy ecosystem in Sabah. This is the essence of development under the Sabah Maju  Jaya 2.0 road map, which is not merely about numbers, but growth that generates job  opportunities, enhances the people’s skills and delivers direct economic benefits to local  communities,” he said. 

The Chief Minister said the project sends a clear signal that Sabah is committed to  strengthening the state’s energy security. 

He said Sabah cannot afford to be left behind in this wave of change and must ensure  that economic development moves in tandem with environmental conservation for the  well-being of future generations. 

“The State Government rremains steadfast in empowering the state’s development  agenda under the Sabah Maju Jaya 2.0 framework, and in pursuing this major agenda,  the energy sector stands as the most critical backbone,” he said. 

Ends