SMJE peroleh 20 peratus kepentingan dalam North Sabah EOR PSC (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) telah memperoleh 20  peratus kepentingan penyertaan dalam Perjanjian ‘Farm-out’ 2011 Kontrak Perkongsian  Pengeluaran North Sabah EOR susulan pemeteraian Perjanjian Farm-Out (FOA)  bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  (KLCC) hari ini. 

Mengalu-alukan pencapaian terbaharu itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata inisiatif tersebut mencerminkan strategi jangka panjang Kerajaan  Negeri untuk memperkukuh sektor tenaga Sabah melalui pelaburan berkualiti tinggi  serta kerjasama erat dengan PETRONAS. 

“Dengan peluang yang kini semakin berkembang di seluruh negeri dari Pantai Barat  hingga Pantai Timur, kami mengalu-alukan pelabur bereputasi untuk bekerjasama  dengan kami bagi memastikan manfaat yang mampan dan berkekalan kepada rakyat  Sabah,” katanya selepas menyaksikan majlis pertukaran dokumen-dokumen sempena  memperingati kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS. 

Pengambilalihan tersebut, yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 adalah susulan  kepada Perjanjian Dasar Induk (HOA) yang ditandatangani antara SMJE dan PCSB  pada November 2025, sekali gus membuka laluan kepada transaksi muktamad hari ini. 

Ia merupakan pengambilalihan huluan kedua SMJE sejak menyertai Kontrak  Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang pada April 2023, yang seterusnya  mengukuhkan peranannya sebagai pemain strategik dalam landskap minyak dan gas  Sabah. 

North Sabah EOR PSC merangkumi empat medan minyak yang sedang beroperasi,  terletak di perairan cetek pada kedalaman kira-kira 70 meter di luar pesisir Kota Belud. 

Asset ini terdiri daripada 20 platform luar pesisir yang dihubungkan oleh saluran paip  sepanjang 143 kilometer berdiameter 24 inci untuk menyalurkan minyak mentah ke  Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT). 

Selepas transaksi ini, SMJE akan memegang 20 peratus kepentingan rakan bukan  pengendali, manakala SEA Hibiscus Sdn Bhd kekal sebagai Pengendali dengan 50  peratus kepentingan penyertaan, dan PCSB mengekalkan 30 peratus. 

Langkah ini dijangka meningkatkan peruntukan minyak mentah SMJE, dengan jumlah  pengangkutan kargo meningkat daripada 4.7 kargo pada 2025 kepada 7.0 kargo pada  2026, sekali gus memperkukuh aliran hasil dan kebolehpercayaan bekalan untuk  Sabah. 

Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan yang juga Pengerusi SMJ Energy, Datuk  Seri Panglima Masidi Manjun, berkata North Sabah merupakan aset pengeluaran  strategik, dan penyertaan SMJE menandakan peranan negeri yang semakin matang  dalam aktiviti huluan. 

“Langkah ini menjamin nilai jangka panjang, membina keupayaan komersial, dan  memastikan lebih banyak manfaat disalurkan secara langsung kepada rakyat Sabah,”  katanya. 

Di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah ketika ini, SMJE terus mempercepat  penciptaan nilai melalui perkongsian strategik, penglibatan tempatan dan pengurusan  sumber yang bertanggungjawab, katanya. 

Terdahulu, satu pertukaran dokumen telah berlangsung bagi Perjanjian Dasar Induk  (HOA) antara PETRONAS dan Sabah Energy Corporation (SEC) untuk Kluster Mutiara.  HoA ini menetapkan rangka kerja bagi Perjanjian Jualan Gas (GSA) masa hadapan bagi  memudahkan pembangunan kluster tersebut, yang disasarkan pada suku pertama  tahun 2029. 

Selain itu, pertukaran dokumen turut dilakukan bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran  (PSC) Kluster Permata antara PETRONAS dan Bridge Petroleum Limited, sebuah  Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) yang baharu dilantik. Kluster Permata terletak  di luar pesisir Sabah. 

Tamat

 

English version

KUALA LUMPUR: Sabah, through SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) has acquired 20 per  cent participating interest in the North Sabah Enhanced Oil Recovery Production  Sharing Contract (EOR PSC) following the signing of the Farm-Out Agreement (FOA)  with PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) at the Kuala Lumpur Convention Centre  (KLCC), here today. 

In welcoming the latest achievement, Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor said the initiatives reflect the State Government’s long-term strategy to strengthen  Sabah’s energy sector through high-quality investments and close collaboration with  PETRONAS. 

“With opportunities now expanding across the state from the west to the east coast, we  welcome reputable investors to partner with us in ensuring sustainable and lasting  benefits for the people of Sabah,” he said after witnessing the exchange of documents  inconjuntion with the Commemoration of Sabah State and PETRONAS Collaboration. 

The acquisition, effective January 1, 2026 follows the Heads of Agreement (HoA) signed  between SMJE and PCSB in November 2025, paving the way for today’s final  transaction. 

It is SMJE’s second upstream acquisition since entering the Samarang PSC in April  2023, which further solidifies its role as a strategic player in Sabah’s oil and gas  landscape. 

The North Sabah EOR PSC includes four producing oil fields located in shallow waters  approximately 70 metres deep offshore Kota Belud. 

The asset comprises 20 offshore platforms connected by a 143km, 24-inch pipeline that  evacuates crude oil to the Labuan Crude Oil Terminal (LCOT). 

Following the transaction, SMJE will assume a 20 per cent non-operating partner  interest, while SEA Hibiscus Sdn Bhd continues as Operator with a 50 per cent  participating interest, and PCSB retains 30 per cent. 

The move is expected to raise SMJE’s crude entitlement, increasing its cargo lifting from 4.7 cargoes in 2025 to 7.0 cargoes in 2026, enhancing revenue streams and supply  reliability for Sabah.

Deputy Chief Minister II/Minister of Finance, who is also SMJ Energy Chairman, Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun said North Sabah is a strategic producing asset, and SMJE’s  participation signals a maturing role for the state in upstream activities. 

“This move secures long-term value, builds commercial capability, and ensures more  benefits flow directly to the people of Sabah,” he said. 

Under the current Sabah State administration, SMJE continues to accelerate value creation  through strategic partnerships, local participation, and responsible resource management,  he said. 

Earlier, an exchange of documents took place for the Heads of Agreement (HoA) between  PETRONAS and Sabah Energy Corporation (SEC) for the Mutiara Cluster. This HoA establishes the framework for a future Gas Sales Agreement (GSA) to facilitate the cluster’s  development, targeted for the first quarter of 2029. 

Additionally, documents were exchanged for the Permata Cluster Production Sharing  Contract (PSC) between PETRONAS and Bridge Petroleum Limited, a newly appointed  Petroleum Arrangement Contractor (PAC). The Permata Cluster is located offshore Sabah. 

Ends