Sabah lancar Buku Sistem Jaminan Perundangan Kayu Plus (Sabah TLAS+) (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini melancarkan Buku Sistem Jaminan  Perundangan Kayu Sabah Plus (Sabah TLAS+) sebagai bukti kesiapsiagaan negeri  untuk berdagang secara bertanggungjawab, melindungi hutan demi generasi akan  datang, serta kekal sebagai peneraju yang dipercayai dalam ekonomi hijau global. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah TLAS+  merupakan sistem pertama seumpamanya di dunia yang menyelaraskan secara  menyeluruh aspek perundangan, keperluan bebas penebangan hutan di bawah  Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), serta prinsip kelestarian  sukarela dalam satu rangka kerja bersepadu. 

“Ini meletakkan Sabah di barisan hadapan jangkaan peraturan dan pasaran global,”  katanya ketika merasmikan pelancaran Buku Sabah TLAS+ di Hotel Hilton, di sini, hari  ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kewangan  Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. 

Beliau berkata Buku Sabah TLAS+ dihasilkan sebagai tindak balas terhadap  perkembangan pasaran global, termasuk EUDR yang dijangka berkuat kuasa  menjelang akhir 2026, yang menuntut produk kayu bukan sahaja sah dari segi undang undang, malah bebas penebangan hutan, boleh dijejaki dan melalui penilaian risiko  yang ketat. 

“Kerajaan Negeri, menerusi Jabatan Perhutanan Sabah, telah mengambil langkah  proaktif dengan bekerjasama bersama Fasiliti Kerjasama Kesatuan Eropah–Malaysia  pada tahun 2024 bagi menaik taraf sistem sedia ada kepada Sabah TLAS+. 

“Peningkatan ini memastikan rangka kerja tadbir urus kita kekal sejajar dengan piawaian  antarabangsa, di samping memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan integriti di  sepanjang keseluruhan rantaian bekalan,” katanya. 

Beliau berkata, Sabah TLAS+ mengintegrasikan elemen tadbir urus termaju, termasuk  kebolehjejakan digital, geolokasi serta perlindungan sosial dan alam sekitar yang  diperkukuh. 

“Ia memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan bebas penebangan hutan  dan bebas degradasi hutan. Selain itu, ia turut merangkumi prinsip sukarela yang sejajar dengan Arahan Ketekunan Wajar Kelestarian Korporat Kesatuan Eropah (EU CS3D),  sekali gus memperkasa syarikat untuk memperkukuh pengurusan risiko hak asasi  manusia dan alam sekitar selaras dengan jangkaan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir  Urus (ESG) global.” 

Hajiji berkata, secara praktikal, pengeluar kayu Sabah kini bukan sekadar memenuhi  piawaian undang-undang minimum, malah dilengkapi keupayaan untuk membuktikan  pematuhan yang telus dan bersedia ESG bagi pasaran dunia yang paling menuntut. 

“Sabah kini terbuka untuk perniagaan lestari. Kayu-kayan kami adalah sah, boleh  dijejaki, dihasilkan secara bertanggungjawab dan berdaya saing di peringkat global,”  katanya. 

Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Kesatuan Eropah atas sokongan  teknikal dan kewangan yang diberikan. 

“Kami menghargai kerjasama ini dan menantikan peluasan kerjasama ke bidang  baharu, termasuk pendidikan dan pemuliharaan. Saya juga memuji Jabatan Perhutanan  Sabah serta pemain industri dan pihak berkepentingan kerana merealisasikan visi ini,”  katanya. 

Tamat

 

Version English

KOTA KINABALU: The State Government has launched the Sabah Timber Legality  Assurance System Plus (Sabah TLAS+) Booklet, a testament to the state’s readiness to  trade responsibly, safeguard its forests for future generations, and remain a trusted  leader in the global green economy. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah TLAS+ is the first  system of its kind globally to comprehensively align with the legality, European Union  Deforestation Regulation (EUDR) deforestation-free requirements, and voluntary  sustainability principles within a single, integrated framework. 

“This positions Sabah at the forefront of global regulatory and market expectations,” he  said at the launch of the Sabah TLAS+ Booklet at the Hilton Hotel here today. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister/Finance Minister Datuk Seri  Panglima Masidi Manjun. 

He said the Sabah TLAS+ Booklet was created in response to the evolution of the global  market, such as the EUDR, expected to take effect by late 2026, which demands that  timber products be not only legal but also deforestation-free, traceable, and rigorously  risk-assessed. 

“The State Government, through the Sabah Forestry Department, has taken a proactive  stance by collaborating with the European Union-Malaysia Cooperation Facility in 2024  to transition our existing system to Sabah TLAS+. 

“This upgrade ensures our governance framework remains aligned with international  standards while enhancing transparency, accountability, and integrity across the entire  supply chain,” he said. 

He said the Sabah TLAS+ integrates cutting-edge governance elements, including  digital traceability, geolocation and reinforced social and environmental safeguards. 

“It ensures full compliance with deforestation-free and forest-degradation-free  requirements. Furthermore, it incorporates voluntary principles aligned with the  European Union Corporate Sustainability Due Diligence Directive (EU CS3D),  empowering companies to strengthen their management of human rights and environmental risks in line with global Environmental, Social and Governance (ESG)  expectations. 

Hajiji said, in practical terms, Sabah’s timber producers are no longer merely meeting  minimum legal standards, but they are now equipped to demonstrate transparent, ESG ready compliance for the world’s most discerning markets. 

“Sabah is now open for sustainable business. Our timber is legal, traceable, responsibly  produced, and globally competitive,” he said. 

The Chief Minister also expressed appreciation to the European Union for its technical  and financial support. 

“We value this partnership and look forward to expanding our collaboration into new  horizons, including education and conservation. I also commend the Sabah Forestry  Department and our industry players and stakeholders for transforming this vision into  reality,” he said. 

Ends