Sabah alu-alukan Singapura buka konsulat di Kota Kinabalu (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Singapura membuka pejabat  konsulatnya di Kota Kinabalu pada tahun ini, yang mampu memperkukuh hubungan dua hala  antara Sabah dan republik itu. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pembukaan konsulat  berkenaan mempunyai kepentingan strategik merangkumi aspek ekonomi, diplomatik,  pelaburan, perdagangan dan keselamatan, khususnya melibatkan Sabah dan Singapura. 

Beliau yakin kehadiran konsulat Singapura di Sabah dapat memperluas kerjasama kedua-dua  pihak, sekali gus membuka lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan yang memberi  manfaat langsung kepada pembangunan negeri. 

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan pembukaan pejabat konsulat Singapura di Sabah pada tahun  ini. Ia merupakan satu perkembangan positif yang mampu mengukuhkan lagi hubungan sedia  ada antara Sabah dan Singapura,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke  Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis. 

Menurut Hajiji, kerajaan negeri turut mengalu-alukan kehadiran pelabur dari Singapura untuk  menerokai sektor-sektor berdaya saing di Sabah, selain menggalakkan lebih ramai pelancong  dari negara itu berkunjung ke negeri ini. 

Sementara itu, Vanu Gopala Menon memaklumkan bahawa Singapura akan membuka pejabat  konsulat di Sabah dan Sarawak selepas memperoleh kelulusan Kerajaan Malaysia bulan lalu. 

Pada 4 Disember lalu, Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, menyambut baik  kelulusan rasmi Malaysia terhadap cadangan pembukaan konsulat Singapura di Sabah dan  Sarawak, yang disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara  kedua-dua negara. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The State Government welcomes Singapore's decision to open a  consulate in Kota Kinabalu this year, a move set to further strengthen bilateral relations  between Sabah and the republic.  

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that the establishment of  the consulate is of strategic importance, encompassing economic, diplomatic,  investment, trade and security aspects, particularly concerning Sabah and Singapore. 

He expressed confidence that Singapore's consulate presence in Sabah would expand  mutual cooperation, thereby unlocking more investment and trade opportunities that  directly benefit the state’s development.  

“The State Government welcomes the opening of the Singapore Consulate in Sabah this  year. It is a positive development that will further bolster the existing ties between Sabah  and Singapore,”he said. 

The Chief Minister said this during a courtesy call from the Singapore High  Commissioner to Malaysia, HE Vanu Gopala Menon, at his office in Menara Kinabalu  on Thursday. 

Hajiji added that the State Government also welcomes Singaporean investors to explore  competitive sectors in Sabah and encourages more tourists from the republic to visit the  state.  

Meanwhile, Vanu Gopala Menon said that Singapore will open consulates in both Sabah  and Sarawak after receiving approval from the Malaysian Government last month. 

On December 4, Singapore Prime Minister Lawrence Wong welcomed Malaysia's official  approval for the proposed consulates in Sabah and Sarawak, describing it as a  significant step in strengthening the relationship between the two nations. 

Ends