2026 membuka lembaran baharu untuk maju ke hadapan
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata tahun 2026 membuka lembaran baharu untuk kita terus maju ke hadapan dengan keazaman yang kuat dan semangat kebersamaan.
Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif, bagi memastikan kemakmuran yang berterusan serta masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing untuk Sabah.
“Mengimbas kembali tahun 2025, ia adalah tahun yang baik, dibina atas asas pembangunan yang kukuh dan kemajuan yang konsisten melalui pelaksanaan pelan pembangunan HalaTuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0.
“Kerajaan Negeri akan meneruskan landasan ini menerusi Hala Tuju SMJ 2.0, dengan memperkukuhkan komitmen kami terhadap perpaduan, kemakmuran dan pembangunan inklusif, agar kemajuan yang dicapai dapat dinikmati secara adil oleh seluruh rakyat Sabah,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2026, di sini hari ini.
Ketua Menteri sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sabah atas mandat baharu yang diberikan untuk terus memimpin negeri ini.
“Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan ini dan ia adalah satu amanah besar yang akan kami laksanakan dengan penuh akauntabiliti dan tanggungjawab.
“Dengan mandat yang baharu ini, Kerajaan Negeri kekal komited untuk memperkukuh tadbir urus, memastikan kestabilan politik yang berterusan, dan memacu pembangunan komprehensif untuk kesejahteraan rakyat.
“Sepanjang lima tahun yang lalu, usaha berterusan untuk mewujudkan kestabilan dan persekitaran yang kondusif telah membuahkan hasil yang ketara dan memberi manfaat kepada negeri,” katanya.
Ketua Menteri berharap semua rakyat Sabah dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kejayaan.
“Bersama-sama rakan jemaah menteri Kabinet negeri, saya dengan penuh keikhlasan mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua,” tambahnya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that 2026 opens a new chapter for us to continue moving forward with strong determination and a spirit of togetherness.
He said the State Government is fully prepared to implement the holistic, inclusive and comprehensive Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 development plan, to ensure sustained prosperity and a brighter, more competitive future for Sabah.
“Reflecting on 2025, it was a good year, built on a solid foundation of development and consistent progress through the implementation of the Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 development plan.
“The State Government will continue on this path through the Hala Tuju SMJ 2.0, by strengthening our commitment to unity, prosperity and inclusive development, so that the progress achieved can be enjoyed fairly by all Sabahans,” he said in his New Year 2026 message, here today.
The Chief Minister once again thanked all Sabahans for the new mandate given to continue leading the state.
“We deeply value this trust and support and it is a great responsibility that we will carry out with full accountability and responsibility.
“With this renewed mandate, the State Government remains committed to strengthening governance, ensuring continued political stability, and driving comprehensive development for the well-being of the people.
“Over the past five years, continuous efforts to create stability and a conducive environment have produced tangible results and benefited the state,” he said.
The Chief Minister hopes all Sabahans be blessed with good health, well-being and success.
“Together with my State Cabinet colleagues, I extend my sincere greetings to all in welcoming the new year,” he added.
Ends
