Kerajaan Negeri tegaskan komitmen terhadap perpaduan dan kestabilan politik (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan semula  komitmen teguh Kerajaan Negeri untuk memelihara perpaduan rakyat serta mengekalkan  kestabilan politik. 

“Perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat dan kestabilan politik menjadi asas kepada  kemajuan ekonomi negeri serta pertumbuhan pelaburan,” katanya dalam perutusan Krismas  2025. 

Ketua Menteri juga menggesa semua pihak untuk menyemarakkan semangat Krismas yang  dicirikan oleh kasih sayang dan kemurahan hati serta menegaskan semula komitmen terhadap  toleransi, saling menghormati dan perpaduan. 

Beliau berkata bahawa Krismas, sebagai perayaan penting komuniti Kristian, secara tradisinya  menyatukan keluarga dan rakan-rakan. 

Beliau menekankan bagaimana, dalam kepelbagaian agama, etnik dan warisan budaya Sabah,  Krismas memberi peluang berharga kepada semua untuk bersatu, mengeratkan hubungan, dan  memupuk keharmonian antara etnik. 

Dengan menyampaikan ucapan Krismas kepada semua penganut Kristian, beliau berkata,  “Semoga perayaan ini memenuhi rumah anda dan komuniti kita dengan kegembiraan,  kedamaian, dan keharmonian.” 

Tamat

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor reaffirmed the State  Government's steadfast commitment to preserving the unity of its people and maintaining  political stability. 

"Strong unity among the people and political stability form the basis for the state’s economic  progress and investment growth," he said in his Christmas 2025 message. 

The Chief Minister urged all to embrace the spirit of Christmas, characterized by love and generousity and to reaffirm their commitment to tolerance, mutual respect and solidarity.  

He said that Christmas, a cherished occasion for Christians, traditionally brings families and  friends together. 

“Within Sabah's vibrant tapestry of religious, ethnic, and cultural heritage, Christmas offers an  invaluable opportunity for all to unite, strengthen bonds, and foster inter-ethnic harmony,” he  added. 

Extending Christmas greetings to all Christians, he said "May this occasion fill your homes and  our communities with joy, peace, and harmony." 

Ends