KM arah Setiausaha Politik salur maklumat inisiatif kerajaan kepada akar umbi (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengarahkan 18 Setiausaha Politik yang baharu dilantik supaya memastikan maklumat mengenai inisiatif dan dasar Kerajaan Negeri sampai ke peringkat akar umbi. 

“Peranan setiausaha politik amat penting dalam sistem pentadbiran kita. Saya mahu semua setiausaha politik membantu kerajaan dan menteri masing-masing, khususnya dalam menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan. 

“Yang penting, dalam menyampaikan maklumat mengenai Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang akan bermula tahun hadapan,” katanya pada majlis angkat sumpah 18 Setiausaha Politik di Menara Kinabalu, di sini hari ini. 

Beliau mengimbas kembali bahawa pada Pilihan Raya Negeri lalu, kebanyakan rakyat yang ditemuinya tidak mengetahui inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan, walaupun ia telah dihebahkan secara meluas di semua platform media. 

Katanya, isu seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh Kerajaan Negeri sebelum ini serta hakikat bahawa 39 pemegang sijil tersebut telah dianugerahkan biasiswa kerajaan, juga tidak diketahui oleh masyarakat Cina. 

“Saya terkejut apabila ramai dalam kalangan masyarakat Cina tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri walaupun pelbagai bantuan telah disalurkan kepada sekolah-sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam. 

“Saya juga hairan mengapa mereka tidak mengetahui bantuan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Sabah sebelum ini. Kerajaan Negeri (diterajui GRS) telah memperuntukkan lebih RM1.3 bilion bagi pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya. 

Bantuan lain termasuk pemberian komputer riba percuma, bayaran yuran pendaftaran kemasukan universiti secara sekali bayar, subsidi kepada pelajar universiti sama ada di dalam negeri atau di Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti, bantuan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM setiap tahun, 40 unit Rumah Mesra SMJ yang akan ditingkatkan kepada 50 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, serta pelbagai lagi inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

“Semua ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu, saya mahu setiausaha politik memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat ini kepada rakyat di peringkat akar umbi. 

“Kita mahu rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya tidak timbul tuduhan bahawa kita hanya menabur janji kosong,” katanya. 

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan permintaan Ahli Dewan Undangan pembangkang untuk mendapat bantuan peruntukan pengurusan pejabat. 

“Kita sebagai Kerajaan yang adil akan mempertimbangkan tertakluk kepada budi bicara Menteri Kewangan,” katanya. 

Hajiji turut mengingatkan setiausaha politik supaya tidak menyalahgunakan kedudukanmereka untuk kepentingan peribadi. 

“Saya mahu setiausaha politik melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya serta membantu menteri masing-masing dan kerajaan. 

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati mengkhianati kepercayaan yang diberikan,” katanya sambil menambah bahawa mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Setiausaha Politik baharu di Jabatan Ketua Menteri ialah Azrul Ibrahim (Ketua Setiausaha Politik), Datuk Effendi Mohamed Sunoh, Datuk Mazlan @ Joehari Manan, Datuk Arthur Sen, Datuk Norazlinah Arif, Datuk Lahirul Latigu, Noorazmahirah Noorzain dan Mohd IsquzawanIsraq Arsit. 

Setiausaha politik lain ialah Dr Bonaventure Boniface (Kementerian Kerja Raya dan Utiliti), Johari @ Joe Suhaimin (Kementerian Kewangan), Carlyle Lajimin (Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan), Abd Wahid Abd Razak (Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Justinus Jalang (Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi), M. Aziriansyah Ali (Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif), Sabili Ahunang (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Marius Masain (Kementerian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Raimie Unggi (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Herbert Roger (Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan). 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has instructed the 18  newly appointed Political Secretaries to ensure information on the State Government's initiatives  and policies reaches the grassroots. 

"The duties of a political secretary are very important in our administration system. I want all  political secretaries to help the government and their respective ministers, particularly in  disseminating government policies. 

"Importantly, in providing information about the Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 which begins  next year," he said at the swearing-in ceremony of 18 political secretaries at Menara Kinabalu  near here today. 

He recalled that during the last State General Election, most of the people he met were unaware  of the initiatives and assistance provided by the government, despite being highly publicised  across all media platforms. 

He said issues like the State Government’s recognition of the Unified Examination Certificate  (UEC) and the fact that 39 of its holders have been awarded government scholarships were  unknown to the Chinese community. 

“I was surprised that many from the Chinese community did not know what the State  Government has done despite the many assistance that we have given out to the Chinese  schools and non-Muslim religious bodies. 

“I also wondered why they did not know about the assistance that had never happened in  Sabah’s history before. The (GRS-led) State Government had allocated so much to the tune of  more than RM1.3 billion for education and human capital development,” he said. 

Other assistance included free laptops, one-off university enrollment fee payment, subsidy for  university students, either domestic or in Peninsula Malaysia returning to their hometown for  holidays, assistance for those sitting for SPM examination each year, 40 units of Rumah Mesra  SMJ that would be increased to 50 units for each State constituency, and many more to improve  the livelihood of the people. 

“All these have never been done before. So, I want the political secretaries to do their part in  disseminating this information to the people on the ground. 

“We want the people to get accurate information on the initiatives taken by the State government  lest the people would accuse us of only making empty promises,” he said. 

The Chief Minister said the State Government is also considering requests from opposition  Members of the State Legislative Assembly for assistance in the form of office management  allocations. 

“As a fair government, we will consider this, subject to the discretion of the Finance Minister,” he  said. 

Hajiji also cautioned the political secretaries to refrain from abusing their positions to pursue  personal agendas. 

“I want the political secretaries to carry out the duties entrusted to them to the best of their ability  and assist their respective minister and the government. 

“I will not hesitate to take action against those found betraying the trust given to them,” he said,  adding that they must work as a team in ensuring all the government policies are implemented  successfully. 

The new political secretaries in the Chief Minister’s Department are Azrul Ibrahim (Chief Political  Secretary), Datuk Effendi Mohamed Sunoh, Datuk Mazlan @ Joehari Manan, Datuk Arthur Sen,  Datuk Norazlinah Arif, Datuk Lahirul Latigu, Noorazmahirah Noorzain and Mohd Isquzawan  Israq Arsit. 

The other political secretaries are Dr Bonaventure Boniface (Works and Utilities Ministry), Johari  @ Joe Suhaimin (Finance Ministry), Carlyle Lajimin (Industrial, Entrepreneurship and Transport  Ministry), Abd Wahid Abd Razak (Local Government and Housing Ministry), Justinus Jalang  (Education, Science, Technology and Innovation Ministry), M Aziriansyah Ali (Youth, Sports  Development and Creative Economy Ministry), Sabili Ahunang (Rural Development Ministry),  Marius Masain (Women, Health and People’s Wellbeing Ministry), Datuk Raimie Unggi (Tourism,  Culture and Environment Ministry) and Herbert Roger (Agriculture, Fisheries and Food Industry  Ministry). 

Ends