GLC negeri gagal tunjuk prestasi lima tahun berturut-turut berdepan penutupan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didapati gagal menunjukkan prestasi  selama lima tahun berturut-turut akan dikaji semula dan berdepan kemungkinan arahan  penutupan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Ketua Menteri berkata mana-mana GLC yang gagal mencatat keuntungan selama lima tahun  berturut-turut akan dikaji oleh Jawatankuasa Perunding dan Pengawasan Badan Berkanun  Negeri dan Syarikat Kerajaan Negeri (JPP-KKNS). 

“Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan penutupan sekiranya  GLC berkenaan tidak menunjukkan sebarang prospek untuk pulih,” katanya ketika majlis  penyampaian dividen dan sumbangan GLC serta badan berkanun di Menara Kinabalu, di sini,  hari ini. 

Menurut Hajiji, setiap badan berkanun dan GLC bertanggungjawab mematuhi kadar  pembayaran dividen minimum sedia ada iaitu 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai. 

“Ini merupakan ketetapan yang telah lama digariskan dan saya menjangkakan semua GLC  menunjukkan disiplin kewangan serta komitmen penuh dalam memenuhi kewajipan ini. 

“Selain itu, bermula tahun hadapan, saya juga mahu melihat peningkatan tahap sumbangan  tahunan daripada GLC, antara sekitar RM2 juta hingga RM10 juta, bergantung kepada  keupayaan dan prestasi syarikat,” katanya. 

Hajiji menegaskan semula bahawa Kerajaan Negeri akan melaksanakan rombakan terhadap  pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC bagi memperkukuh tadbir urus korporat dan  kebertanggungjawaban, selain menyuntik kepimpinan baharu ke dalam syarikat-syarikat  tersebut. 

“Kerajaan Negeri menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu, namun rombakan perlu  dilakukan bagi memastikan transformasi yang berkesan dan mampan,” katanya. 

“Untuk maju ke hadapan, kita mahu meningkatkan prestasi GLC selaras dengan matlamat  Sabah Maju Jaya 2.0. Objektif utama kita adalah menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi  yang cekap dan dipercayai menerusi pengurusan yang berwibawa bagi menjana pendapatan  dan nilai yang lebih tinggi untuk rakyat dan negeri,” katanya. 

Beliau turut mengulangi bahawa bermula tahun hadapan, semua ketua pegawai eksekutif,  pengurus besar kumpulan dan pengurus besar GLC serta badan berkanun diwajibkan  mengemukakan laporan prestasi bertulis suku tahunan terus kepadanya. 

“Laporan tersebut mesti merangkumi kemajuan projek, status kewangan, pencapaian Petunjuk  Prestasi Utama (KPI) serta tahap kecekapan operasi. Mana-mana pihak yang gagal  mengemukakan laporan, tidak mencapai KPI atau menunjukkan prestasi tidak memuaskan akan 

disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan diganti atau ditamatkan perkhidmatan,”  katanya. 

Berdasarkan laporan semasa, katanya, prestasi keseluruhan GLC masih berada pada tahap  sederhana, dengan jumlah dividen dan sumbangan yang dibayar kepada Kerajaan Negeri  berjumlah RM125.3 juta berbanding jumlah tertinggi yang direkodkan pada 2022 iaitu RM156.31  juta. 

“Walaupun angka ini menunjukkan sumbangan masih positif, saya percaya potensi sebenar  agensi milik kerajaan adalah jauh lebih besar daripada apa yang telah dicapai setakat ini,”  katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri menuntut standard integriti kewangan yang tinggi, pelaksanaan  yang telus serta kebertanggungjawaban. 

“Bagi mencapai matlamat ini, saya mahu semua ahli lembaga pengarah dan pengurusan  tertinggi bekerja sebagai satu pasukan yang padu dalam membuat keputusan dan merangka  strategi. 

“Saya yakin dengan hala tuju perniagaan yang dikemas kini, tadbir urus korporat yang berdisiplin  serta kerjasama erat antara lembaga pengarah dan pengurusan, semua agensi mampu  melangkah lebih jauh, meningkatkan pulangan kepada Kerajaan Negeri dan akhirnya memberi  manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya. 

Hajiji turut menekankan kepentingan memiliki pasukan kepimpinan yang dinamik, profesional  dan berorientasikan hasil bagi mengharungi era baharu yang didorong oleh pelaburan strategik,  pendigitalan, tenaga baharu dan pembangunan sosial. 

“Langkah yang diambil ini bukan sekadar untuk menukar kepimpinan, tetapi merupakan usaha  menyeluruh bagi memastikan GLC lebih berdaya saing dan bersedia menerajui agenda  pembangunan baharu Sabah,” katanya. 

Beliau berkata sudah tiba masanya Sabah meneroka bidang strategik baharu seperti  Kecerdasan Buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, teknologi data serta sektor sektor lain yang relevan dengan pertumbuhan global. 

Ketua Menteri turut mengalu-alukan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) supaya setiap agensi melantik Pegawai Integriti Bertauliah atau menubuhkan Unit  Integriti sebagai mekanisme pemantauan dalaman. 

“Langkah ini akan memastikan budaya kerja yang lebih bersih, telus dan bertanggungjawab  dalam keseluruhan organisasi,” katanya. 

Kemudian Ketua Menteri menerima replika cek daripada pelbagai GLC dan Badan Berkanun  Negeri berjumlah RM131.6 juta dengan SMJ Energy Sdn Bhd pembayar dividen terbesar  bernilai RM50 juta dan RM 1 juta sumbangan untuk Jawatankuasa Bencana Alam Negeri. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Government-linked companies (GLCs) found not performing for five  consecutive years will be placed under review and may face a shutdown order, said Chief  Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

The Chief Minister said any GLC failing to register a profit for five consecutive years would  be scrutinised by the State Government Companies and Statutory Bodies Monitoring and  Consultant Committee (JPP-KKNS). 

"The State Government will not hesitate to issue a shutdown order if the GLC concerned  does not show any prospect of recovering," he said at the GLC and statutory bodies dividend  and contribution presentation at the Menara Kinabalu near here today. 

According to Hajiji, every statutory body and GLC is responsible for complying with the  existing minimum dividend payment rate of 10 per cent of profit after tax.  

"This is a long-established requirement, and I expect all GLCs to demonstrate financial  discipline and full commitment in fulfilling this obligation. 

"In addition, beginning next year, I also want to see an increase in the annual contribution  levels from GLCs, ranging from around RM2 million to RM10 million, depending on the  company's capacity and performance," he said. 

Hajiji reaffirmed that the State Government would be conducting a revamp of GLCs'  chairmen and board members to strengthen corporate governance and accountability, as  well as inject new leadership into these companies. 

"The State Government appreciates the contribution of the past leadership, however, a  revamp is necessary to ensure an effective and sustainable transformation," he said. 

"Going forward, we want to improve the performance of GLCs in line with the Sabah Maju  Jaya 2.0 goals. Our main objective is to turn GLCs into an efficient and trusted economic  catalyst through credible management to generate higher income and value for the people  and state," he said. 

He also reiterated that starting next year, all chief executive officers, group general  managers and general managers of GLCs and statutory bodies must submit quarterly  written performance reports directly to him. 

"The report must include project progress, financial status, achievement of Key Performance  Indicators (KPIs), and the level of operational efficiency. Any party that fails to submit the report, does not meet the KPIs, or demonstrates unsatisfactory performance will have their  position reviewed, including the possibility of replacement or termination of service," he said. 

Based on the current report, he said the overall performance of GLCs is still at a medium  level, with total dividends and contributions paid to the State Government at RM131.6 million  compared with the highest recorded in 2022 at RM156.31 million. 

"Although these figures indicate that the contributions remain positive, I believe the true  potential of government-owned agencies is far greater than what has been achieved so far,"  he said. 

Hajiji said the State Government demands a high standard of financial integrity, transparent  implementation, and accountability.  

"To achieve this goal, I want all members of the board of directors and top management to  work as a cohesive team in decision-making and strategic planning.  

"I am confident that with an updated business direction, disciplined corporate governance,  and close cooperation between the board and management, all agencies will be able to go  further, increase returns to the state government, and ultimately deliver direct benefits to the  people," he said. 

Hajiji stressed the importance of having a leadership team that is dynamic, professional and  results-oriented to sail into a new era spurred by strategic investments, digitalisation, new  energy and social development.  

"Steps that are being taken not just to change leadership but also a comprehensive effort to  ensure GLCs are more competitive and ready to lead Sabah's new development agenda,"  he said. 

Hajiji said it was also time for Sabah to start venturing into new strategic fields such as  Artificial Intelligence (AI), renewable energy, aerospace, data technology, and other sectors  relevant to global growth. 

The Chief Minister also welcomed the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)  recommendation that each agency appoint a Certified Integrity Officer or establish an  Integrity Unit as an internal oversight mechanism. 

"This will ensure a cleaner, more transparent and responsible work culture within the whole  organisation," he said.  

Later, the Chief Minister received cheque replicas from the various GLCs and statutory  bodies totalling RM131.6 million with the biggest from SMJ Energy Sdn Bhd, which paid a  dividend of RM50 million and RM1 million contribution to the State Natural Disaster  Committee. 

Ends