Sabah yakin hak geran khas 40 peratus akan dimuktamadkan tidak lama lagi (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin bahawa hak geran khas 40 peratus untuk Sabah akan dimuktamadkan tidak lama lagi berikutan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Kita percaya bahawa hubungan yang rapat dan kukuh bukan sahaja perlu, malah penting untuk memastikan kemajuan berterusan. Ini termasuk perkara berkaitan kedaulatan, keselamatan, perpaduan dan kenegaraan.
“Walaupun kita memperjuangkan hak-hak Sabah, kita tidak boleh lupa tanggungjawab kita untuk menjaga kepentingan negara,” tegasnya.
“Saya yakin hubungan yang kukuh akan membawa banyak manfaat, termasuklah pemuktamadan obligasi Kerajaan Persekutuan berkaitan pembayaran hak hasil 40 peratus untuk Sabah, yang kita harap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi demi kebaikan bersama,” katanya pada program Sentuhan Madani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.
Ketua Menteri turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk menunaikan tanggungjawab serta mengangkat martabat Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Matlamat utama kita adalah memacu kemajuan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Setiap perancangan yang dilaksanakan mesti memberi tumpuan kepada kesejahteraan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan,” tambahnya.
Beliau berkata, mulai tahun depan, dasar pembangunan Sabah akan dipandu oleh pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ini termasuk penubuhan tiga taman perindustrian baharu — Taman Perindustrian Industri Ekonomi Biru di Kudat, Taman Perindustrian Minyak dan Gas di Beaufort, serta Taman Perindustrian Teknologi Tinggi dan Semikonduktor antara Kota Belud dan Kota Marudu bagi menampung minat pelabur yang semakin meningkat.
Mengulangi komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan rakyat Sabah, Hajiji mengumumkan penambahbaikan program kebajikan sosial. Ini termasuk pembinaan 50 unit Rumah Mesra SMJ bagi setiap kawasan DUN untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, di samping bantuan kewangan bulanan RM300 untuk 100,000 penerima tahun depan.
Beliau berkata, bantuan kewangan baharu untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas tanpa pendapatan tetap, serta insentif pembiayaan deposit rumah pertama juga akan diperkenalkan.
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan menggandakan usaha menaik taraf infrastruktur asas, dengan peruntukan lebih RM1.2 bilion bagi bekalan air, dengan pelaksanaan secara berfasa bermula pertengahan tahun depan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas peruntukan RM765 juta bagi menyiapkan Projek Sabah Southern Link, yang akan menghubungkan grid elektrik Pantai Barat ke Pantai Timur bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut.
Hajiji turut memuji pasukan keselamatan atas kerja cemerlang mereka dalam mengekalkan ketenteraman awam sepanjang pilihan raya baru-baru ini.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor is confident that Sabah's 40 per cent special grant entitlement will be finalised soon, due to the good relations between the State and Federal governments.
"We believe that a close and strong relationship is not only necessary but vital for continuous progress. This includes matters of sovereignty, security, unity, and nationhood.
“While we advocate for Sabah's rights, we must not forget our responsibility to safeguard national interests,” he stressed.
"I am confident that a strong relationship will bring many benefits, including the finalisation of the Federal Government's obligation regarding the 40 per cent revenue entitlement payment for Sabah, which we hope can be finalised soon for our mutual benefit," he said at the Sentuhan Madani programme, officiated by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, at the Sabah International Convention Centre (SICC) on Saturday.
The Chief Minister highlighted the State Government's commitment to fulfilling its responsibilities and elevating Sabah's status over the next five years.
"Our primary goal is to drive economic progress and improve the well-being of our people. Every plan we implement must focus on their prosperity, whether directly or indirectly, through economic advancement and employment opportunities,” he added.
He said, beginning next year, Sabah's development policy will be guided by the Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 plan. This will include the establishment of three new industrial parks - an Industrial Park for the Blue Economy Industry in Kudat, an Oil and Gas Industrial Park in Beaufort and an Industrial Park for High Technology and Semiconductors between Kota Belud and Kota Marudu to accommodate increasing investor interest.
Reiterating the State Government's dedication to protecting Sabahans' interests, Hajiji announced enhanced social welfare programs. These include the construction of 50 Rumah Mesra SMJ units for each state constituency to assist the poor and hardcore poor, alongside RM300 monthly financial assistance for 100,000 recipients next year.
He said new financial assistance for senior citizens aged 60 and above without a fixed income, and a deposit financing incentive for first-time homebuyers will also be introduced.
The Chief Minister said State Government will intensify efforts to upgrade basic infrastructure, allocating over RM1.2 billion for water supply, with phased completion starting middle of next year.
He also extended his appreciation to the Prime Minister for the RM765 million allocation to complete the Sabah Southern Link Project, which will connect the West Coast electrical grid to the East Coast to resolve power disruptions there.
Hajiji commended the security forces for their exemplary work in maintaining public order during the recent election.
Ends
