KM yakin kabinet baharu pacu kemajuan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin setiap  ahli Jemaah Menteri yang telah dilantik memiliki pengalaman dan kemampuan untuk  memimpin kementerian masing-masing ke arah kemajuan lebih cemerlang bagi negeri  Sabah. 

Beliau berkata, kabinet baharu turut perlu memastikan kesinambungan pelaksanaan  program pembangunan seperti yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Hala  Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. 

Merakamkan ucapan tahniah kepada semua menteri yang baharu dilantik, Hajiji  mengingatkan bahawa tanggungjawab yang dipikul amat besar dan perlu dilaksanakan  dengan penuh dedikasi serta integriti. 

Katanya, para menteri harus berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah tanpa mengira  latar belakang, selain memastikan amanah yang diberikan ditunaikan sepenuhnya. 

Hajiji berkata demikian pada sidang media di Sri Gaya petang ini, selepas upacara  angkat sumpah Jemaah Menteri baharu Negeri Sabah yang diadakan di Istana Seri  Kinabalu.  

Teks sidang media beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri  Panglima Dr. Joachim Gunsalam. 

Menurutnya, majlis tersebut membawa makna besar kerana ia memperkukuh iltizam  kerajaan negeri untuk terus berkhidmat demi kepentingan rakyat dan masa depan  Sabah. 

Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri  yang dilantik dalam Kabinet baharu. Barisan kepimpinan itu terdiri daripada: 

Ketua Menteri: YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (GRS). Timbalan Ketua Menteri (TKM): 

TKM 1: Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam (GRS). 

TKM 2: Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (GRS).

TKM 3: Datuk Ewon Benedick (UPKO). 

Menteri Kerja Raya dan Utiliti: Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (GRS) Menteri Kewangan: Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (GRS) 

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan: Datuk Ewon Benedick  (UPKO) 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan: 

Datuk Arifin Arif (GRS) 

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan: Datuk Jamawi Jaafar (PH) Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Rubin Balang (GRS) 

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk James Ratib (GRS) Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar: Datuk Jafry Ariffin (BN) Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat: Datuk Julita Mojungki (GRS) 

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif: Datuk Nizam  Titingan (GRS) 

Tamat