Sabah pacu Ekonomi Biru melalui Inisiatif Blue Financing bersama Maybank (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Sabah melakar satu lagi sejarah penting dalam pembangunan ekonomi mampan, apabila Kerajaan Negeri memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Blue Financing bersama Maybank Group Global Banking bagi memperkukuh pelaksanaan agenda Ekonomi Biru di negeri ini.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Isnin, menandakan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai peneraju utama dalam pembangunan ekonomi berasaskan sumber laut dan maritim di rantau ini.
Menurut Hajiji, MoU ini merupakan langkah penting memperkenalkan Pembiayaan Mampan Berasaskan Ekonomi Biru (Blue Financing) yang akan membuka akses kepada kemudahan kewangan bagi projek, kajian dan syarikat yang memberi impak positif kepada ekonomi serta alam sekitar, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Melalui kerjasama ini, Maybank bukan sahaja menyediakan kemudahan kewangan, tetapi turut memberi khidmat nasihat, pemantauan serta jaringan industri bagi membantu pelaksanaan projek-projek ekonomi biru di Sabah,” katanya.
Katanya, pembiayaan biru berperanan sebagai pemangkin transformasi Ekonomi Biru melalui penerapan teknologi tinggi, pembangunan hab penyelidikan dan pembangunan (R&D), harta intelek (IP), pewujudan peluang pekerjaan serta pengukuhan daya saing ekonomi negeri.
Hajiji berkata, Sabah memiliki garis pantai sepanjang 2,383 kilometer dan kawasan perairan yang luas, menjadikannya antara negeri paling berpotensi membangunkan ekonomi berasaskan laut di Malaysia.
“Namun, potensi besar ini belum dimanfaatkan sepenuhnya sebelum ini. Maka, Dasar Ekonomi Biru Sabah diperkenalkan untuk mempelbagaikan struktur ekonomi negeri dan memastikan pembangunan yang mampan serta inklusif,” katanya.
Beliau menegaskan, kerjasama strategik dengan Maybank ini akan membantu menjadikan Sabah hab Ekonomi Biru yang progresif dan mampan, seterusnya memberi manfaat langsung kepada rakyat dan komuniti pesisir melalui peningkatan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan.
Sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan dasar berkenaan, Hajiji berkata kerajaan negeri menubuhkan Majlis Ekonomi Biru Sabah (MEBS) pada 16 Jun lalu sebagai platform penyelarasan utama bagi dasar dan strategi pelaksanaan ekonomi biru.
Penubuhan MEBS itu, katanya, membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memacu potensi laut dan sumber maritim negeri secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi, sejajar aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Beliau turut menyorot kejayaan pelaksanaan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Alpha Ocean Resources Berhad (AORB) bagi membangunkan Pelabuhan Bertaraf Kesatuan Eropah (EU) khusus untuk pendaratan ikan tuna dan hasil laut dalam — satu langkah penting dalam memperkukuh nilai tambah industri perikanan negeri.
Selain itu, Hajiji berkata pewujudan Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat akan menjadi pemangkin kepada pelaburan teknologi marin, tenaga boleh diperbaharui dan pemprosesan makanan laut bernilai tambah tinggi.
Beliau turut mengingatkan kejayaan Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024 yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta dari dalam dan luar negara, sebagai bukti bahawa Sabah kini diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang pembangunan ekonomi biru.
Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Maybank atas kepercayaan dan komitmen mereka dalam merealisasikan inisiatif Blue Financing di Sabah.
“Saya menyeru kepada semua usahawan muda dan pemain industri agar turut bersama kerajaan negeri dalam menjayakan agenda ini. Jadikan Blue Financing sebagai pemangkin transformasi ekonomi biru Sabah demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Sabah has marked another significant milestone in sustainable economic development as the State Government signed a Memorandum of Understanding (MoU) on Blue Financing with Maybank Group Global Banking to strengthen the implementation of the Blue Economy agenda in the state.
The signing ceremony, witnessed by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, was held at the Banquet Hall, Menara Kinabalu, on Monday signifying the State Government’s commitment to positioning Sabah as a regional leader in marine and ocean-based economic development.
According to Hajiji, the MoU represents an important step in introducing Sustainable Blue Economy Financing, which will open access to financial facilities for projects, research, and companies that generate positive economic and environmental impacts, including micro, small, and medium enterprises (MSMEs).
“Through this collaboration, Maybank not only provides financial facilities but also offers advisory services, monitoring, and industry networking to support the implementation of Blue Economy projects in Sabah,” he said.
He added that blue financing serves as a catalyst for transforming the Blue Economy through the application of advanced technologies, the development of research and development (R&D) hubs, intellectual property (IP) creation, job opportunities, and enhanced economic competitiveness for the state.
Hajiji noted that Sabah, with its 2,383-kilometre coastline and vast marine areas, is among the states with the highest potential for developing a sea-based economy in Malaysia.
“However, this great potential has not been fully utilised before. Therefore, the Sabah Blue Economy Policy was introduced to diversify the state’s economic structure and ensure sustainable and inclusive development,” he said.
He emphasised that the strategic collaboration with Maybank will help transform Sabah into a progressive and sustainable Blue Economy hub, bringing direct benefits to local communities and coastal populations through increased economic activities and job opportunities.
To further strengthen policy implementation, Hajiji said the State Government established the Sabah Blue Economy Council (MEBS) on June 16 as the main coordination platform for Blue Economy policies and strategies.
He added that the establishment of MEBS demonstrates the government’s strong commitment to harnessing the state’s marine and ocean resources in a structured, integrated, and high-impact manner in line with the aspirations of the Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan.
Hajiji also highlighted the success of the Memorandum of Agreement (MoA) between the Kota Kinabalu City Hall (DBKK) and Alpha Ocean Resources Berhad (AORB) to develop an EU-standard port dedicated to tuna and deep-sea fish landings, a key step in enhancing the value-added potential of Sabah’s fisheries industry.
In addition, he said the establishment of the Blue Economy Industrial Park in Kudat will serve as a catalyst for investments in marine technology, renewable energy, and high value seafood processing.
He also noted the success of the Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024, which attracted over 4,000 participants from both local and international sectors proving that Sabah is now globally recognised in Blue Economy development.
Hajiji expressed his appreciation to Maybank for their trust and commitment in realising the Blue Financing initiative in Sabah.
“I call upon all young entrepreneurs and industry players to join hands with the State Government in advancing this agenda. Let Blue Financing be the catalyst for Sabah’s Blue Economy transformation for the well-being of future generations,” he said.
Ends
