Hajiji: Kejayaan program Felo SMJ terbukti (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri telah berjaya membuka laluan kepada anak muda Sabah untuk berkembang dan menyumbang secara langsung kepada ekosistem pembangunan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Program Felo SMJ merupakan platform penting bukan hanya untuk membina pengalaman, tetapi membentuk jati diri, integriti dan ciri-ciri kepimpinan unggul.
“Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri dalam kerangka Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang mana pembangunan modal insan adalah nadi utama dalam membina masa depan negeri yang mampan dan berdaya saing.
“Ini adalah antara inisiatif yang diambil kerajaan negeri hari ini untuk membangunkan anak-anak muda dan golongan belia di negeri ini,” katanya pada majlis penyampaian watikah Felo SMJ 4.0 kepada 42 anak muda yang menyertai program Felo SMJ, di Menara Kinabalu hari ini.
“Kita tidak hanya mahu melahirkan pemimpin yang cemerlang dari segi ilmu dan kemahiran, tetapi yang lebih penting, pemimpin yang berjiwa rakyat, yang mampu menyelami denyut nadi komuniti, yang membawa suara rakyat ke meja dasar, dan menjulang semangat cintakan negeri ini melebihi kepentingan diri.
“Harapan saya, agar para felo ini akan menjadi sumbu perubahan, menyemarakkan obor kepimpinan yang ikhlas, berani dan berpandangan jauh demi Sabah yang lebih maju, bersatu dan berjaya,” katanya.
Beliau menyeru Felo SMJ untuk menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mengetahui dunia sebenar pentadbiran Kerajaan negeri, fahami bagaimana dasar dilakar, keputusan digubal, dan bagaimana jentera kerajaan digerakkan untuk rakyat.
“Jadikan tempoh sebagai Felo ini sebagai medan kepimpinan yang mana ia menjadi tempat membina disiplin, empati, wawasan dan keberanian. Letakkan integriti sebagai teras diri.
“Ambillah peluang ini untuk membuktikan bahawa anak muda mampu mengemukakan idea bernas, menawarkan solusi berani, dan memimpin dengan tindakan yang berkesan,” katanya.
Hajiji berkata golongan belia bukan hanya sekadar pelapis, tetapi adalah aset penting yang menjadi pewaris masa depan yang sedang dibentuk hari ini.
“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Felo SMJ. Jadikan pengalaman ini permulaan kepada perjalanan kepimpinan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri ini. Harapan saya semoga generasi muda ini menjadi penerus kepimpinan yang membawa Sabah ke arah masa depan yang lebih cemerlang,” katanya.
Beliau juga memuji semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengambil bahagian dalam program Felo SMJ kerana sentiasa komited dan konsisten dalam menyokong pembangunan modal insan di negeri Sabah.
“Saya dimaklumkan dalam pelaksanaan program Felo Sabah Maju Jaya kali ini sebanyak 20 GLC terlibat berbanding hanya 10 GLC sebelum ini. Peningkatan ini bukan sekadar angka ia adalah manifestasi kepercayaan dan sokongan teguh yang menggambarkan kesepakatan kukuh antara kerajaan negeri dan GLC dalam melahirkan barisan pemimpin muda Sabah pada masa depan.
“Saya juga dimaklumkan bahawa ramai dalam kalangan felo ini telah ditawarkan peluang untuk menyertai GLC masing-masing selepas tamat program. Ia merupakan satu perkembangan yang membanggakan,” katanya.
Hajiji melihat usaha berterusan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dalam merangka dan melaksanakan program yang menjadi medan penting dalam mengasah bakat kepimpinan, membina daya saing serta mempersiapkan generasi pelapis negeri Sabah sebagai satu usaha yang amat baik.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The Sabah Maju Jaya (SMJ) Fellowship programme initiated by the State Government has succeeded in opening up the path for young Sabahans to grow and contribute directly to the state’s development ecosystem, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“The SMJ Fellowship is an important platform not only for building experience but also for shaping identity, integrity, and outstanding leadership qualities.
“This aligns with the State Government’s commitment under the Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan framework, in which human capital development is the core driver in building a sustainable and competitive future for the state.
“This is among the initiatives undertaken by the State Government today to develop the youth and young generation in Sabah,” he said at the presentation of appointment letters to 42 young Sabahans taking part in the SMJ Fellowship 4.0 batch programme at Menara Kinabalu today.
“We do not only aim to produce leaders who excel in knowledge and skills, but more importantly, we strive to develop leaders with a genuine empathy for the people. These leaders will grasp the pulse of the community, elevate the people’s voices in policy discussions, and prioritise the spirit of love for the state above personal interests."
“My hope is that these fellows will become the catalyst for change, igniting the flame of sincere, courageous, and visionary leadership for a more advanced, united, and successful Sabah,” he said.
He urged the SMJ Fellows to make the most of this opportunity and experience the real world of State Government administration, understand how policies are crafted, decisions made, and how the machinery of government is mobilised for the people.
“Make this fellowship a leadership arena. A place to build discipline, empathy, vision, and courage. Let integrity be the core of who you are.
“Take this opportunity to prove that young people are capable of presenting brilliant ideas, offering bold solutions, and leading with effective action,” he said.
Hajiji said that youths are not merely successors, but important assets and heirs to the future that is being shaped today.
“I would like to wish all SMJ Fellows every success. Let this experience mark the beginning of a leadership journey that will benefit the people and the state. My hope is that this young generation will continue the legacy of leadership that will bring Sabah toward a brighter future,” he said.
He also commended all government-linked companies (GLCs) that participated in the SMJ Fellowship programme for their continued commitment and consistency in supporting human capital development in Sabah.
“I was informed that in this round of the SMJ Fellowship programme, a total of 20 GLCs are involved, compared to only 10 previously. This increase is not just a number but it is a manifestation of trust and strong support that reflects the solid cooperation between the State Government and GLCs in nurturing Sabah’s next generation of young leaders.
“I was also informed that many of these fellows have been offered opportunities to join their respective GLCs after completing the programme. This is indeed an encouraging development,” he said.
Hajiji viewed the continuous efforts by the Sabah Ministry of Youth and Sports (KBSS) in designing and implementing programmes that serve as important platforms for sharpening leadership talent, building competitiveness, and preparing the next generation of Sabah’s successors as a highly commendable initiative.
Ends
