BigSabah Sale, platform memperkukuh ekonomi Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor menyatakan harapan bahawa inisiatif seperti BigSabah Sale akan terus  memperluas akses pasaran dan mengukuhkan kedudukan Sabah dalam perdagangan  serantau dan antarabangsa 

“Saya berharap platform seperti BigSabah Sale akan terus memupuk kerjasama  komersial dan memperkukuh integrasi ekonomi Sabah dengan BIMP-EAGA serta  koridor Asia-Pasifik,” katanya. 

Berucap pada majlis perasmian BigSabah Sale di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Sabah (SICC) di sini hari ini, Hajiji berkata, kerjasama yang kukuh dan bermakna  menjadi pemangkin kepada pertumbuhan komersial Sabah. 

“Kerajaan Negeri menghargai kerjasama dengan pihak industri yang sokongannya telah  membolehkan peluasan perdagangan, pengembangan pasaran dan pembangunan  perniagaan untuk usahawan tempatan. 

“Kehadiran pempamer antarabangsa dan pembeli yang dijemput hari ini mencerminkan  keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi Sabah sebagai pintu masuk  perdagangan di Asia Timur ASEAN,” katanya. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi  Manjun. 

Beliau berkata, BigSabah Sale mencerminkan kemajuan berterusan Sabah dalam  membangunkan ekonomi yang dinamik dan saling berhubung. 

Katanya, acara ini menonjolkan kepentingan penyertaan perusahaan, kolaborasi  industri dan kerjasama serantau sebagai pemacu utama pertumbuhan mampan. 

Hajiji menambah bahawa melalui inovasi, kelestarian dan kerjasama pintar, Sabah  sedang berubah secara berperingkat menjadi destinasi perniagaan dan pelaburan  bernilai tinggi. 

“Saya menggalakkan semua pempamer, usahawan dan pelabur untuk memanfaatkan  peluang ini sepenuhnya — bentuklah kerjasama baharu, terokai ekosistem produk  baharu dan gerakkan idea-idea baharu,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri mengiktiraf acara perniagaan sebagai pemangkin  aktiviti ekonomi dan pemacu strategik kepada keterhubungan perdagangan. 

“Pada November 2022, Kerajaan Negeri menubuhkan Sabah Convention Bureau (SCB)  bagi meningkatkan daya saing Sabah dalam bidang mesyuarat, insentif, persidangan  dan pameran (M.I.C.E). 

“Melalui kerjasama dengan pemain industri, SCB terus memainkan peranan penting  dalam memperkukuh ekosistem acara perniagaan dengan menarik program industri dan  meningkatkan keterlihatan Sabah dalam landskap acara global,” katanya. 

Beliau berkata, acara perniagaan merupakan enjin peluang yang berkuasa kerana ia  menjana aktiviti ekonomi bukan sahaja untuk sektor hospitaliti dan runcit, tetapi juga  logistik, pertanian, teknologi dan pembuatan. 

“Yang tidak kurang pentingnya, ia turut memperkukuh rantaian bekalan tempatan dan  pembangunan bakat,” katanya. 

Tiga belas negara — Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, China, Hong  Kong, Taiwan, Korea Selatan, India, Turki, Mesir dan Pakistan — mengambil bahagian  dalam BigSabah Sale tahun ini. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor expressed  hope that initiatives like the BigSabah Sale will further expand market access and  strengthen Sabah’s position in both regional and international trade. 

"I hope platforms such as the BigSabah Sale will continue to foster commercial  partnerships and reinforce Sabah's economic integration with BIMP-EAGA and the Asia Pacific corridor," he said. 

Speaking at the opening ceremony of the BigSabah Sale at the Sabah International  Convention Centre here today, Hajiji said strong and meaningful partnerships drive  Sabah's commercial growth. 

"The State Government values collaboration with industry stakeholders whose support  has enabled wider trade facilitation, market expansion and business development for  local entrepreneurs.  

"The presence of international exhibitors and hosted buyers today reflects growing  confidence in Sabah's potential as a trading gateway in East ASEAN," he said. 

His speech was delivered by Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. 

He said the BigSabah Sale exemplified Sabah's ongoing progress in cultivating a  dynamic, well-connected economy.  

He said it highlighted the importance of enterprise participation, industry collaboration,  and regional cooperation as key drivers of sustainable growth. 

Hajiji added that through innovation, sustainability, and smart collaboration, Sabah is  steadily transforming into a high-value business and investment destination.  

"I encourage all exhibitors, entrepreneurs, and investors to maximise this opportunity - form new partnerships, explore new product ecosystems and drive new ideas," he said. 

He said the State Government recognises business events as a catalyst for economic  activity and a strategic driver of trade connectivity.  

"In November 2022, the State Government established the Sabah Convention Bureau  (SCB) to elevate Sabah's competitiveness in meetings, incentives, conferences, and  exhibitions (M.I.C.E).  

"Through collaboration with industry players, the SCB continues to play a vital role in  enhancing the business events ecosystem by attracting industry programmes and  enhancing Sabah's visibility in the global events landscape," he added. 

“Business events are powerful engines of opportunity, as they generate economic  activity not only for the hospitality and retail sectors, but also for logistics, agriculture,  retail, technology, and manufacturing.  

"Equally important, they strengthen local supply chains and talent growth," he said. 

Thirteen countries — Brunei, Indonesia, the Philippines, Thailand, Singapore, China,  Hong Kong, Taiwan, South Korea, India, Turkey, Egypt, and Pakistan — are  participating in this year's BigSabah Sale. 

Ends