Penguasaan bahasa kebangsaan sentiasa diberi keutamaan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Penguasaan bahasa kebangsaan sentiasa menjadi perkara yang  diberi keutamaan oleh kerajaan kerana ia memainkan peranan penting dalam  menyatukan rakyat serta membentuk jati diri bangsa Malaysia. 

Justeru, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Dewan Bahasa dan  Pustaka (DBP) dalam mempromosi bahasa kebangsaan di Sabah, kata Ketua Menteri  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji haji Noor. 

Ketua Menteri berkata ini termasuk memperkukuh ekosistem bahasa, sastera dan  penerbitan di negeri ini melalui pelbagai bentuk kolaborasi strategik, serta dalam bidang  penerbitan ilmiah, pengembangan bakat penulis muda dan penyelidikan bahasa dan  dialek tempatan Sabah. 

"Saya berharap agar sinergi ini akan terus diperkukuh supaya Sabah menjadi antara  negeri terkehadapan dalam pemupukan budaya ilmu dan penggunaan bahasa  kebangsaan yang cemerlang," katanya sempena pelancaran Bulan Bahasa  Kebangsaan di Dewan Amil Jaya, DBP cawangan Sabah hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Speaker Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya. 

Ketika membentangkan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegaskan komitmen beliau supaya penggunaan bahasa Melayu diperkukuhkan,  katanya. 

Hajiji berkata penganjuran Bulan Bahasa Kebangsaan wajar diteruskan sebagai  wahana untuk menyemai rasa cinta terhadap bahasa serta memperkukuh perpaduan  rakyat pelbagai kaum. 

"Pelbagai usaha dibuat termasuk program ini bukan saja untuk menjadikan Bahasa  Melayu sebagai alat komunikasi penting tetapi juga bahasa ilmu, budaya dan  perpaduan.  

"Ini sudah tentu akan membantu memastikan rakyat berbilang bangsa di negara ini  terus menguasai bahasa kebangsaan ini," katanya 

Hajiji berharap melalui pelbagai program yang diadakan bersempena dengan Bulan  Bahasa Kebangsaan ini, ia dapat mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap  

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara; mengeratkan serta memperkukuh  perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan; serta  menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai tonggak  pembinaan tamadun bangsa dan negara. 

"Saya juga amat menyambut baik penganjuran Karnival Bahasa Jiwa Bangsa yang  diadakan bersempena dengan kempen Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri  Sabah, sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini. 

"Usaha sebegini menunjukkan bahawa bahasa Melayu terus hidup dan subur dalam  jiwa rakyat Sabah, dan menjadi simbol perpaduan, keilmuan, dan kemajuan kita melalui  bahasa yang mempersatukan bangsa. 

"Penglibatan pelbagai pihak dari peringkat pelajar hinggalah masyarakat awam, sesuai  demi memastikan roh dan jiwa “Bahasa Jiwa Bangsa” dirasai oleh setiap lapisan  masyarakat," katanya. 

Beliau berharap dengan segala usaha yang dilaksanakan ini, generasi muda akan terus  mencintai bahasa kebangsaan selain menguasai pelbagai bahasa lagi. 

"Saya yakin melalui kerjasama erat antara DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan  kerajaan negeri, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan terus diperkukuh,  seiring dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Mastery of the national language has always been a priority of the  government because it plays an important role in uniting the people and shaping the  identity of the Malaysian nation. 

Hence, the State Government will continue to work closely with the Dewan Bahasa dan  Pustaka (DBP) to promote the national language in Sabah, said Chief Minister Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

The Chief Minister said this includes strengthening the language ecosystem, literature and publication in the state through various forms of strategic collaboration as well as in  the areas of academic publishing, nurturing young writing talent and research on local  languages and dialects in Sabah. 

“I hope that this synergy will continue to be strengthened so that Sabah becomes one of  the leading states in fostering a culture of knowledge and excellence in the use of the  national language,” he said during the launch of the National Language Month at Dewan  Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah branch today. 

Speaker Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya delivered his speech. 

“When presenting the 2026 Budget, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim reaffirmed  his commitment to strengthening the use of the Malay language,” he said. 

Hajiji said that the organisation of the National Language Month should continue as a  platform to instil love for the language and strengthen unity among the multiracial people. 

“Various efforts have been made, including this programme, not only to make Bahasa  Melayu an important means of communication but also as a language of knowledge,  culture, and unity. 

“This will certainly help ensure that the people of various ethnic backgrounds in this  country continue to master the national language,” he said. 

Hajiji hoped that through the various programmes held in conjunction with the National  Language Month, it would help rekindle love and pride for the national and official  language of the country; strengthen unity through linguistic and literary activities; and 

highlight the function and role of the national language and literature as the pillars of  nation and civilisation building. 

“I also warmly welcome the organisation of the Bahasa Jiwa Bangsa Carnival held in  conjunction with the National Language Decade campaign at the Sabah state level, as  part of this National Language Month celebration. 

“Such efforts show that the Malay language continues to thrive and flourish in the hearts  of the people of Sabah and stands as a symbol of our unity, intellect, and progress  through a language that unites the nation. 

“The involvement of various parties, from students to the general public, is most fitting  to ensure that the spirit and essence of ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ is felt by all levels of  society,” he said. 

He also hoped that with all these efforts, the younger generation will continue to love the  national language while also mastering other languages. 

“I am confident that through the close cooperation between DBP, the Ministry of  Education Malaysia, and the State Government, efforts to uphold the national language  will continue to be strengthened, in line with the aspirations of Malaysia Madani,” he  said. 

Ends