PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH KE-16 (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
Memandangkan tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan berakhir, saya telah menghadap Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada pagi ini untuk menasihatkan pembubaran DUN Sabah.
Dengan perkenan Tuan Yang TerutamaTun, Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, Isnin 6 Oktober 2025. Ini memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17, dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka.
Keputusan ini mencerminkan komitmen kami terhadap demokrasi dan proses perlembagaan.
Sepanjang lima tahun yang lalu, kita telah bekerja dengan gigih untuk membawa perubahan dan pertumbuhan yang bermakna kepada negeri dan rakyatnya. Melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang holistik dan inklusif, kami telah menetapkan Sabah pada landasan transformasi yang jelas sejak menerajui negeri ini pada September 2020. Berpandukan tiga tonggak utamanya - Pertama, Pertanian, Industri dan Pelancongan, kedua, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, dan ketiga, Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, pelan hala tuju ini telah mencapai kemajuan yang benar.
Kami mengambil langkah berani dan bertanggungjawab untuk menangani isu lama yang diwarisi terutamanya berkaitan bekalan air dan elektrik serta infrastruktur kritikal. Tindakan konkrit dan beberapa projek besar sedang dijalankan untuk menyelesaikan cabaran yang diwarisi ini yang telah membebankan rakyat sejak sekian lama. Beberapa inisiatif telah disiapkan, sementara sebahagian yang lain sedang berjalan untuk disiapkan.
Dalam tempoh ini, Sabah telah mengukuhkan ekonominya, menarik pelaburan baharu untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meluaskan bantuan pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan sosial semua lapisan masyarakat. Pencapaian ini adalah hasil kepercayaan, sokongan dan visi bersama rakyat untuk Sabah yang lebih baik.
Namun, kerja kita belum selesai. Cabaran baharu menuntut penyelesaian yang berani, dan kita bersedia membawa Sabah ke lembaran seterusnya. Dengan pembubaran ini, kami memohon mandat baharu daripada rakyat untuk meneruskan usaha yang telahkami mulakan – membina Sabah yang lebih kukuh, lebih makmur dan bersatu untuk semua. Besar harapan saya agar keputusan pilihan raya kelak akan mengukuhkan suara rakyat, menjaga kestabilan dan keselamatan, serta memastikan kemajuan berterusan untuk Sabah tercinta.
Marilah kita bersama-sama, maju ke hadapan dengan penuh keyakinan dan tujuan.
Tamat
English Version
As the five-year term of the 16th Sabah State Legislative Assembly nears to an end, I had seek an audience with the Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman this morning, to advise for the dissolution of the current Assembly.
With the gracious consent of Tuan Yang Terutama Tun, the 16th Sabah State Legislative Assembly will be dissolved effective today Monday, 6 October 2025. This paves the way for the 17th Sabah State Elections, empowering the people of Sabah to exercise their democratic right to decide who will govern them.
This decision reflects our firm commitment to democracy and the constitutional process.
Over the past five years, we have worked tirelessly to bring meaningful change and growth to the state and its people. Through our holistic and inclusive Hala Tuju Sabah Maju Jaya Development Plan, we have set Sabah on a clear path of transformation since taking over the helm of government in September 2020. Guided by its three foundational pillars –first, Agriculture, Industry and Tourism, second, Human Capital and People’s Welfare, and third, Infrastructure Development and Green Sustainability, our Hala Tuju SMJ roadmap has delivered real progress.
We took bold and responsible steps to address long-standing legacy issues, especially in water and electricity supply and critical infrastructure. Concrete actions and major projects are underway to resolve these legacy challenges that have burdened the people for too long. Some initiatives have been completed, while others are progressing steadily toward completion.
During this term, Sabah has strengthened its economy, attracted new investments to create jobs, expanded educational support, and improved the social well-being of all communities. These achievements were possible because of the people’s trust, support, and shared vision for a better Sabah.
Yet, our work is far from over. New challenges demand bold solutions, and we are ready to lead Sabah into its next chapter. As this term concludes, we seek the people’s renewed mandate to continue the progress we have begun — building a stronger, more prosperous, and united Sabah for all. It is my sincere hope that the outcome of the election will strengthen the people’s voice, safeguard stability and security, and ensure continued progress for our beloved Sabah.
Together, let us move forward with confidence and purpose.
Ends
