Pengiktirafan Kinabatangan sebagai Rizab Biosfera, satu pencapaian penting (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyambut  baik pengiktirafan Kinabatangan sebagai Rizab Biosfera di bawah Program Manusia  dan Biosfera (MAB) UNESCO. 

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan semasa Sesi ke-37 Majlis Penyelarasan  Antarabangsa Program Man and the Biosphere (MAB) (ICC) yang diadakan pada 27  September di Hangzhou, China. 

Beliau berkata pengiktirafan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha  berterusan negeri untuk memelihara kelestarian alam sekitar dan biodiversiti di  peringkat global. 

Ketua Menteri turut berkata bahawa dengan status bertaraf dunia ini, Rizab Biosfera  Kinabatangan dijangka menarik perhatian dunia dalam bidang penyelidikan, pendidikan,  pelancongan berasaskan alam semula jadi serta peluang kerjasama global. 

“Kerajaan Negeri Sabah akan terus memperkukuhkan usaha pemuliharaan biodiversiti,  memperluas program kesedaran masyarakat serta meningkatkan kerjasama strategik  bagi memastikan manfaat daripada pengiktirafan ini dapat dinikmati secara meluas dan  mampan,” tambahnya di sini hari ini. 

Hajiji berkata Jemaah Menteri Negeri Sabah telah meluluskan hasrat untuk  mencalonkan Kinabatangan sebagai Rizab Biosfera pada 30 Mac 2022, dan dokumen  pencalonan tersebut telah diluluskan pada 7 Ogos 2024. 

Proses pemilihan yang berlangsung selama dua tahun, dari 2022 hingga 2024, diketuai  oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan kerjasama strategik pelbagai kementerian,  jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pihak industri serta komuniti  tempatan. 

Dengan pengiktirafan ini, Kinabatangan kini menjadi Rizab Biosfera kedua di Sabah  selepas Rizab Biosfera Banjaran Crocker, dan yang keempat di Malaysia. UNESCO  secara rasmi mengiktiraf Rizab Biosfera Banjaran Crocker pada 12 Jun 2014. 

Sehingga kini, terdapat 759 Rizab Biosfera di 136 negara di seluruh dunia.

Pengiktirafan tersebut dibuat berdasarkan penilaian terhadap ekologi unik  Kinabatangan, kekayaan biodiversiti serta amalan pengurusan mampan yang  melibatkan pelbagai pihak berkepentingan di kawasan berkenaan. 

Selain itu, Jawatankuasa Penasihat MAB UNESCO yang menjalankan penilaian awal  memuji kualiti tinggi dokumen pencalonan tersebut, penyampaian maklumat yang jelas  serta penglibatan meluas pihak berkepentingan melalui proses rundingan selama 22  bulan. 

Rizab Biosfera Kinabatangan meliputi kawasan seluas 413,866 hektar dan merupakan  khazanah semula jadi yang kaya dengan biodiversiti unik serta warisan budaya yang  tidak ternilai. 

Meregang sejauh 560 kilometer di sepanjang Sungai Kinabatangan, kawasan ini  menjadi habitat penting bagi 315 spesies burung, 100 spesies reptilia, 33 spesies  amfibia, 127 spesies mamalia, dan lebih daripada 1,000 spesies tumbuhan vaskular. 

Kawasan ini juga merupakan habitat bagi beberapa spesies endemik, jarang ditemui  dan terancam seperti orang utan (Pongo pygmaeus), gajah Borneo (Elephas maximus  borneensis), monyet probosis (Nasalis larvatus), beruang matahari (Helarctos  malayanus), harimau dahan (Neofelis diardi), serta lapan spesies burung enggang yang  asli Sabah. 

Menariknya, pengiktirafan Rizab Biosfera Kinabatangan turut menyokong usaha  pemeliharaan dialek Sungai, yang kini disenaraikan sebagai Sangat Terancam dalam  Atlas Bahasa Dunia yang Terancam UNESCO. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed  Kinabatangan’s recognition as a Biosphere Reserve under UNESCO's Man and the  Biosphere (MAB) Programme.  

He said the recognition marked another significant milestone in the state's ongoing  efforts to preserve environmental sustainability and biodiversity at the global level.  

The Chief Minister also said that with this globally recognised status, the Kinabatangan  Biosphere Reserve is expected to attract international attention in areas such as  research, education, nature-based tourism, and opportunities for global collaboration.  

"The Sabah State Government will continue to strengthen biodiversity conservation  efforts, expand community awareness programmes, and enhance strategic partnerships  to ensure that the benefits of this recognition are widely and sustainably realised," he  added. 

Hajiji said the Sabah State Cabinet endorsed the intention to nominate Kinabatangan as  a Biosphere Reserve on March 30, 2022, and the nomination dossier was approved on  August 7, 2024.  

The selection process, which took place over two years from 2022 to 2024, was led by  the Sabah Biodiversity Centre in strategic collaboration with various ministries,  government departments and agencies, non-governmental organisations, industry  stakeholders, and local communities.  

With this designation, Kinabatangan is now the second Biosphere Reserve in Sabah  after the Crocker Range Biosphere Reserve, and the fourth in Malaysia. UNESCO  officially recognised the Crocker Range Biosphere Reserve on June 12, 2014. 

To date, there are 759 Biosphere Reserves across 136 countries worldwide.  

This prestigious recognition was declared during the 37th Session of the International  Coordinating Council of the Man and the Biosphere (MAB) Programme (ICC), held on  Sept 27 in Hangzhou, China.  

The recognition was based on an assessment of Kinabatangan's unique ecology, rich  biodiversity, and sustainable management practices, which involve a broad range of  stakeholders in the area. 

Additionally, the MAB Advisory Committee of UNESCO, which conducted the  preliminary evaluation, commended the high-quality nomination dossier, its clear  presentation of information, and the extensive stakeholder engagement achieved  through a 22-month consultation process.  

The Kinabatangan Biosphere Reserve spans an area of 413,866 hectares and is a  natural treasure trove rich in unique biodiversity and invaluable cultural heritage.  

Stretching across 560 kilometres along the Kinabatangan River, it is a vital habitat for  315 bird species, 100 reptile species, 33 amphibian species, 127 mammal species, and  more than 1,000 species of vascular plants.  

The site is also home to several endemic, rare, and endangered species, including the  orangutan (Pongo pygmaeus), the Bornean elephant (Elephas maximus borneensis),  the proboscis monkey (Nasalis larvatus), the sun bear (Helarctos malayanus), the  clouded leopard (Neofelis diardi), and eight hornbill species native to Sabah.  

Notably, the recognition of the Kinabatangan Biosphere Reserve also supports the  preservation of the Sungai dialect, which is currently listed as Critically Endangered in  UNESCO's Atlas of the World's Languages in Danger.  

Ends