Kerajaan Sabah teliti inisiatif khas sektor kesihatan (Dwibahasa)

TUARAN: Kerajaan negeri akan meneliti cadangan melaksanakan satu inisiatif khas bagi  membantu menangani cabaran sektor kesihatan di Sabah. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata langkah itu perlu  dipertimbangkan berikutan masih banyak cabaran berkaitan sektor kesihatan di negeri ini yang  perlu ditangani. 

Beliau berkata, kerajaan amat menggalakkan aktiviti seperti bersukan, termasuk pelaksanaan  Hari Sukan Negara setiap tahun, bagi memastikan rakyat sentiasa mengamalkan kehidupan  sihat dan cergas. 

"Namun, masih banyak yang perlu kita buat dan untuk itu kerajaan negeri akan meneliti  cadangan untuk melaksanakan satu inisiatif khas bagi membantu menangani cabaran-cabaran  sektor kesihatan di negeri ini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari  Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah 2026 di Padang Istiadat, di sini, hari ini. 

Hajiji berkata, Hari Sukan Negara bukan sekadar acara tahunan atau program yang  menghimpunkan masyarakat untuk bersukan dalam tempoh sehari, sebaliknya satu gerakan  untuk membudayakan sukan, kecergasan dan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian  rakyat. 

Katanya, sukan mempunyai peranan besar dalam membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan  produktif, selain menjadi medium menyatukan masyarakat tanpa mengira umur, kaum, agama,  latar belakang mahupun kedudukan. 

Beliau berkata, Sabah meletakkan sasaran 651,610 penyertaan sempena sambutan Hari Sukan  Negara tahun ini, yang memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. 

Katanya, kejayaan sambutan itu memerlukan penglibatan bersama kementerian dan jabatan  kerajaan negeri serta Persekutuan, institusi pendidikan, pihak berkuasa tempatan, persatuan  sukan, pertubuhan belia, komuniti serta seluruh rakyat Sabah. 

Hajiji berkata, pendekatan memperluaskan sambutan peringkat negeri ke daerah seperti Tuaran  pada tahun ini amat baik kerana memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat di peringkat  akar umbi merasai sendiri kemeriahan Hari Sukan Negara. 

Katanya, sambutan turut dilaksanakan di lima zon lain di seluruh negeri, iaitu Tawau, Sandakan,  Beaufort, Kudat dan Keningau, bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai masyarakat di  seluruh Sabah.

Beliau berkata, semangat Hari Sukan Negara perlu diteruskan sepanjang masa dan bukan  hanya ketika sambutan tahunan, khususnya dalam kalangan golongan belia yang perlu  menjadikan sukan sebagai gaya hidup harian. 

"Sukan bukan sahaja membentuk tubuh yang sihat. Sukan turut mengajar kita tentang disiplin,  kepimpinan, kerjasama, ketahanan diri dan semangat untuk tidak mudah berputus asa. Nilai nilai inilah yang kita perlukan dalam membentuk generasi muda Sabah yang berkualiti dan  berdaya saing," katanya. 

Hajiji berkata, kejayaan sebenar usaha membudayakan sukan bukan hanya diukur melalui  jumlah program yang dianjurkan atau peserta yang direkodkan, tetapi apabila rakyat menjadikan  aktiviti fizikal dan sukan sebagai kebiasaan serta gaya hidup. 

Beliau turut berharap sambutan Hari Sukan Negara menjadi pemangkin kepada lebih banyak  program sukan dan rekreasi yang inklusif, mudah disertai serta mampu menarik penglibatan  masyarakat daripada pelbagai peringkat umur. 

Katanya, platform itu juga perlu dimanfaatkan bagi mengenal pasti atlet remaja berpotensi tinggi  di peringkat daerah untuk diketengahkan ke peringkat negeri, negara dan antarabangsa. 

Tamat

 

TUARAN: The State Government will consider a proposal to introduce a special initiative  to help address challenges facing the healthcare sector in Sabah. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the proposal warranted  consideration as there were still many healthcare-related challenges in the state that  needed to be addressed. 

He said the government strongly encouraged sporting activities, including the annual  National Sports Day celebrations, to ensure that people continued to lead healthy and  active lifestyles. 

“However, there is still much to be done, and for this reason, the State Government will  consider a proposal to introduce a special initiative to help address the challenges facing  the healthcare sector in Sabah,” he said when officiating the Sabah State-Level National  Sports Day 2026 celebration at Padang Istiadat here today. 

Hajiji said National Sports Day was not merely an annual event or a programme that  brought people together for a day of sporting activities, but a movement aimed at making  sports, fitness and active living part of people's daily lives. 

He said sports played an important role in building a healthy, active and productive  society, while also serving as a platform to unite people regardless of age, race, religion,  background or social standing. 

He said Sabah had set a target of 651,610 participants for this year's National Sports  Day celebrations, which would require the commitment and cooperation of all parties. 

The success of the celebrations, he said, depended on the collective involvement of  state and federal ministries and departments, educational institutions, local authorities,  sports associations, youth organisations, communities and the people of Sabah. 

Hajiji said extending the state-level celebrations to districts such as Tuaran this year was  a positive approach as it allowed more people at the grassroots level to experience the  excitement of National Sports Day. 

He said celebrations were also being held in five other zones across the state, namely  Tawau, Sandakan, Beaufort, Kudat and Keningau, to ensure that communities  throughout Sabah could benefit from the programme. 

He said the spirit of National Sports Day must be sustained throughout the year rather  than confined to the annual celebration, particularly among young people who should  make sports part of their daily lives. 

“Sports do more than keep us physically healthy. They also teach us discipline,  leadership, teamwork, resilience and the determination not to give up easily. These are  the values we need to nurture a capable and competitive younger generation in Sabah,”  he said. 

Hajiji said the true success of efforts to cultivate a sporting culture should not be  measured solely by the number of programmes organised or participants recorded, but  by the extent to which people made physical activities and sports a regular part of their  lives. 

He also expressed hope that National Sports Day would serve as a catalyst for more  inclusive and accessible sports and recreational programmes capable of attracting  participation from people of all ages. 

He said the platform should also be used to identify promising young athletes at the  district level who could be groomed to compete at state, national and international levels. 

Ends