Felo SMJ tapak semaian kepimpinan masa depan Sabah (Dwibahasa)
KOTA KINABALU: Program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan sekadar program pembangunan belia, sebaliknya menjadi tapak semaian kepimpinan masa depan Sabah dalam membentuk generasi yang mampu memimpin, menggerakkan ekonomi dan menentukan hala tuju negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata pemilihan peserta sebagai Felo SMJ bukan sekadar untuk menyertai satu program, sebaliknya satu kepercayaan, amanah dan pelaburan terhadap masa depan Sabah.
Beliau berkata, peserta dipilih kerana kerajaan negeri melihat potensi dan bakat mereka untuk berada di barisan hadapan membuat keputusan, memimpin organisasi, menggerakkan ekonomi dan menentukan hala tuju negeri.
“Saya mahu melihat para Felo SMJ bukan sekadar sebagai satu peluang untuk menambah pengalaman, tetapi sebagai satu tanggungjawab untuk mempersiapkan diri menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membawa Sabah ke hadapan,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 5.0 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, hari ini.
Hajiji berkata, menerusi Felo SMJ 5.0, beliau mahu program itu terus berkembang bukan sekadar dari segi jumlah penyertaan atau aktiviti, tetapi lebih penting dari segi impaknya kepada masa depan anak-anak Sabah.
“Kita mahu mereka yang menyertai program ini keluar dengan pemikiran yang lebih matang, keyakinan yang lebih tinggi, jaringan yang lebih luas dan kemampuan sebenar untuk menyumbang kepada negeri,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri amat menghargai komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang selama ini bersama-sama menjayakan Program Felo SMJ dengan membuka pintu kepada anak-anak muda untuk mendapat pendedahan kepada dunia sebenar pengurusan, pentadbiran dan korporat.
Bagi Felo SMJ 5.0, Hajiji mahu pembangunan modal insan anak Sabah menjadi sebahagian daripada komitmen utama GLC di negeri ini dan bukan sekadar satu program atau tanggungjawab sosial korporat.
“Pembangunan bakat anak Sabah mesti menjadi sebahagian daripada agenda kita membangunkan negeri ini. Sabah mempunyai ramai anak Sabah yang pintar, kreatif, mempunyai keberanian dan bercita-cita besar, namun ada yang mungkin hanya memerlukan satu peluang atau seorang mentor untuk menyerlah.
“Kita tidak mahu membina bakat hanya untuk kemudian melihat bakat itu terpaksa pergi jauh kerana mereka tidak menemukan ruang untuk menyerlah di negeri sendiri. Kita mahu anak Sabah mempunyai pilihan untuk membina masa depan di sini,” katanya.
Beliau berkata, menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0), Sabah memerlukan modal insan yang berdaya saing untuk memacu fasa transformasi negeri ke arah ekonomi masa depan yang mampan dan berteknologi tinggi.
Katanya, ciri modal insan yang diperlukan termasuk melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri moden, celik teknologi dan digital, mempunyai nilai integriti yang tinggi dan kreatif.
“Sebab itu bagi saya, Felo SMJ bukan sekadar program pembangunan belia. Ia adalah tapak semaian kepimpinan masa depan Sabah,” katanya.
Hajiji berkata, kerajaan negeri tidak hanya mahu melahirkan pemimpin yang cemerlang dari segi ilmu dan kemahiran, tetapi lebih penting pemimpin yang berjiwa rakyat, mampu menyelami denyut nadi komuniti, membawa suara rakyat ke meja dasar dan menjulang semangat cintakan negeri ini melebihi kepentingan diri.
Beliau mahu Felo SMJ 5.0 menggunakan peluang itu sebagai medan kepimpinan untuk membina disiplin, empati, wawasan dan keberanian serta meletakkan integriti sebagai teras diri.
Tamat
KOTA KINABALU: The Sabah Maju Jaya (SMJ) Fellows Programme is more than just a youth development initiative; it serves as a nursery for Sabah’s future leadership by shaping a generation capable of leading, driving the economy and determining the direction of the State.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said being selected as an SMJ Fellow was not merely about participating in a programme, but represented the trust, responsibility and investment placed in them for Sabah’s future.
He said the participants were chosen because the State Government saw their potential and talent to be at the forefront of decision-making, leading organisations, driving the economy and shaping the direction of the State.
“I want the SMJ Fellows to see this not merely as an opportunity to gain experience, but as a responsibility to prepare themselves to become part of the generation that will take Sabah forward,” he said at the Presentation of Appointment Letters for the Sabah Maju Jaya (SMJ) Fellows 5.0 at Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, here today.
Hajiji said that through SMJ Fellows 5.0, he wanted the programme to continue growing not only in terms of participation or activities, but more importantly in terms of its impact on the future of Sabah’s youth.
“We want those who participate in this programme to emerge with greater maturity, stronger confidence, broader networks and the genuine ability to contribute to the State,” he said.
He said the State Government greatly appreciated the commitment of government linked companies (GLCs), which have continued to support the SMJ Fellows Programme by opening their doors to young Sabahans and exposing them to the real world of management, administration and the corporate sector.
For SMJ Fellows 5.0, Hajiji said the development of Sabah’s human capital must become part of the core commitment of GLCs in the State and not merely be treated as a programme or corporate social responsibility initiative.
“Developing Sabah’s talent must be part of our agenda in developing the State. Sabah has many intelligent, creative, courageous and ambitious young people, but some may simply need an opportunity or a mentor to help them realise their potential.
“We do not want to nurture talent only to see them having to leave because they cannot find opportunities to excel in their own State. We want Sabahans to have the option of building their future here,” he said.
He said that under the Sabah Maju Jaya Development Plan 2.0 (SMJ 2.0), Sabah needed competitive human capital to drive the State’s transformation towards a sustainable and high-technology economy of the future.
He said the qualities required included producing a skilled workforce capable of meeting the needs of modern industries, being technologically and digitally literate, possessing strong integrity and being creative.
“That is why, to me, the SMJ Fellows Programme is not merely a youth development programme. It is a nursery for Sabah’s future leadership,” he said.
Hajiji said the State Government did not only want to produce leaders who excelled in knowledge and skills, but more importantly leaders who were people-oriented, able to understand the pulse of the community, bring the people’s voices to the policy-making table and place their love for the State above self-interest.
He urged the SMJ Fellows 5.0 participants to use the opportunity as a platform for leadership development by cultivating discipline, empathy, vision and courage, while making integrity a core personal value.
Ends