KM dan isteri ziarah keluarga dua Allahyarham

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bersama  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, menziarahi keluarga dua  Allahyarham dalam kunjungan berasingan di Kota Kinabalu dan Tuaran, hari ini. 

Hajiji terlebih dahulu menziarahi keluarga Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Panglima  Datu Haji Khalil Datu Haji Jamalul di kediaman keluarga Allahyarham di Taman Selesa,  Kepayan, di sini, kira-kira jam 1.40 petang. 

Allahyarham Khalil, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan bekas Pengarah  Yayasan Sabah, meninggal dunia pada 29 September 2026. 

Beliau turut mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negeri Sabah,  khususnya ketika berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta  menerajui Yayasan Sabah. 

Ketua Menteri kemudian meneruskan ziarah ke kediaman Allahyarham Haji Daya bin  Sad di Kampung Raganan, Tuaran, kira-kira jam 2.40 petang. Allahyarham ialah bapa  kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya. 

Dalam kedua-dua kunjungan itu, Hajiji dan Juliah menyampaikan ucapan takziah  kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh kedua-duanya dicucuri rahmat  dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Ketua Menteri diiringi Pengarah Yayasan Sabah, Dato' Sri Haji Ghulam Haidar Khan  Bahadar. 

Tamat