Pusat Kerjasama WHO bagi Malaria Zoonotik di UMS satu pencapaian penting bagi Sabah (Dwibahasa)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan  pembukaan Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaria  Zoonotik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu pencapaian penting bagi  Sabah. 

“Pembukaan pusat ini mengiktiraf kepakaran dan sumbangan UMS dalam penyelidikan  malaria, khususnya kajiannya mengenai Plasmodium knowlesi. Ia merupakan satu  pencapaian yang bukan sahaja membawa pengiktirafan kepada UMS, tetapi juga  kepada Sabah dan Malaysia,” katanya pada majlis perasmian di Galeri Majlis Bangunan  Canselori UMS pada Isnin. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk  Ceasar Mandela Malakun. 

Ketua Menteri berkata Malaysia telah mencatat kemajuan yang amat  memberangsangkan dalam kawalan dan penghapusan malaria, termasuk berjaya  memutuskan penularan tempatan parasit malaria manusia. 

“Namun, Plasmodium knowlesi membawa cabaran yang berbeza. Penularannya  melibatkan interaksi kompleks antara manusia, kera, nyamuk dan alam sekitar. 

“Cabaran ini amat relevan kepada Sabah. Kekayaan biodiversiti serta interaksi rapat  antara masyarakat, hidupan liar dan persekitaran hutan bermakna kita perlu melihat  melangkaui pendekatan tradisional dalam kawalan malaria,” katanya. 

Hajiji berkata usaha menangani malaria zoonotik memerlukan pengawasan,  penyelidikan dan kawalan vektor, di samping pemahaman mengenai hidupan liar dan  perubahan alam sekitar. 

“Paling penting, ia memerlukan kerjasama merentas sektor. Di sinilah pendekatan Satu  Kesihatan atau One Health (satu rangka kerja bersepadu dan kolaboratif yang  mengiktiraf saling kebergantungan antara kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan dan  alam sekitar) amat penting. 

“Sebagai Pro-Canselor UMS, saya berbangga bahawa penubuhan Pusat ini  menghimpunkan kekuatan UMS, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta rakan kerjasama nasional  dan antarabangsa. 

“Kita mesti memastikan hasil penyelidikan diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal  dan tindakan kesihatan awam, di samping melabur dalam pembangunan penyelidik  muda dan profesional kesihatan yang akan meneruskan usaha ini pada masa hadapan,”  katanya. 

Hajiji berkata Kerajaan Negeri Sabah memberikan sokongan padu kepada inisiatif yang  memajukan penyelidikan, inovasi dan kerjasama antarabangsa. 

“Pusat ini menunjukkan bagaimana sebuah institusi yang berpangkalan di Sabah  mampu menyumbang kepada agenda kesihatan awam antarabangsa. Ia juga boleh  membantu meletakkan Sabah sebagai platform serantau bagi kerjasama dalam malaria  zoonotik dan pendekatan Satu Kesihatan. 

“Pengalaman Sabah boleh menawarkan pengajaran kepada negara-negara yang  berdepan cabaran sama, sebagaimana kita juga boleh belajar daripada rakan serantau  dan antarabangsa. Pertukaran ilmu dan kepakaran ini akan memperkukuh kita semua,”  katanya. 

“Tahniah kepada UMS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Pusat Penyelidikan  Perubatan dan Kesihatan Borneo atas pencapaian penting ini. Syabas dan tahniah!”  katanya. 

Tamat

 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor described  the opening of the World Health Organisation (WHO) Collaborating Centre for Zoonotic  Malaria at Universiti Malaysia Sabah as a significant milestone for Sabah. 

“Its designation recognises UMS’ expertise and contributions to malaria research,  particularly its work on Plasmodium knowlesi. It is an achievement that brings  recognition not only to UMS, but also to Sabah and Malaysia,” he said at the opening  ceremony at the UMS Chancellory Building Event Gallery on Monday. 

Assistant Minister to the Chief Minister Datuk Ceasar Mandela Malakun delivered his  speech. 

The Chief Minister said Malaysia has made remarkable progress in malaria control and  elimination, including interrupting indigenous transmission of human malaria parasites. 

“Yet Plasmodium knowlesi presents a different challenge. Its transmission involves a  complex interaction among humans, macaques, mosquitoes and the environment. 

“This challenge is especially relevant to Sabah. Our rich biodiversity and the close  interaction between communities, wildlife and forest environments mean that we must  look beyond traditional approaches to malaria control,” he said. 

Hajiji said addressing zoonotic malaria requires surveillance, research and vector  control, alongside an understanding of wildlife and environmental change. 

“Above all, it requires collaboration across sectors. This is where the One Health  approach is so important. 

“As Pro-Chancellor of UMS, I am proud that the establishment of this Centre brings  together the strengths of UMS, the World Health Organisation, the Ministry of Health  Malaysia, the Sabah State Health Department, and national and international partners. 

“We must ensure that research findings lead to practical solutions and public health  action, while investing in the young researchers and health professionals who will carry  this work forward,” he said.

Hajiji said the Sabah State Government strongly supports initiatives that advance  research, innovation and international collaboration. 

“This Centre shows how a Sabah-based institution can contribute to an international  public health agenda. It can also help position Sabah as a regional platform for  collaboration on zoonotic malaria and One Health. 

“Sabah’s experience can offer lessons to countries facing similar challenges, just as we  can learn from our regional and international partners. This exchange of knowledge and  expertise will strengthen us all,” he said. 

“Congratulations to UMS, the Faculty of Medicine and Health Sciences, and the Borneo  Medical and Health Research Centre on this important achievement. Syabas and well  done!” he said. 

Ends