Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan pendekatan strategik Kerajaan  Persekutuan dalam membantu rakyat, termasuk penyaluran awal Sumbangan Tunai  Rahmah (STR) menjelang sambutan Aidilfitri yang mampu meringankan beban rakyat  membuat persiapan perayaan. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata langkah berkenaan  mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan  yang memerlukan. 

Selain itu, katanya, inisiatif bantuan khas RM400 menerusi program FlySiswa kepada  pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi penerbangan domestik antara  Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena cuti Hari Raya turut memberi manfaat  besar kepada golongan mahasiswa. 

“Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM600 kepada  pelajar anak Sabah yang menuntut di Semenanjung dan Sarawak bagi subsidi tiket  penerbangan pulang ke kampung halaman. 

“Bagi pelajar yang menuntut di dalam negeri pula, mereka akan menerima bantuan  RM300 seorang untuk perbelanjaan pulang menyambut Aidilfitri,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026  Bersama Perdana Menteri di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah, di  sini, pada Ahad. 

Hajiji berkata, pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri  itu mencerminkan komitmen berterusan dalam membantu rakyat, khususnya golongan  yang memerlukan. 

Pada masa sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri akan terus memberikan  sokongan dan dukungan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima  Anwar Ibrahim, dalam usaha memperkukuh pembangunan negara serta memacu  kemajuan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. 

Katanya, kepimpinan PMX juga berjaya memulihkan serta memperkukuh ekonomi  negara dengan pencapaian pelaburan yang memberangsangkan. 

Menurutnya, Malaysia mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah tahun lalu  berjumlah RM426.7 bilion, meningkat 11 peratus berbanding 2024, melibatkan lebih  

8,000 projek pelaburan dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan  kepada rakyat. 

Hajiji berkata, pengukuhan nilai ringgit pada masa sama turut mencerminkan keyakinan  terhadap hala tuju ekonomi negara di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI. 

Sebelum menghadiri majlis berkenaan, PMX diiringi Ketua Menteri turut mengadakan  sesi tinjauan Bazar Ramadan dan menyantuni rakyat di kawasan Universiti Apartment  (UA), Sepanggar. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government welcomes the Federal Government's  strategic approach to assisting the people, including the early disbursement of the  Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ahead of the Aidilfitri celebrations for festive  preparations. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said this move reflects the  government's concern for the welfare of the people, particularly those in need.  

In addition, he said the RM400 special assistance initiative through the FlySiswa  program for public higher education institution (IPTA) students, covering domestic flights  between the Peninsula, Sabah, and Sarawak for the Hari Raya holidays also provides  significant benefits to university students. 

“The State Government is also providing an additional RM600 in assistance to Sabahan  students studying in the Peninsula and Sarawak as a subsidy for return flight tickets to  their hometowns. 

“As for students studying within the state, they will receive RM300 each for their travel  expenses to return home for Aidilfitri,” he said. 

The Chief Minister said this during the 2026 MADANI Iftar ceremony with the Prime  Minister at Universiti Malaysia Sabah, here on Sunday. 

Hajiji said the various incentives provided by both the Federal and State Governments  reflect a continuous commitment to helping the people, especially the underprivileged. 

At the same time, Hajiji said the State Government will continue to provide full support  to the leadership of Prime Minister Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim in efforts to  strengthen national development and drive economic progress for the well-being of the  people. 

He added that the Prime Minister's leadership has successfully restored and  strengthened the national economy with encouraging investment achievements. 

Malaysia, he said recorded the highest investment in history last year totaling RM426.7  billion, an 11 percent increase compared to 2024 involving over 8,000 investment  projects with the potential to create 244,902 job opportunities for the people.

Hajiji added that the strengthening of the ringgit reflects confidence in the country's  economic direction under the MADANI Government's leadership. 

Before attending the event, the Prime Minister, accompanied by the Chief Minister, also  visited a Ramadan Bazaar and met with the public at the University Apartment (UA) in  Sepanggar.  

Ends