Pelabur China dijemput teroka peluang di Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menjemput para pelabur dari China untuk meneroka peluang luas yang terdapat di Sabah, khususnya dalam Ekonomi Biru, tenaga boleh diperbaharui, infrastruktur pintar, inovasi digital dan pelancongan mampan.
“Berpandukan pelan hala tuju Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, kita komited untuk menjalin pakatan strategik domestik dan antarabangsa bagi memacu agenda pembangunan negeri,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Konsulat Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang berlangsung di Magellan Sutera di sini malam ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
“Kita amat berbesar hati meraikan lebih lima dekad persahabatan yang berkekalan serta hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, dan antara Sabah dan China.
“Hubungan dua hala kita terus berkembang pesat, berteraskan asas saling menghormati, kepercayaan strategik serta kerjasama ekonomi yang kukuh dan semakin meluas,” katanya.
Hajiji berkata Sabah terus mendapat manfaat daripada hubungan kukuh dengan China yang kekal sebagai rakan utama dalam sektor perdagangan, pelancongan dan infrastruktur negeri.
“Hubungan yang berkembang pesat ini terbukti melalui peningkatan kesalinghubungan serta kerjasama perniagaan yang rancak dan semakin meluas pada hari ini,” katanya.
Ketua Menteri percaya bahawa selain manfaat ekonomi, kerjasama yang diperkukuh antara Malaysia dan China, serta antara Sabah dan China, akan mempertingkatkan hubungan sosial dan membina asas kepercayaan yang berkekalan serta kemajuan bersama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyatnya.
“Semoga Tahun Kuda Api yang melambangkan kekuatan, keyakinan, tenaga dan keazaman ini akan memupuk perkongsian yang lebih erat serta kerjasama yang lebih rapat antara negara kita, sekali gus membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has invited Chinese investors to explore the vast opportunities in Sabah, particularly in the Blue Economy, renewable energy, smart infrastructure, digital innovation, and sustainable tourism.
“Guided by our Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 roadmap, we are steadfast in forging strategic domestic and international alliances to propel our development agenda,” he said at the People’s Republic of China Consulate in Kota Kinabalu’s Chinese New Year reception at the Magellan Sutera here tonight.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister II/Finance Minister Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
“We are deeply honoured to celebrate over five decades of enduring friendship and diplomatic ties between Malaysia and China, and between Sabah and China.
“Our bilateral ties have flourished, anchored by a foundation of mutual respect, strategic trust and a robust, expanding economic partnership,” he said.
Hajiji said Sabah continues to benefit from its strong ties with China, which remains a key partner in our trade, tourism and infrastructure sectors.
“This flourishing relationship is evidenced by our increasing connectivity and the vibrant and expanding business collaborations we see today,” he said.
The Chief Minister believed that, beyond economic gains, strengthened collaboration between Malaysia and China, and between Sabah and China, would enhance social ties and build a lasting foundation of trust and shared progress that benefits both countries and their people.
“May this Year of the Fire Horse that embodies strength, optimism, energy and determination foster a deeper partnership and closer collaboration between our nations, bringing prosperity to all our people,” he said.
Ends
